fbpx
Now Reading
Pos Malaysia Lancar Koleksi Setem ‘Animasi Klasik’ Sempena Minggu Setem 2025

Pos Malaysia Lancar Koleksi Setem ‘Animasi Klasik’ Sempena Minggu Setem 2025

Koleksi Setem ‘Animasi Klasik’ ini dijual sebagai set folder berharga RM71.50, yang merangkumi 4 helaian setem, 1 lembaian miniatur dan lain-lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), secara rasmi melancarkan Minggu Setem 2025 semalam (13 November) dengan tema ‘Animasi Klasik’.

Minggu Setem ini turut meraikan siri animasi kesayangan Malaysia dari era 1990-an termasuk Keluang Man, Anak-anak Sidek, Yokies, dan Hikayat Sang Kancil.

Pelancaran yang diadakan di Pusat Pembangunan Pos Code (PosCODE) Bangi ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Pemasaran, Komunikasi & Kemampanan Kumpulan Pos Malaysia, Fiona Liao.

Majlis ini turut menandakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kelab Setem & Filateli (KESEF) Peringkat Kebangsaan, meraikan kejayaan penutupan Siri Eksplorasi KESEF di seluruh negara yang telah mencapai hampir 43,000 ahli di lebih 500 buah sekolah.

“Melalui keluaran setem istimewa ini, Pos Malaysia bukan sahaja meraikan keunikan seni dan kreativiti tempatan, tetapi juga memberi penghormatan kepada penerbit, pelukis, dan penggiat industri yang telah mencipta karya yang dekat di hati rakyat Malaysia,” kata Fiona Liao.

Koleksi Setem ‘Animasi Klasik’ ini dijual sebagai set folder berharga RM71.50, yang merangkumi:

  • 4 helaian setem (menampilkan kesemua 4 reka bentuk animasi)
  • 1 lembaian miniatur
  • 1 sampul hari pertama
  • 1 folder

Dihasilkan melalui kerjasama dengan FINAS (Hikayat Sang Kancil), Iconic Animation Studio Sdn Bhd (Yokies & Keluang Man), dan YBhg. Datuk Dr Mohmed Misbun Bin Dato’ Haji Sidek (Anak-anak Sidek), koleksi ini mempamerkan animasi ikonik Malaysia yang telah menemani berbilang generasi.

Koleksi ini boleh didapati di semua Biro Filateli Pos Malaysia, pejabat pos seluruh negara dan dalam talian di https://shop.pos.com.my sementara stok masih ada.

Semasa pelancaran tersebut, Pos Malaysia turut meraikan para pemenang pertandingan reka bentuk nota kreatif dan seni doodle, yang menerima penyertaan daripada murid Tahap 1 sekolah rendah hingga ke pelajar Tingkatan 6.

Selain itu, kategori Pameran Satu Halaman, dengan sokongan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), turut menyerlahkan bakat para pelajar dalam penceritaan dan penyampaian.

Para hadirin juga dapat menyertai pelbagai aktiviti termasuk pameran setem, pertandingan mewarna dan melukis reka bentuk setem seni coret (doodle), sesi eksplorasi filateli, jualan setem, serta bengkel pamer sehalaman dan folio setem.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.