fbpx
Now Reading
‘Melaka Tourism Passport’ Tawar Diskaun Hingga 80% Bagi 63 Produk Pelancongan

‘Melaka Tourism Passport’ Tawar Diskaun Hingga 80% Bagi 63 Produk Pelancongan

Melaka Tourism Passport dijual pada harga RM5 dan boleh didapatkan dari kios Tourism Melaka di Banda Hilir serta destinasi pelancongan lain termasuk Menara Taming Sari, Melaka River Cruise, Zoo Melaka dan hotel tertentu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kerajaan pada tahun ini telah melancarkan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) sebagai kempen pelancongan yang sekali gus mencerminkan perpaduan, keharmonian, dan kepelbagaian budaya di dalam negara.

Selaras dengan VM2026, Tahun Melawat Melaka (TMM) 2.0 turut dilancarkan oleh kerajaan negeri bagi menyokong inisiatif berkenaan.

Melaka yang menjadi tumpuan sebagai destinasi pelancongan sememangnya menawarkan banyak lokasi terkenal yang menjadi pilihan para pelancong dari seluruh pelusuk dunia.

Baca Artikel Berkaitan: Bandaraya Melaka Diiktiraf Sebagai Bandar Terbersih di ASEAN

Baca Artikel Berkaitan: Selalu Ke Melaka Tapi Tak Tahu Nak Lepak Mana? Ini Tujuh Kafe Estetik Anda Boleh Serbu

Melaka Tourism Passport Boleh Dibeli Dengan Harga RM5, Tawar Penjimatan Hingga RM268 & Babitkan 63 Produk

Sempena TMM 2.0 dan VM2026, kerajaan Melaka sebelum ini telah memperkenalkan ‘Melaka Tourism Passport’ yang melibatkan 63 produk pelancongan di negeri itu.

Pasport berkenaan boleh dibeli pada harga RM5 dan pemilik dapat menikmati penjimatan sehingga RM268 menerusi diskaun hingga 80% bagi produk yang ditawarkan.

Memetik Bernama, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka (Tourism Melaka), Nasrul Ahmad, berkata terdapat pelbagai pakej pelancongan dan harga istimewa bagi tiket masuk ke destinasi pilihan, iaitu:

  • 35 tempat tarikan pelancongan
  • 15 hotel, resort, chalet dan inap desa
  • Empat (4) restoran dan kafe
  • Empat (4) pusat beli-belah
  • Lima (5) pakej pelancongan kesihatan

“Sebagai contoh, pengunjung atau pelancong boleh mendapat diskaun 10% untuk menaiki Melaka River Cruise dan Menara Taming Sari manakala Bayou Lagoon Water Park, Magic Art 3D Museum dan Cheng Ho Cultural Museum menawarkan diskaun sebanyak 20%,” katanya.

Pasport Pelancongan Melaka itu turut menawarkan pakej Rawat dan Lawat bagi menarik kedatangan pelancong kesihatan membabitkan empat hospital swasta yang ada di negeri berkenaan.

Pemilik Pasport Boleh Dapatkan ‘Stamp’ Di Lokasi Terpilih

Mengulas lanjut, Nasrul berkata sebanyak 10,000 naskah pasport tersebut telah dicetak, sejak pelancarannya pada akhir tahun lepas.

Ia boleh didapatkan dari kios Tourism Melaka bersebelahan Surau Warisan Banda Hilir serta destinasi pelancongan lain termasuk Menara Taming Sari, Melaka River Cruise, Zoo Melaka dan hotel tertentu.

Selain menikmati pelbagai diskaun yang ditawarkan, pemilik Melaka Tourism Passport juga boleh mendapatkan cop apabila berkunjung ke lokasi terpilih, sekali gus menjadikannya sebagai kenang-kenangan.

Dalam masa sama, Nasrul berkata terdapat juga pemain industri pelancongan seperti hotel dan agensi pelancongan yang memberi pasport itu percuma yang bertujuan untuk menarik minat mereka terhadap perkhidmatan disediakan.

Foto: Tourism Melaka

Pasport Diharap Tingkatkan Kadar Penginapan Pelancong Asing

Tambah Nasrul, kerajaan negeri berharap kadar penginapan pelancong asing terutamanya dari China meningkat kepada sekurang-kurangnya tiga hari dua malam, melalui inisiatif Melaka Tourism Passport.

“Kebanyakan pelancong China datang Melaka secara perjalanan sehari dan ada menginap semalam sahaja. Jadi dengan adanya pasport pelancongan ini, mereka mendapat gambaran bahawa Melaka mempunyai banyak destinasi pelancongan menarik perlu dilawati.

“Sudah tentunya untuk pergi ke semua destinasi tersebut, sehari memang tidak mencukupi. Sekurang-kurangnya tiga hari dua malam, barulah banyak tempat boleh dikunjungi,” ujarnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.