“Ada Café & Port OOTD” – Bangunan Sultan Abdul Samad Kini Dibuka Kepada Pengunjung [Video]
Bangunan Sultan Abdul Samad ini pastinya bukan sahaja mampu menarik minat warga tempatan, malah menjadi tumpuan pelancong asing yang bercuti di ibu kota.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sesiapa yang pernah pergi ke Dataran Merdeka, pasti mata tidak lari daripada melihat sebuah bangunan agam yang berdiri gah berhadapan kawasan itu bukan.
Pun begitu, sejak setahun lalu, tiada siapa yang dapat masuk ke sana memandangkan ia telah ditutup sementara bagi kerja-kerja pemuliharaan.
Buat generasi muda, bangunan Sultan Abdul Samad itu mungkin meninggalkan banyak tanda tanya tentang sejarahnya dan apakah yang ada di dalamnya.
Bangunan Sultan Abdul Samad kini dibuka kepada pengunjung, masuk percuma!
Namun, anda tidak perlu lagi berteka-teki tentang semua itu memandangkan bangunan Sultan Abdul Samad kini secara rasminya dibuka kepada para pengunjung sejak semalam (2 Februari).
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @pedzulkefli, bangunan bersejarah itu telah siap diubahsuai dan orang ramai boleh melawatinya.
Dalam video tersebut, jelas kelihatan tiada lagi pagar yang menutupi keliling bangunan berkenaan.
Ada banyak café, galeri dan port OOTD
Pemandangan pada waktu malam juga tidak kurang cantiknya dengan cahaya lampu berwarna Jalur Gemilang (merah, putih, biru, kuning) yang mewarnai dinding bangunan dari luar.
Difahamkan, di dalam bangunan berkenaan terdapat banyak café, galeri serta kawasan-kawasan Instagrammable.
Bangunan ini pastinya bukan sahaja mampu menarik minat warga tempatan, malah menjadi tumpuan pelancong asing yang bercuti di ibu kota.
@pedzulkefli Finally open for public! Cantik sgt kt dalam tu. Ada byk cafe, galeri & port ootd!
♬ original sound – Fadhilah – Explore & Travel
Difahamkan, waktu operasi bangunan ini bermula dari jam 8 pagi hingga 10 malam dan buat masa ini tiket masuk adalah percuma!
Netizen teruja bangunan Sultan Abdul Samad kini dibuka
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa begitu teruja melihat bangunan bersejarah itu kini kembali dibuka kepada orang ramai.
Tidak kurang juga yang menyatakan bahawa dia tidak sabar untuk berkunjung ke sana bersama keluar nanti.
Malah, ada yang berpendapat bahawa menghidupkan semula bangunan Sultan Abdul Samad adalah pilihan yang tepat demi mengekalkan sejarahnya selain dapat menarik lebih ramai pelancong.




Baca Artikel Berkaitan: Keunikan & Kecantikan Masjid Jamek Cina Muslim Klang Ini Curi Tumpuan Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “A Taste Of History” – CNN & New York Times Senarai Pulau Pinang Antara Destinasi Pelancongan Menarik 2026



