fbpx
Now Reading
Syurga Untuk Peminat Anime, Komik & Games! ACG Base Di Lalaport BBCC Jadi Hab Pop Budaya Terbesar

Syurga Untuk Peminat Anime, Komik & Games! ACG Base Di Lalaport BBCC Jadi Hab Pop Budaya Terbesar

Menurut LaLaport BBCC pelancaran ini meneruskan evolusinya sebagai destinasi gaya hidup berteraskan DNA Jepun. Zon baharu tersebut menampilkan lebih 20 jenama ACG dari Jepun, termasuk barangan eksklusif, kolaborasi edisi terhad dan pengalaman runcit yang menjadikannya antara hab budaya pop terbesar di Malaysia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

LaLaport Bukit Bintang City Centre (LaLaport BBCC) kini memperkenalkan ACG BASE, sebuah zon baharu yang menghimpun dunia anime, komik dan permainan (ACG) dalam satu ruang imersif yang menjadi syurga buat peminat anime di Malaysia. 

Dibuka di aras 2 pusat beli-belah itu, ACG BASE direka untuk peminat tegar dan juga pengunjung baharu yang mahu merasai pengalaman pop budaya Jepun dengan lebih dekat.

Menurut LaLaport BBCC pelancaran ini meneruskan evolusinya sebagai destinasi gaya hidup berteraskan DNA Jepun. Zon baharu tersebut menampilkan lebih 20 jenama ACG dari Jepun, termasuk barangan eksklusif, kolaborasi edisi terhad dan pengalaman runcit yang menjadikannya antara hab budaya pop terbesar di Malaysia.

Animate Kini Dibuka Secara Tetap di LaLaport BBCC

Animate, peruncit anime terkenal dari Jepun sudah tentu menjadi tarikan utama. Selepas kejayaan pop-up store sebelum ini, Animate kini dibuka secara tetap di LaLaport BBCC dengan keluasan lebih 3,900 kaki persegi. Kedai ini menawarkan koleksi anime, manga dan permainan yang original serta barangan eksklusif.

Malah, pop-up store terdahulu turut dinaik taraf menjadi “animate Only Shop”, yang memfokuskan barangan edisi terhad untuk tajuk anime terpilih. 

Manakala di aras LG1, animate Café pula menampilkan konsep berbeza mengikut musim, menawarkan minuman kolaborasi yang diinspirasikan anime, manga dan VTuber popular.

KLP48 Teater Hidupkan Suasana Idola Jepun di Malaysia

Lebih meriah lagi, KLP48, kumpulan idol tempatan yang juga sekutu (sister group) kepada kumpulan J-Pop, AKB48 dari Jepun, kini mempunyai hab rasmi mereka di KLP48 Theatre. Di sini, peminat boleh tonton persembahan ‘live’ setiap hari, memberi sokongan serta berinteraksi dengan ahli kegemaran mereka di luar suasana konsert besar.

Lebih 20 Kedai Eksklusif: Dari Barangan IP, Kafe Tema Hingga Ruang Aktiviti

ACG BASE menempatkan pelbagai jenama eksklusif dari Jepun dan Asia:

  • Bad Egg Club – Pakaian edisi terhad dan barangan gaya hidup berasaskan IP.
  • Dimension Poptown – Restoran bertema pop budaya dengan ruang acara peminat.
  • Doko Koko (Café, Goods, Pick Up, Space) – Destinasi gaya hidup anime lengkap dengan kafe dan ruang event.
  • K+ by Kadokawa Gempak Starz – Manga tempatan & Jepun, barangan eksklusif dan alat tulis.
  • Kaadoya – Kedai kad koleksi seperti Pokémon & Yu-Gi-Oh!
  • KOBO 7 – Zon Gunpla dengan model, cat, aksesori dan ruang kerja khas.
  • Mori Mory – Kafe bakeri bertema anime dengan pastri dan pencuci mulut edisi terhad.
  • Nullset Goods – Barangan rasmi IP dari Jepun, China dan Korea termasuk Alien Stage & HUNTER x HUNTER.
  • NOT ONLY TOY – Lebih 5,000 barangan IP berlesen & eksklusif.
  • ORB Café – Kafe kolaborasi bertema anime, manga dan permainan.
  • Photoism PLAY – Photo booth purikura & barangan K-pop (pelancaran pertama di luar Jepun).
  • Q Pocket – Kedai gaya hidup & koleksi dengan lebih 10,000 pilihan.
  • The Pink Room – Ruang runcit bertema pastel dengan IP seperti Sanrio, Pokémon & Peanuts.
  • Vibe Max – Barangan rasmi Genshin Impact, Honkai: Star Rail, Zenless Zone Zero & Wuthering Waves.
  • MXD – Figura & barangan gacha bergaya Taiwan dan Jepun.
  • Xumi Goods – Barangan peminat daripada lebih 30 IP global termasuk plushie & akrilik.

Pelanggan Boleh Nikmati Promosi Eksklusif Sehingga 30 November Ini

Menariknya lagi, sempena pelancaran ini pelanggan boleh menikmati promosi eksklusif bermula 14 November ini hingga 30 November seperti Baucar Tunai sebanyak RM20 atau produk Beryl’s.

Nak tahu caranya? Pelanggan hanya perlu berbelanja sebanyak RM300 dalam satu resit dan akan menerima Baucar Tunai RM20

Selain itu, pembelian RM100 dalam dua resit pada hari yang sama melayakkan pengunjung menerima coklat atau biskut Beryl’s secara percuma.

Pengunjung juga boleh menyertai Sticker Rally, di mana pelekat boleh dikumpul daripada kedai yang mengambil bahagian. Setelah koleksi pelekat lengkap, peserta berpeluang menebus satu lagi Baucar Tunai RM20.

ACG Base dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir 2025, jom semarakkan kehadiran Lalaport BBCC sebagai destinasi gaya hidup Jepun terbesar di Malaysia.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.