UNIQLO Perkenal Koleksi Lifewear Spring/Summer 2026, Gaya Ringkas & Praktikal Untuk Cuaca Panas
UNIQLO memperkenalkan koleksi Spring/Summer 2026 LifeWear dengan konsep Intelligent Simplicity, menampilkan rekaan ringkas yang mengutamakan keselesaan dan fungsi untuk kehidupan seharian.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
UNIQLO telah memperkenalkan koleksi Spring/Summer 2026 berkonsep Intelligent Simplicity, direka khas untuk gaya hidup harian dan cuaca panas.
Dari denim versatil hingga fabrik ringan seperti linen, koleksi ini memfokuskan pada keselesaan tapi masih bergaya.
UNIQLO tampil dengan koleksi Spring/Summer 2026 LifeWear yang menekankan konsep Intelligent Simplicity dengan pendekatan rekaan yang mengimbangi fungsi, keselesaan dan gaya untuk kehidupan harian, khususnya di negara beriklim panas.
Koleksi ini dipratonton dalam satu acara eksklusif menampilkan evolusi pakaian asas UNIQLO yang kekal relevan dengan trend semasa tanpa mengorbankan keselesaan.
Berteraskan konsep ‘Ultimate Basic’, UNIQLO terus memperkenalkan Today’s Basics dengan rekaan ringkas yang mudah digayakan, selesa dipakai dan sesuai untuk pelbagai aktiviti seharian.
Urban Rome: Gaya Bandar & Travel Yang Versatil
Zon Urban Rome menampilkan pilihan pakaian yang sesuai untuk gaya hidup bandar dan aktiviti perjalanan yang sesuai untuk musim bunga.
Antara item utama termasuk jaket ringan potongan pendek, denim, seluar paras buku lali, polo rajut serta sweatshirt.
Palet warna yang lebih gelap seperti biru dan maroon diseimbangkan dengan sentuhan hijau, merah jambu dan biru lembut, menjadikan koleksi ini sesuai untuk penggayaan berlapis serta peralihan musim.
Amalfi Coast: Vibe Musim Panas Yang Ringan & Santai
Untuk musim panas pula, UNIQLO mengetengahkan zon Amalfi Coast yang diinspirasikan daripada suasana pantai dengan sentuhan gaya preppy dan muda.
Material seperti linen dan kapas menjadi fokus utama bagi memastikan keselesaan dan pengudaraan optimum, manakala warna cerah seperti kuning dan oren memberi suntikan ceria yang mencerminkan mood musim panas.
Denim Kekal Relevan, Perlindungan UV Jadi Keutamaan
Manakala, denim kekal sebagai elemen penting dalam LifeWear, dengan UNIQLO memperkenalkan tiga siluet baharu untuk Spring/Summer 2026 iaitu Baggy Curve Jeans, JW Anderson Baggy Jeans dan Baggy Jeans.
Setiap rekaan dihasilkan melalui proses teliti di UNIQLO Jeans Innovation Centre bagi memastikan ketahanan dan keselesaan jangka panjang.
Lebih menarik lagi, perlindungan UV turut diberi penekanan menerusi koleksi pakaian dan aksesori yang direka untuk melengkapkan rutin perlindungan harian.
Tahun ini, koleksi cermin mata hitam tampil dengan rekaan baharu di bawah arahan kreatif Clare Waight Keller, sesuai untuk bentuk wajah Asia dan Barat, serta dilengkapi lensa UV400 dengan pengurangan cahaya biru.
UT & UNIQLO C Lengkapkan Koleksi
Acara pratonton turut menampilkan UT, rangkaian T-shirt grafik UNIQLO yang meraikan budaya pop menerusi kolaborasi seperti MANGA UT SHUEISHA 100th Anniversary, BABYMONSTER dan MoMA.

Koleksi UNIQLO C, hasil sentuhan Clare Waight Keller, pula menawarkan rekaan yang lebih berstruktur namun kekal praktikal, diinspirasikan daripada rutin kehidupan seharian.

Secara keseluruhan, koleksi UNIQLO Spring/Summer 2026 mengekalkan identiti LifeWear yang ringkas, praktikal dan direka untuk menyokong gaya hidup moden mengikut musim demi musim.



