PMX Lancar Inisiatif “Cerita Malaysia Kita” Sempena Kempen Visit Malaysia 2026
Inisiatif “Cerita Malaysia Kita” dilancarkan di Sunway Lagoon, sebahagian daripada usaha memperkukuh jenama pelancongan negara menjelang Visit Malaysia 2026 yang fokus kepada budaya, tarikan tempatan dan kerjasama industri.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Inisiatif pelancongan nasional “Cerita Malaysia Kita” secara rasmi dilancarkan di Sunway Lagoon pada Jumaat (30 Jan), sekali gus menjadi pembuka tirai kepada kempen Visit Malaysia 2026.
Majlis yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini menyokong usaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk memperkukuh jenama Malaysia sebagai destinasi yang mesra, berwarna-warni dan kaya dengan identiti tersendiri.
Foto: BuzzKini/ Eshvar
Foto: SunwayFoto: Sunway
Menurut Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah, inisiatif ini bukan sekadar promosi pelancongan, malah satu peringatan tentang keunikan Malaysia yang terbina daripada pelbagai kaum, budaya dan tradisi.
Pelancaran tersebut turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Perkongsian (MoP) antara Sunway Lagoon, Tourism Malaysia dan rakan korporat bagi memperkenalkan dua inisiatif utama iaitu:
Sunway Tiny Toys
Malaysia Attraction Passport (MAP)
Sunway Tiny Toys menampilkan koleksi barangan bertemakan elemen tempatan yang diinspirasikan daripada institusi dan infrastruktur negara, sebagai simbol penceritaan Malaysia sebagai sebuah negara muda.
Foto: BuzzKini/ Sofea
Antara rakan kerjasama terlibat termasuk Keretapi Tanah Melayu (KTMB), Pos Malaysia, Mamee‑Double Decker, Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON), Farm Fresh, Eraman Malaysia, Oriental Kopi, SUPER GT Malaysia, Toyest Holdings Limited dan The Weststar Group.
Sementara itu, program MAP menggalakkan pengunjung meneroka pelbagai tarikan ikonik di seluruh negara dengan kerjasama seperti:
Sunway Lagoon
Aquaria KLCC
Petrosains
Farm Fresh
Super GT Malaysia
Majlis pelancaran turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan dan muzik, pameran rakan kerjasama serta pertunjukan bunga api, sekali gus memberi pengalaman santai namun bermakna kepada para pengunjung yang hadir.