fbpx
Now Reading
Travel Tak Lengkap Tanpa Makanan Sedap! Ini Apa Yang Geng Millennials & Gen Z Akan Hunting Ketika Bercuti [Video]

Travel Tak Lengkap Tanpa Makanan Sedap! Ini Apa Yang Geng Millennials & Gen Z Akan Hunting Ketika Bercuti [Video]

Sekiranya tak nak stres, dan nakkan percutian yang serba lancar, jangan lupa terus rancang cuti bermula dari sekarang sebaiknya sebelum peak season. Kalau nak lagi senang, mohon je AL siap-siap.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap orang pasti ada keutamaan tersendiri dalam memilih tempat percutian. Ada yang suka pergi ke destinasi popular, ada yang mencari port sesuai untuk healing atau penuh pengembaraan.

Ada juga yang mahukan lokasi yang menawarkan pelbagai makanan sedap dan viral, makanan warisan atau yang Instagrammable. Yelah bila lagi nak enjoy makan makanan sedap-sedap kalau bukan waktu bercuti kan?

Dalam episod 1 sebelum ini, team BuzzKini telah berkongsi antara lokasi destinasi paling bermakna dan susah untuk dilupakan pilihan generasi milenial dan juga Gen Z di Malaysia. Dalam episod 3 kali ini, team kami terokai makanan-makanan yang korang boleh dapatkan dekat sana pula.

Baca Artikel Berkaitan: Jom Tengok Destinasi Pilihan Geng Gen Z & Millenials Team Kami [Video]

#1 Millennials: Cameron Highlands

Sebut sahaja Cameron Highlands mesti korang akan terus terfikir buah strawberi yang gebu dan merah tu kan? Antara jalan utama ke sini adalah dengan menggunakan Lebuhraya PLUS dan mengambil susur keluar Tapah atau Simpang Pulai.  

Kalau dah sampai ke sana, jangan lupa singgah ke Big Red Strawberry Farm, untuk merasai sendiri hasil ladangan Malaysia. 

Buat pengembara yang bercuti di Cameron Highlands bersama anak, memang seronok bila dapat petik buah strawberi segar terus daripada pokok. Lepas dah kumpul hasil pungutan, boleh ‘ngap’ terus masuk mulut, manis dan fresh! 🍓🍃

Tapi tak syoklah kalau tak cuba aktiviti lain juga kan? Antara aktiviti yang wajib korang buat bila tiba di sana nanti adalah ambil gambar OOTD, makan dessert berasaskan strawberi, dan yang paling penting beli produk strawberi sebagai cenderamata atau kudapan di rumah nanti.

  • Lokasi: Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
  • Waktu operasi: Setiap hari [8AM – 6PM]

Selain buah dan teh strawberi, Cameron juga terkenal dengan makanan buatan Malaysia berasaskan buah kegemaran ramai itu. Daripada sarapan ke makan tengahari, The BOXPORT HUB menawarkan Nasi Lemak Strawberi yang menjadi rebutan ramai pengunjung. 

Hmm agak-agak apa rasa sambal tu ya? Pedas? Masam? Manis? Kalau korang tertanya-tanya apa rasanya, jangan lupa cuba order satu nanti. Jangan lupa kasi review juga. 

  • Lokasi: Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Mesti ada yang terasa nak makan makanan yang ringan dan manis di mulut kan? Kami sarankan korang cuba scone dari The Lakehouse, Cameron Highlands

Duduk bersantai layan pemandangan bukit hijau, hirup teh panas sambil makan scone bersama jem strawberi yang pekat likat serta premium. Fuh, memang syok! 

Lokasi: 30th Mile, Jalan Ringlet – Sungai Koyan, Sungai Khazanah, 39000 Ringlet, Pahang

#2 Gen Z: Gold Coast

Rata-rata pasti berpendapat yang Gen Z memillih lokasi penginapan di Gold Coast Resort, Sepang semata-mata kerana pemandangan pantai yang memukau dan vibe OOTD yang best je kan? Tetapi korang silap, sebenarnya di Gold Cost, pengunjung boleh merasai sendiri buah naga yang segar dan juicy hasil ladang di HL Dragon Fruit Eco Farm

Untuk ke sini, pengguna Lebuhraya PLUS boleh pilih sama ada nak keluar di susur keluar KLIA (paling cepat) atau Bandar Serenia. 

Ok berbalik ke topik kita tentang HL Dragon Fruit Eco Farm, ladang buah naga itu diusaha dan dibangunkan sendiri oleh keluarga tempatan di kawasan Sungai Pelek, Selangor dan Seremban. Korang penggemar buah naga? Inilah portnya. 😉

Oh ya! Bukan setakat makan buah asli, malah korang juga boleh cuba pelbagai hidangan dan menu berasaskan buah naga yang pastinya lain daripada biasa. Sebagai contoh bun buah naga dicicah bersama kari ayam yang kick. 😋

Bunyi memang agak pelik, tetapi kalau tengok sendiri depan mata mesti akan terliur punya. Presentation pun memang tip top, seakan-akan bunga dan rupa buah naga yang mengembang. 

Sekali pandang, kami percaya saiz hidangan itu sesuai untuk 2-3 pax sekali makan. 

Lebih menarik lagi, warna bahagian dalam roti yang menyelaputi kuah kari berwarna pink. Memang cantiklah untuk nak post dalam media sosial. 

Kalau haus ketika sedang bersantai tepi pantai, apa kata cuba minum jus buah naga yang segar sekaligus dapat menghilangkan dahaga sambil menjamah Burger Buah Naga mereka. Memang vibe! 

Jika nak isi perut dengan makanan berat pula, jangan lepaskan peluang untuk order Nasi Lemak Buah Naga yang ikonik. Nasinya dimasak bersama santan dan buah naga untuk warna pink yang menyerlah dan juga bau aroma yang memikat. 

Satu lagi kelainan Nasi Lemak ni adalah pada sambalnya kerana ia bukan sambal ikan bilis yang biasa korang beli di gerai tepi jalan sebaliknya ia menggunakan buah naga ya. Pendek kata, gabungan rasa tradisional dengan sentuhan moden. 

Bila lagi nak cuba Nasi Lemak Buah Naga kalau bukan di Gold Coast kan?

Yang paling penting, mereka ada sijil halal tau. Buat para Muslim korang tak perlu risau. 

Dah alang-alang singgah ke sana nanti, jangan lupa melawat ladang buah itu dan bergambar dengan replika buah naga terbesar di Malaysia. Selitkan sekali dalam itinerari okay! 😍📸

  • Lokasi: Lot 7608, Jalan Besar Batu Satu, Kampung Baharu Sepang, 43900 Sepang, Selangor
  • Waktu operasi: Khamis — Selasa [9AM – 6PM]

Tetapi kami ingatkan awal-awal, jangan terkejut kalau lokasi-lokasi di atas ni sesak semasa cuti umum terutama sekali menjelang Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri akan datang. 

Jadi sekiranya tak nak stres, dan nakkan percutian yang serba lancar, jangan lupa terus rancang cuti bermula dari sekarang sebaiknya sebelum peak season. Kalau nak lagi senang, mohon je AL siap-siap. 

PRO-TIPS: Kumpul Point PLUSMiles Sambil Road Trip

Mungkin ada yang terfikir nak ikut jalan mana untuk sampai ke sana kan? Jangan risau, guna sahaja Lebuhraya PLUS. Rancang perjalanan awal-awal, Insya-Allah sampai dengan selamat dan cepat. 

Tips jimat untuk pengguna, korang boleh rebut peluang untuk kumpul point PLUSMiles bagi setiap kilometer perjalanan di Lebuhraya PLUS. Dengan setiap point yang terkumpul, korang boleh tebus kombo-kombo makanan seperti snek dan kopi di hentian R&R (Rehat dan Rawat) terpilih.

Dapat la rehat kejap sambil mengalas perut dengan makanan-makanan ditebus tu. Muat turun aplikasi PLUS di IOS atau di Android sekarang. 

Tonton video kami di bawah: 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.