fbpx
Now Reading
[Review] Secret Recipe X Chef Sid Tawar Menu Nasi Arab Sempena Ramadan & Hari Raya

[Review] Secret Recipe X Chef Sid Tawar Menu Nasi Arab Sempena Ramadan & Hari Raya

Selain set istimewa Nasi Arab, Secret Recipe turut memperkenalkan menu pencuci mulut terbaharu sempena Ramadan iaitu Choco Pistachio Kunafa Brownies.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setibanya di bulan Ramadan, pasti rata-rata orang ramai mencari menu istimewa yang ditawarkan khas hanya ketika bulan puasa ini.

Sempena Ramadan dan Hari Raya tahun ini, rangkaian kafe Secret Recipe tampil dengan menu istimewa baharu hasil kolaborasi khas bersama cef pempengaruh, Chef Sid Murshid.

Merupakan antara menu kegemaran ramai, Secret Recipe memperkenalkan set Nasi Arab dengan sentuhan peribadi Chef Sid yang menggabungkan cita rasa Timur Tengah dengan selera Malaysia.

Secret Recipe Tawar Set Nasi Arab, Boleh Pilih Lauk Ayam Atau Kambing!

Set istimewa Nasi Arab ini menampilkan pilihan protein ayam dan paha kambing (lamb shank) yang diperap dengan rempah-ratus sebelum direneh bagi menghasilkan tekstur yang lembut.

Hidangan ini disempurnakan lagi dengan Salata Hara, iaitu sos pedas yang diperbuat daripada cincangan tomato, cili dan herba, serta Raita yang berasaskan yogurt.

Berikut merupakan harga bagi set Nasi Arab yang ditawarkan:

  • Nasi Arab Ayam Chef Sid (RM28.90 seorang; RM52.50 untuk dua orang)
  • Nasi Arab Kambing Chef Sid (RM59.80 seorang; RM65.80 untuk dua orang)

Pelanggan juga boleh mendapatkan sajian tambahan bagi:

  • Salata Hara (RM3.50)
  • Nasi Arab (RM6)
  • Raita (RM7)
  • Ayam (RM19.90)
  • Kambing (RM49.90)

Nikmati Diskaun Bagi Pembelian Minuman Istimewa Dengan Set Nasi Arab

Bagi melengkapkan hidangan itu, Secret Recipe turut memperkenalkan minuman istimewa yang pasti dapat melegakan tekak ketika berbuka puasa di rangkaian restorannya.

Apa yang lebih menarik, pelanggan yang memesan set Nasi Arab boleh menikmati potongan diskaun RM2 bagi tiga jenis minuman iaitu:

  • Jagung Manis Keemasan (RM6)
  • Float Jagung Manis Keemasan (RM7.50)
  • Float Bandung Soda (RM7.50)

Secret Recipe Perkenalkan Choco Pistachio Kunafa Brownies

Selain minuman, pelanggan juga boleh menikmati manisan terbaharu di Secret Recipe sempena Ramadan ini iaitu Choco Pistachio Kunafa Brownies, yang tersedia dengan harga berikut:

Seluruh Semenanjung Malaysia
RM15.90 (sepotong)
RM120 (sedulang 8 inci)

Langkawi
RM15 (sepotong)
RM113.20 (sedulang 8 inci)

Sebagai info, hidangan set Nasi Arab dan minuman istimewa ini ditawarkan di cawangan Secret Recipe seluruh Semenanjung Malaysia kecuali AEON Mall Taiping, Perak dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Kuala Lumpur.

Foto: Sharifah/ BuzzKini

Reviu Set Nasi Arab & Choco Pistachio Kunafa Brownies

Pada minggu lalu, team kami berkesempatan untuk merasai sendiri air tangan Chef Sid yang ditawarkan di Secret Recipe ini.

Malah, kami turut mempelajari serba sedikit mengenai cara-cara menu tersebut disediakan, sekali gus dapat lebih menghargai set istimewa Nasi Arab itu.

Di sini kami kongsikan reviu selepas mencuba kedua-dua set Nasi Arab oleh Secret Recipe X Chef Sid:

  • Nasi Arab: Nasi Arab yang dihasilkan menggunakan beras wangi ini mempunyai tekstur yang berderai dengan rasa yang ‘light’. Rempah-ratusnya juga terasa, tetapi tidaklah begitu kuat, menjadikannya hidangan yang sesuai untuk kanak-kanak juga.
  • Ayam: Lauk ayam yang dihidangkan menggunakan bahagian paha dan direneh perlahan menghasilkan rasa ‘juicy’. Namun isinya terasa agak ‘bland’ dan perlu dimakan bersama kuah renehannya yang juga sedap dinikmati bersama nasi arab.
  • Kaki Kambing: Lauk lamb shank ini boleh dikatakan sebagai ‘star of the dish’! Dagingnya tidak liat sama-sekali dan sangat empuk, memang mudah dimakan bersama nasi. Ia juga mempunyai rasa sedikit ‘smoky’ yang menambahkan lagi selera.
  • Salata Hara: Kalau anda sukakan pedas, sos salata hara ini wajib dimakan bersama nasi bagi meningkatkan lagi kesedapannya. Ia juga membangkitkan rasa segar dengan cincangan tomato dan herba.
  • Raita: Disediakan dengan gabungan tomato, timun, bawang dan ketumbar bersama yogurt, raita ini melengkapkan lagi hidangan nasi arab, di samping memberikan kesegaran.
Foto: Sharifah/ BuzzKini

Selain hidangan Nasi Arab, kami juga berpeluang merasai menu manisan terbaharu di Secret Recipe, iaitu Choco Pistachio Kunafa Brownies.

Dengan rasa coklat yang pekat dan tidak begitu manis, tekstur ‘crunchy’ kunafa juga memberikan kelainan berbanding kek lain.

Walaupun berasaskan coklat, namun brownies ini juga dinikmati oleh mereka yang bukan penggemar coklat kerana rasa pistachio yang cukup kuat juga. Memang jadi kegemaran kami!

Dapatkan Sampul Duit Raya Eksklusif Dengan Pembelian RM100

Di samping itu, pelanggan juga boleh mendapatkan Sampul Duit Raya ekslusif rekaan artis tempatan, Yatt, bermula 2 Mac ini.

Hanya perlu berbelanja minimum RM100 dan sah sama ada untuk ‘dine-in’ mahupun ‘takeaway’, termasuk bagi pembelian kek dan dulang brownies penuh.

Apa yang menariknya, Sampul Duit Raya ini dengan rekaan bertemakan Secret Recipe dan Aidilfitri boleh dicantumkan menjadi satu karya seni yang lengkap.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.