[Review] Menu Klasik Melayu Hingga Ke Bazar Tempatan, Bufet Ramadan EQ KL Tawar Pelbagai Hidangan
Harga bufet bagi Citarasa Nipah bermula RM248+ manakala EQ Bazaar dengan harga RM198+ bagi satu pax dewasa.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bulan Ramadan penuh barakah kini kembali. Dalam pada orang ramai sedang bersemangat sedang meningkatkan amalan masing-masing, mesti ada yang mula mencari restoran atau tempat yang menyediakan bufet untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga atau dengan kenalan rapat.
Buat anda yang mencari menu Melayu klasik, EQ Hotel Kuala Lumpur memperkenalkan dua pengalaman menjamu selera berkonsepkan bufet di Citarasa Nipah yang diadakan di Restoran Nipah, atau EQ Bazaar di Aras 3 yang menampilkan konsep gerai ala bazar Ramadan dengan tambahan lokasi baharu, The Garden.
Bufet Ramadan EQ: Citarasa Nipah
Mungkin ada yang tertanya apakah perbezaan di antara Citarasa Nipah dan EQ Bazaar? Citarasa Nipah oleh Cef Rizuwan menawarkan bufet makan malam diinspirasikan daripada warisan kulinari Malaysia yang kaya, merangkumi tradisi pelbagai negeri dan resipi turun-temurun.
Makanan dari seluruh negara seperti Melaka, Pulau Pinang, Kelantan, Sarawak, Johor, Negeri Sembilan, semuanya ada!

Antara hidangan yang anda boleh dapatkan adalah seperti:
- Aneka kerabu
- Urap Pucuk Manis
- Daging Bakar Tomahawk
- Daging Salai Masak Lemak
- Udang Galah Masak Lemak
- Ayam Dara Golek
- Sambal Tumis Udang Petai
- Som Som Gula Melaka
- Teh Tarik Nipah
- Briyani Gam Johor Istimewa
- Roti Canai
- Murtabak Ayam
- Pilihan makanan laut segar atas ais
- Aneka sambal
- Ikan Sepat Goreng Bawang
- Aneka jeruk buah
- Bubur Lambuk
- Ayam Kuzi
- Kurma Kambing
- Kari Ketam
- Pajeri Nenas
- Itik Kapitan
- Nasi impit dan rendang
- Ketupat palas
- Lemang
- Asam laksa
- Laksa Sarawak
- Menu goreng-goreng dan celup tepung
- Bubur Pengat Pisang
- Serawa durian bersama pulut
- Kuih tradisional Melayu
- Kek coklat
- Tiramisu
- Crème Brulee Durian
- Puding roti
- Kek lapis
- Apple Crumble Mini
- Cendol
- Ais kacang
- Katira
- Bandung istimewa
- Sirap Selasih dan banyak lagi

Maklumat bufet Citarasa Nipah:
- Tarikh: 19 Februari — 20 Mac 2026 di Ground level
- Waktu operasi: 6.30 petang hingga 10.30 malam
- Harga bufet: RM248+ (dewasa)| RM124+ (kanak-kanak umur enam hingga 12 tahun)
Untuk info, tempahan secara berkumpulan minimum 15 orang akan menikmati harga promosi RM198+ bagi setiap dewasa.
✨ Jangan lupa juga dapatkan harga early bird (tempahan awal) bermula hari ini (19 Februari) hingga 22 Februari dan juga pada 19 Februari hingga 20 Mac 2026 dengan harga istimewa iaitu RM198+ bagi setiap dewasa.
Bufet Ramadan EQ: EQ Bazaar
Bagi tetamu yang mahukan suasana berbuka yang lebih meriah dan santai, EQ Bazaar oleh Cef Sharul kembali pada tahun ini di Aras 3 dengan konsep gerai yang diinspirasikan daripada budaya bazar Ramadan tempatan.
Bazar ini menampilkan dua belas stesen makanan secara langsung (live station) dan dua kaunter minuman dengan sepuluh jenis pilihan air balang.

Antara hidangan yang anda boleh dapatkan di bazar ini adalah seperti:
- Popiah Basah
- Nasi Minyak Terengganu
- Nasi Daging Kedah
- Nasi Tomato
- Nasi Briyani Johor
- Roti John
- Shish Tawook, Shish Kebab, Ayam Kebab
- Sup Berempah
- Cendol Durian
- Pisang Goreng Coklat Keju
- Aneka Air Balang (Soya Gula Melaka, Jagung Manis, Longan Mata Kucing, Bandung Istimewa, Sirap Selasih, Keladi Eskrem)
- Teh Tarik EQ
- Ulam-ulaman
- Kari Laksa
- Bubur Lambuk Pantai Timur
- Stesen BBQ (ayam, daging lembu, kambing, salmon)
- Shawarma
- Ikan Pari Bakar
- Apam Balik
- Lemang
- Aneka goreng-goreng
- Waffle bersama aiskrim
- ABC
- Kuih Melayu
- Kuih dan biskut raya (Dodol, Wajik, Cakar Ayam, Kuih Kapit, Tart Nenas, Biskut Makmur, Rempeyek dan lain-lain)
- Agar-agar (pandan, gula Melaka, Milo, pelangi, Sirap Selasih, cendol, kustard) dan lain-lain lagi

Bezanya dengan Citasa Nipah, EQ Bazaar menyediakan banyak stesen gerai live yang mana anda boleh melihat menu anda disiapkan di depan mata. Persembahan kumpulan muzik tempatan secara langsung turut menjadi tumpuan bufet ini bagi menghidupkan lagi suasana makan-makan.
- Tarikh: 23 Februari — 20 Mac 2026 di Level 3
- Waktu operasi: 6.30 petang hingga 10.30 malam
- Harga bufet: RM198+ (dewasa)| RM99+ (kanak-kanak umur enam hingga 12 tahun)
Untuk tempahan secara berkumpulan minimum 25 orang, anda akan menerima harga promosi RM168+ bagi setiap dewasa.
✨ Dapatkan harga early bird bermula 23 Februari hingga 1 Mac dan pada 19 hingga 20 Mac 2026 dengan harga istimewa iaitu RM168+ bagi setiap dewasa.

Reviu Dari Team BuzzKini
Sebelum ini, team kami berpeluang untuk merasai sendiri semua hidangan yang ditawarkan di Citarasa Nipah dan juga EQ Bazaar. Seperti yang disangka, memang rambang mata melihat kesemua menu yang disajikan. Daripada menu hidangan klasik sehinggalah ke gerai-gerai bazar.
Di sini kami kongsikan reviu selepas mencuba sedikit sebanyak makanan di sana:
- Asam laksa: Penuh dengan rempah ratus dan kaya dengan rasa ikan. Buat anda yang tidak mahu menjamah nasi, Asam Laksa antara hidangan yang wajib dicuba. Ada juga hirisan bunga kantan untuk menambah lagi aroma dan melengkapkan lagi menu itu.
- Nasi Briyani Johor: Nasi lembut dan berderai serta rasa penuh aroma. Makan sendiri tanpa lauk sampingan pun dah cukup sedap. Rasa nak tambah lagi dan lagi.
- Daging Salai Masak Lemak: Buat penduduk Negeri Sembilan sendiri, kami approve Daging Salai Masak Lemak dari Citarasa Nipah. Rasa salai dan kuah yang pekat. Tidak terlampau pedas dan sesuai untuk semua.
- Sambal Tumis Udang Petai: Buat peminat petai, jangan lupa tambahkan lauk ni dalam pilihan menu anda. Makan sekali dengan nasi putih memang layan.
- Puding roti: Ni memang reviu ikhlas, kami sangat sukakan roti puding yang disajikan. Krim kustard sangat pekat dan ada hint rasa vanila. Langsung tidak rasa muak dan tidak begitu manis.
- Aneka pencuci mulut: Syurga untuk sweet tooth! Dari kek, kuih-muih tradisional sampai pencuci mulut moden semuanya ada. Semua sedap dan tahap kemanisan masih seimbang, jadi sesuai dijamah selepas ambil makanan berat.
- Pilihan BBQ: Semua daging dibakar sempurna dengan aroma smokey yang menyelerakan. Ayam dan daging lembut serta cukup perapan. Kambing tidak berbau hamis dan juicy. Salmon sememangnya fresh dan tidak kering, rasa segar dan sesuai dimakan dengan sos pilihan.
- Seafood on Ice: Untuk penggemar makanan laut, memang puas hati. Semua segar dan disusun kemas atas ais. Rasa manis semula jadi seafood tu masih kekal segar dan menyelerakan. Cicah dengan sos yang disediakan memang terus rasa nak repeat round kedua.
- Air Balang: Bahagian ni memang penyelamat tekak. Nak yang masam? Ada. Nak manis? Banyak pilihan. Nak yang bersusu dan creamy pun tersedia. Dari yang fresh sampai yang ‘pekat kaw’, semua ada. Senang cerita, tak akan haus.

EQ Kuala Lumpur Tawar Set Hadiah Ramadan & Raya
Selain pengalaman menjamu selera, EQ turut menampilkan koleksi pilihan barangan runcit dan hadiah bersempena Ramadan dan Raya Aidilfitri. Nak bagi dekat kawan-kawan sebagai ‘ole-ole’ pun boleh.
Antaranya:
- Biskut Raya tradisional
- Kurma bersalut coklat
- Madu
- Kipas tangan tradisional
- Sambal serta hamper dan banyak lagi
Hamper ditawarkan dalam beberapa kategori harga bermula dari RM98+ hingga RM458+. Anda boleh dapatkannya di lobi hotel dari 19 Februari hingga 31 Mac 2026.

Untuk tempahan Citarasa Nipah, EQ Bazaar serta pembelian runcit, hubungi +60 3 2789 7839 atau emel dineeateqkl@kul.equatorial.com.
Layari juga website EQ Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat lanjut.



