“Saya Memang Dah Tua, Terus Kenapa?”: Memahami Fasa Menopaus [Pendapat]
Setiap wanita akan rasa pengalaman yang berlainan. Ada yang mula tidur tak lenak. Ada yang kena “hot flush”, mood swing, atau rasa badan tak “sync” macam dulu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Artikel Oleh: Clarissa, Pistil
Artikel Disemak Oleh: Dr. Jaspal Sachdev dan Dr. Sangeeth Kaur, New Age Clinic, Rangkaian Klinik Pistil
Apa sebenarnya berlaku pada badan bila masuk fasa perimenopaus dan menopaus? Apa tanda-tandanya? Dan macam mana wanita boleh dapat sokongan yang terbaik untuk melalui fasa semula jadi ini?
Apa Yang Terjadi Semasa Perimenopaus dan Menopaus
Menopaus bukan fasa yang datang secara tiba-sebagai contoh ketika bangun tidur dan anda berubah 360 darjah, sebaliknya proses ini berlaku perlahan-lahan, bila badan mula perlahan selepas bertahun-tahun ikut rutin sendiri. Kebiasaanya antara umur 45 hingga 55 tahun.
Bila hormon berubah, anda mungkin perasan tanda kecil, seperti tidur tak lena, cepat penat, atau emosi rasa lebih sensitif. Ada hari rasa OK je, ada hari rasa pelik sangat. Tapi jangan risau, ini bukan tanda badan “rosak”, cuma badan tengah tukar rentak.
Sebelum menopaus bermula, badan akan masuk ke perimenopaus, yaitu fasa persediaan. Anda tak “hilang” apa-apa, cuma belajar dengar badan dengan cara baru. Dan ya, perubahan ini tak ambil kekuatan atau femininiti anda, tetapi cuma mendefinisikan semula siapa anda.
Tanda-Tanda Perimenopaus dan Menopaus
Setiap wanita akan rasa pengalaman yang berlainan. Ada yang mula tidur tak lenak. Ada yang kena “hot flush”, mood swing, atau rasa badan tak “sync” macam dulu.
Ini boleh buat keliru, sebab dah bertahun-tahun hidup dalam badan sendiri, tiba-tiba banyak benda berubah. Tapi semua ini sebenarnya badan tengah adjust. Ia cuba seimbangkan diri dan minta penjagaan yang lebih lembut.
Bila anda belajar faham perubahan ini perlahan-lahan, fasa ini boleh jadi masa untuk kenal diri, bukan sekadar ketidakselesaan. Dan kalau anda rasa tak pasti, anda boleh bincang pengurusan simptom dengan doktor kami.

Kita Kena Berbual Tentang Menopaus Dengan Cara Baru
Selama ini, menopaus selalu dianggap “fasa biasa” yang wanita kena lalui diam-diam. Ramai pun tak tahu apa yang sebenarnya berlaku selain “period dah berhenti”. Sebab itu ramai rasa sunyi.
Menopaus bukan sekadar “tak kan hamil lagi” atau “dah tak ada period”. Ia lebih besar daripada itu. Bila kita ubah cara kita bincang tentang menopaus, kita ubah cara wanita mengalaminya.
Di Pistil, kami percaya setiap fasa hidup wanita layak diberi ruang untuk dibincangkan dengan jujur, sebab menopaus bukan penamat, ia permulaan musim baru.
Kenapa Kesedaran Penting di Malaysia
Di Malaysia, dan banyak negara Asia, topik haid pun jarang dibincang, apatah lagi menopaus. Ramai wanita salah faham tanda-tanda ini sebagai “biasalah, dah tua”, lalu tahan ketidakselesaan itu bertahun-tahun.
Inilah sebab kesedaran penting. Bayangkan kalau wanita berkongsi pengalaman, dapat akses kepada maklumat tanpa stigma, kita boleh saling faham dan ingatkan bahawa kita tak pernah sorang-sorang dalam perjalanan ini.
Anda Tak Gagal, Anda Sedang Berubah
Tak ada satu cara “betul” untuk lalui menopaus, dan itu normal. Yang penting, buat apa yang rasa sesuai dengan diri anda. Makan seimbang, cukup rehat, jalan pagi, atau yoga, benda kecil macam ini boleh bantu banyak. Kalau rasa produk kesihatan dan wellness membantu, itu pun tak salah. Sebab itu Pistil pilih produk yang sesuai untuk wanita di semua peringkat umur.
Dan bila perlukan panduan lebih mendalam, terutamanya untuk menopaus, perubahan hormon atau isu penuaan, ada klinik seperti New Age Clinic yang fokus pada penjagaan regeneratif dan longevity, serta membantu orang faham perubahan hormon seperti menopaus atau andropaus. Penjagaan diri bukan manjakan diri, ia satu bentuk penyembuhan.
Perjalanan ini bukan penamat, ini bab baru. Badan anda tak pernah berhenti berkembang, dan tak akan, walaupun usia makin bertambah. Jadi perlahan, tarik nafas, dan sayangi diri anda lebih lagi. Dan kalau anda tak pasti, pengurusan simptom ini boleh dibincangkan dengan doktor kami.
I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters while enjoying music, books, and the outdoors.