Jom Tengok Destinasi Pilihan Geng Gen Z & Millenials Team Kami [Video]
Setiap kali bercuti mesti korang nak berjimat juga kan? Yelah, tak nak la lepas balik melancong poket terus kosong. Buat korang yang bercadang untuk pergi ke lokasi-lokasi yang dikongsi di atas, jangan lupa tebus mata ganjaran menerusi aplikasi PLUS.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Siapa je tak suka melancong dan bercuti kan? Tapi setiap orang ada preference tersendiri, cuma satu yang pasti tempat yang ingin dituju tu haruslah cantik dan insta-worthy serta sesuai dengan minat masing-masing.
Memandangkan percutian ni satu benda wajib untuk semua orang, jadi jom kami kongsikan tempat menarik yang korang patut pergi mengikut citarasa generasi masing-masing.
Tetapi sebelum tu, ada satu tips penting yang korang kena tahu. Kalau nak melancong ni, waktu terbaik adalah sebelum tiba musim cuti misalnya cuti umum, cuti sekolah dan lain-lain. Kalau nak contoh paling dekat seperti Thaipusam, Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.
#1 Millenials: Cameron Highlands
Memandangkan ramai generasi Millenials yang sudah berkeluarga, mesti mereka lebih menyukai tempat yang mesra kanak-kanak tetapi dalam masa sama seronok untuk orang dewasa juga. 2 in 1 orang kata.
Bagi pendapat kami, destinasi wajib yang menarik ialah Cameron Highlands, Pahang! Malah kami juga ke sana baru-baru ini.
Seperti yang kita tahu, Cameron Highlands sangat terkenal dengan ladang strawberi dan suhunya yang lebih sejuk sepanjang tahun berbanding port percutian yang lain. Buat mereka yang membawa anak kecil, korang boleh merancang perjalanan road trip ke sana tanpa berasa risau si kecil kepanasan atau tak.🍓🍃
Nak ke sana pun mudah dan pantas iaitu dengan menggunakan Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) sahaja.
Antara aktiviti yang paling tidak boleh dilepaskan adalah melawat Taman Teh BOH dengan pemandangan ikonik ladang teh di Cameron Highlands.
Mesti ada juga yang pernah dengar Cameron ni kerap jammed kan? Jadi kalau nak elakkan diri korang tersangkut dalam situasi ni, pastikan rancang perjalanan sebaiknya dan elak peak hours.
Mengikut saranan kami, dua hari sudah memadai untuk dapatkan road trip bermakna dengan keluarga atau rakan korang di sana. Antara destinasi lain yang korang patut lawati di Cameron adalah seperti:
- The Sheep Sanctuary
- Kea Farm Market
- Pasar Malam Golden Hill
- Taman Rama-rama
- Ayahman Strawberi Cameron Highlands

#2 Gen Z: Skyline Luge & Gold Coast
Buat geng-geng Gen Z pula, pasti ramai juga di antara korang yang penat menghadap rutin harian yang sama sebagai contoh kerja dari pagi sampai ke petang. Lebih parah ada yang overtime (OT) hingga malam dan juga hujung minggu!
Untuk lepaskan sekejap stres dari realiti alam dewasa tu, korang bolehlah rancang road trip bersama rakan-rakan ke Skyline Luge di Gamuda Luge Gardens, Rawang.
Oh kami juga dah ke sini baru-baru ni!
Dalam masa menikmati pemandangan hijau alam semula jadi semasa menaiki gondola (kerusi angkut), korang boleh mencuba aktiviti Luge di empat trek pilihan: Legend, Ultra, Gravity dan Express, masing-masing sepanjang 1.6 kilometer.
Untuk korang yang tidak tahu, Luge seakan-akan go-kart tetapi menggunakan kuasa graviti.
Kalau nak view lagi cantik, boleh rancang masa korang untuk pergi ke sana pada waktu petang. Kalau bertuah, dapatlah shot matahari terbenam yang aesthetic. 🌅
Memang sangat sesuai untuk korang yang sukakan aktiviti outdoor dan lasak atau buat mereka yang mahukan getaway singkat mengikut laluan Lebuhraya PLUS.

Selepas seharian penat menghabiskan masa di Skyline Luge, mesti nak cari tempat untuk menginap pula kan? Sesuai dengan vibe santai untuk tenangkan minda, Gold Coast Resort, Sepang lah tempatnya.
Siapa kata hanya duduk santai? Di sana, korang boleh menghirup udara segar pantai sambil ber-OOTD di buaian berlatarbelakangkan laut biru serta menikmati dessert dan minuman cantik yang Instagrammable. Yang penting lazat dan sedap mata memandang. 😍🏖️
Sebenarnya team BuzzKini sendiri sudah singgah ke lokasi ini, juga menggunakan laluan Lebuhraya PLUS.
Menjelang waktu malam, korang boleh menikmati pertunjukan api yang memukau di Gold Coast Resort, momen yang pasti membuatkan percutian itu lebih bermakna.

TIPS💡:
Setiap kali bercuti mesti korang nak berjimat juga kan? Yelah, tak nak la lepas balik melancong poket terus kosong. Buat korang yang bercadang untuk pergi ke lokasi-lokasi yang dikongsi di atas, jangan lupa tebus mata ganjaran menerusi aplikasi PLUS.
Caranya mudah sahaja, kumpul point PLUSMiles untuk setiap kilometer korang berjalan di Lebuhraya PLUS.
Dengan point yang terkumpul, korang boleh tebus kombo-kombo makanan seperti snek dan kopi di R&R (Rehat dan Rawat) tau. Dompet happy, perut pun happy! ☕🤩
Untuk pengguna IOS muat turun di SINI dan pengguna Android di SINI.