Now Reading
Tak Semua Family Trip Huru-hara, Ini Antara Yang Buatkan Aktiviti Jalan-Jalan Kami Jadi Seronok

Tak Semua Family Trip Huru-hara, Ini Antara Yang Buatkan Aktiviti Jalan-Jalan Kami Jadi Seronok

Jika konsep percutian hujung minggu sebegini serasi dengan gaya anda, sebenarnya masih banyak idea dan lokasi lain yang menanti untuk diterokai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Percaya atau tidak, percutian keluarga yang extravaganza dan dirancang begitu rapi tidak menjanjikan 1,001 memori indah. 

Sebaliknya aktiviti jalan-jalan yang ‘last-minute’, namun penuh aktiviti dan cabaran ringan mungkin boleh membuatkan keluarga kecil kita gembira sehinggakan momen itu akan dikenang sampai bila-bila. 

Di sinilah pentingnya pengembaraan bersama keluarga. Ia bukan sekadar mengeratkan hubungan malah turut memberi pendedahan dan melatih kekuatan fizikal dan mental. 

Bagi anak kecil, ia adalah proses mempelajari sesuatu perkara yang baharu. Buat ibu bapa pula, itulah masa untuk memperlahankan rentak dan bersatu dengan alam.

Nak tahu apa berita baiknya? Anda tak perlu terbang ke luar negara atau merancang percutian berbulan lebih awal semata-mata nak rasai pengalaman sebegini. Ini kerana terdapat lokasi berdekatan yang boleh diakses hanya dengan Lebuhraya PLUS.

Masa yang tepat adalah kunci

Kalau anda pernah bercuti atau berjalan-jalan pada musim perayaan, pasti anda berdepan  rasa kecewa disebabkan beberapa perkara seperti menghadap jalan raya yang sesak atau anak yang kepenatan dan rasa lapar serta letih.

Disebabkan itu perjalanan di luar musim puncak (peak-season) adalah pilihan terbaik untuk keluarga. Memulakan perjalanan sebelum atau selepas musim perayaan lebih menenangkan kerana aliran trafik lebih lancar malah perjalanan itu sendiri pasti menyeronokkan. 

Mulakan hari dengan pendakian santai di Bukit Broga

(Broga Hill/FB)

Bukit Broga atau turut dikenali sebagai Bukit Lalang merupakan salah satu lokasi pendakian yang sesuai untuk semua peringkat usia. Trek yang mesra untuk first-timer selain faktor keselamatan membuatkan Bukit Broga destinasi ideal untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada aktiviti hiking tanpa membuatkan mereka tertekan. 

Nak ke sini pun mudah sahaja, anda boleh menggunakan Lebuhraya PLUS dan pilih susur keluar ke Kajang. 

Ini yang membuatkan team kami dan keluarga memilih Bukit Broga! 

Malah trek yang mudah dan ruang rehat yang banyak membuatkan semangat kami terus membara untuk tiba di puncak. Bila dah tiba tu serius rasa seronok! Pemandangan dari atas pula sangat mengasyikkan.

Reward diri anda di Orchard Hill Café

(Orchard Hill/FB)

Rasa lapar selepas aktiviti fizikal memang mencabar. Jadi apa kata singgah di Orchard Hill Café dan rasai suasana menjamu selera berlatarbelakangkan pemandangan bukit yang nyaman. Hidangan di sini meskipun ringkas namun amat menyelerakan. 

Selain vibe yang santai, sajian yang ditawar juga boleh tahan kerana ia menggunakan bahan segar dari ladang berhampiran, memang puas hati. 

Anak-anak yang tadi penat pun pasti akan kembali bertenaga jadi orang dewasa dapatlah peluang untuk berehat dengan tenang.

Buat kejutan untuk anak-anak di Rabbit Fun Land

(Rabbit Fun Land/FB)

Kanak-kanak pastinya sukakan surprise dan haiwan bukan?

Jadi apa kata buat kejutan dengan membawa mereka ke Rabbit Fun Land, sebuah petting zoo yang terletak di Lenggeng, Negeri Sembilan sebagai lokasi terakhir jalan-jalan anda.

Jangan terkejut nama je Rabbit Fun Land, tapi di sini ada pelbagai jenis haiwan selain arnab seperti rusa, burung unta (ostrich) dan juga unta. Aha jangan tak percaya dekat Malaysia pun ada unta tau.

Pengalaman lain dari lain seperti inilah yang menjadikan percutian keluarga lebih bermakna, dan pasti akan menjadi topik perbualan anak-anak untuk jangka masa yang panjang.

Jangan lupa singgah di R&R 

Setiap perjalanan pasti perlukan rehat sebentar dan kudap-kudapan bukan? Jadi jangan lupa untuk singgah di Hentian Rehat dan Rawat (R&R). 

Ia bukan sekadar pit stop untuk mengisi minyak atau ke tandas, tetapi ruang untuk anda nak amik udara segar sambil regangkan kaki selepas beberapa jam duduk dalam kereta. Untuk sesetengah ibu bapa pula, ini jugalah masa untuk melayan anak-anak.

Oh ya, alang-alang dah guna Lebuhraya PLUS tu jangan lupa untuk kumpul mata ganjaran untuk setiap kilometer pemanduan anda. Point yang anda kumpul tu boleh ditebus menjadi e-baucar untuk pembelian barangan dan makanan di R&R terpilih.

Jika konsep percutian hujung minggu sebegini serasi dengan gaya anda, sebenarnya masih banyak idea dan lokasi lain yang menanti untuk diterokai. 

Daripada lokasi santai yang menjadi pilihan generasi Gen Z dan Milenial, gabungan pengalaman percutian yang tidak disangka-sangka, sehinggalah cadangan makanan tempatan terbaik yang dipilih oleh peminat kulinari siri ini terus menyajikan inspirasi perjalanan yang segar dan relevan.

Untuk lebih banyak idea percutian ringkas yang mudah diakses tetapi menyeronokkan kunjungi laman Instagram kami dan tonton Episod 1 hingga 3.

Dan jangan lupa untuk tonton episod di bawah dan mungkin anda terinspirasi untuk merancang aktiviti jalan-jalan bersama keluarga hanya dengan menggunakan Lebuhraya PLUS.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.