Malaysia Brand Day 2026 Bakal Himpunkan Jenama Tempatan
Menurut Eden Yap, Pengerusi Penganjur Malaysia Brand Day, edisi sulung ini akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 8 hingga 10 Januari 2026.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan produk buatan tempatan kini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Selain faktor kekitaan, kualiti, nilai ketukangan, serta identiti kukuh membuatkan satu persatu jenama ini semakin berkembang.
Daripada makanan artisanal hingga produk gaya hidup moden, jenama tempatan berjaya membuktikan bahawa kreativiti dan standard pembuatan dalam negara mampu menyaingi pilihan antarabangsa.
Terbaharu hari ini (2 Disember) telah berlangsungnya sidang media bagi program Malaysia Brand Day, sebuah platform nasional yang diwujudkan bagi memperkasa jenama tempatan serta mengukuhkan ekosistem penjenamaan negara.
Inisiatif yang bertujuan meningkatkan daya saing perusahaan kecil dan sederhana (PKS), membina keyakinan pengguna terhadap produk Malaysia, serta membuka peluang pasaran yang lebih luas untuk perniagaan tempatan ini turut mendapat pengiktirafan Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan disokong oleh 10 kementerian serta agensi kerajaan.
Menurut Pengerusi Penganjur Malaysia Brand Day, Eden Yap edisi sulung ini akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Convention Center) dari 8 hingga 10 Januari 2026.
“Malaysia Brand Day bukan sekadar pameran. Ia ialah gerakan nasional untuk memperkukuh ekonomi dengan menyokong jenama tempatan. PKS menyumbang kira-kira 40% kepada KDNK negara, manakala pekerja PKS merangkumi 48% tenaga kerja Malaysia,” jelas Eden.
Yang menariknya acara ini bakal menghimpunkan pelbagai jenama daripada 16 industri, merangkumi pameran terpilih, dialog kepimpinan, panel industri, sesi padanan perniagaan, dan bengkel pembangunan keupayaan.
16 industri terlibat

50 jenama lokal sudah sahkan penyertaan
Setakat ini sudah lebih 50 jenama tempatan yang telah mengesahkan penyertaan, termasuk ZUS Coffee sebagai Rakan Minuman Rasmi. Malah dijangkakan lebih 100 PKS tempatan yang akan turut serta.
Antara jenama lokal yang sudah mengesahkan pernyataan adalah:
- A Cut Above
- Applecrumby
- Eu Yan Sang
- Bloomthis
- Carlo Rino
- Ogawa
- Fire Fighter
- Photobook
- EE Clinic dan lain-lain.

Malaysia Brand Day jadi jambatan antara jenama dan lain-lain
Tambah Eden lagi, platform ini akan menghubungkan jenama tempatan secara langsung dengan pembeli, pelabur, pembuat dasar dan pasaran global sekaligus membuka peluang perniagaan sebenar dan mewujudkan pertumbuhan bersama merentasi industri.
Presiden Persatuan Penjenamaan Malaysia Datin Winnie Loo, turut menegaskan kepentingan mengangkat jenama lokal.
“Jenama tempatan mencerminkan kreativiti, inovasi dan daya tahan kita. Ramai penggiat industri berdepan cabaran yang sama dalam usaha berkembang dan membina kepercayaan pengguna. Malaysia Brand Day menyediakan ekosistem di mana kerajaan, perniagaan dan pengguna dapat bersama-sama menyokong dan meraikan kecemerlangan milik rakyat Malaysia,” katanya.
Dengan memberi tumpuan kepada jenama tempatan, Malaysia Brand Day berhasrat membina keyakinan pengguna, menggalakkan budaya membeli produk tempatan, dan meluaskan peluang pasaran untuk PKS.
Walaupun matlamat utamanya adalah untuk memperkasa PKS, Malaysia Brand Day 2026 juga akan mengetengahkan jenama lokal yang telah berkembang daripada syarikat ‘start up’ kepada peneraju serantau dan di peringkat global.
Kisah kejayaan mereka membuktikan bahawa jenama Malaysia mampu bangkit, bersaing dan memimpin di pentas dunia—serta diharapkan dapat menyuntik inspirasi kepada lebih banyak PKS untuk berimpian besar, berkembang berani, dan membina legasi yang membanggakan negara.
Malaysia Brand Day 2016
Lokasi: Hall 1 – Hall 4 Kuala Lumpur Convention Center
Tarikh: 8- 10 Januari 2026
Waktu: 10am – 6pm
I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters while enjoying music, books, and the outdoors.



