fbpx
Now Reading
[Review] Istimewa Buat Peminat Mi! Secret Recipe Perkenal 3 Menu Baharu Dalam Siri Mee Time

[Review] Istimewa Buat Peminat Mi! Secret Recipe Perkenal 3 Menu Baharu Dalam Siri Mee Time

Dengan gabungan cita rasa tempatan dalam setiap hidangan, tiga menu baharu yang diperkenalkan dalam siri Mee Time oleh Secret Recipe kali ini adalah Laksa Sarawak, Laksa Johor dan Penang White Curry Mee.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Selain perbezaan budaya, Malaysia juga terkenal dengan keunikan dan kepelbagaian makanan.

Lihat sahajalah, setiap negeri masing-masing ada menu signature atau hidangan istimewanya yang tersendiri.

Contohnya, Pulau Pinang terkenal dengan Pasembur dan Nasi Kandar, Melaka pula dengan Asam Pedas manakala Kelantan dengan Nasi Kerabu.

Kalau nak senaraikan semua, fuh memang takkan pernah habis! Apa yang pasti setiap hidangan mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Secret Recipe Perkenal 3 Menu Baharu Dalam Siri Mee Time

Buat korang yang kaki makan khususnya pencinta mi atau laksa, Secret Recipe baru-baru ini telah memperkenalkan tiga menu baharu dalam siri Mee Time.

Dengan gabungan cita rasa tempatan dalam setiap hidangan, tiga menu baharu yang diperkenalkan kali ini adalah Laksa Sarawak, Laksa Johor dan Penang White Curry Mee.

Menurut wakil dari Secret Recipe, kari dan laksa bukan hanya sekadar hidangan malah ia sebahagian daripada budaya Malaysia.

“Sebagai jenama tempatan, kami berharap agar Mee Time dapat mencipta momen istimewa buat pelanggan kami sambil menikmati keunikan rasa kepelbagaian mi yang mewakili pelbagai negeri di Malaysia,” jelasnya.

Review 3 Menu Baharu Dalam Siri Mee Time

Baru-baru ini, kami berpeluang merasai sendiri hidangan baharu dalam siri Mee Time di cawangan Secret Recipe, IOI City Mall, Putrajaya.

Jom kami kongsikan pengalaman kami, mana tahu korang pun rasa terliur nak mencuba menu baharu ini.

#1 Penang White Curry Mee (RM24.50)

Penang White Curry Mee adalah menu pertama yang kami tak sabar nak cuba. Manakan tidak, hidangan yang berasal dari utara Malaysia ini menarik perhatian kami apabila memandangnya.

Yelah, kata kari tapi kuah berwarna putih! Sebenarnya itu adalah kuah kari santan yang rasanya lemak, lembut dan berkrim. Memang lain daripada yang lain!

Korang nak tahu apa yang lagi unik? Menu ini didatangkan dengan gabungan mi dan bihun sebagai hidangan utama.

Maknanya, korang boleh nikmati dua jenis hidangan dalam satu masa, nak makan mi atau bihun pada masa pun boleh juga.

Hidangan ini lengkap dengan udang, ayam, sambal sotong serta tauhu. Buat korang yang tak suka makan pedas, ini adalah pilihan terbaik!

Kalau korang nak rasa menu ini lagi ‘kick’, korang boleh gaul kuah dengan pes cili merah yang diberi.

Dengan harga RM24.50 dan portion begitu banyak, kami rasa hidangan sememangnya amat berbaloi untuk dicuba.

Rate: 9/10

Foto: BuzzKini/Fatin

#2 Johore Laksa (RM24.50)

Bila sebut tentang negeri Johor, pasti ada yang dah terbayang hidangan Laksa Johor yang merupakan menu signature negeri Selatan tanah air itu.

Jangan tidak tahu, laksa johor merupakan antara tiga menu wajib yang diperkenalkan oleh Secret Recipe dalam siri Mee Time pada kali ini.

Selalunya, laksa johor yang kita makan berbeza dengan laksa dari negeri lain di mana dinikmati bersama spageti dan ia datang dengan kuah pekat penuh dengan isi ikan dan sayuran seperti timun dan kacang panjang.

Korang nak tahu tak apa yang uniknya dengan Johor Laksa dari Secret Recipe ini?

Bukan hanya sekadar kuah pekat yang dibuat dari isi ikan segar, menu ini turut dilengkapkan dengan isi ikan kembung tambahan yang seakan seperti digoreng. Memang rare dan unik habis!

Kalau korang jenis suka makan hidangan mi dengan kuah yang pekat, Johore Laksa ini adalah pilihan tepat. Rasa kuahnya yang pekat buat kami masih lagi teringat sampai sekarang!

Rate: 8.5/10

Foto: BuzzKini/Fatin

#3 Sarawak Laksa (RM23.50)

Jujurnya, penulis tak pernah dan takut untuk mencuba hidangan laksa dari negeri kenyalang ini. Yelah, penulis selalu dimomokkan dengan rasa herba yang kuat dari hidangan ini.

Kononnya, siapa yang tak kena gaya masaknya, pasti akan buat kuah Laksa Sarawak tidak kena rasanya.

Kali ini, penulis cabar diri untuk mencuba hidangan terbaharu dari Secret Recipe ini.

Menariknya, Sarawak Laksa yang menjadikan bihun sebagai bahan utama taklah rasa teruk sangat pun! Tak menyesal langsung untuk dicuba.

Kuah Sarawak Laksa yang dihidangkan tidaklah terlalu kuat, ada rasa herba tapi tidaklah terlalu ‘keras’.

Sesuailah untuk penulis yang baru pertama kali hendak mencuba hidangan ini.

Hidangan ini lengkap dengan udang, ayam yang dicari serta telur dadar. Kalau korang nak buat rasa lagi kick, boleh perahkan dengan limau kasturi.

Rate: 8/10

Foto: Fatin/BuzzKini

Menu Lain Dalam Siri Mee Time

Pendek kata, tiga hidangan terbaharu dalam siri Mee Time ini merupakan antara menu wajib yang korang patut cuba apabila berkunjung ke Secret Recipe.

Tetapi kalau korang nak cuba hidangan lain, Mee Time turut menampilkan hidangan klasik yang tidak kurang hebat rasanya.

Menu tersebut adalah:

#1 Singapore Laksa (RM22.50)

Ini pun jadi menu favourite penulis. Kuahnya yang lemak berkrim seakan gulai lemak warna kuning memang memikat hati penulis.

Hidangan ini didatangkan dengan udang, santan, kek ikan, tauhu dan tauge yang melengkapkan lagi menu ini.

Rate: 8/10

Foto: Fatin/BuzzKini

#2 Penang Assam Laksa With Mackerel (RM23.50)

Buat pencinta asam laksa, ini juga antara menu yang korang wajib cuba. Sama seperti Laksa Johor, hidangan ini didatangkan dengan isi ikan kembung separuh.

Malah, otak udang juga turut diberi bagi memekatkan lagi rasa kuah asam laksa itu sendiri.

Kalau korang rindu dan dah lama tak makan asam laksa Penang, boleh la cuba menu ini di cawangan Secret Recipe terdekat.

Rate: 7.5/10

Foto: Fatin/BuzzKini

#3 Curry Seafood Laksa (RM24.50)

Menu ini nama je laksa tapi sebenarnya lebih kurang sama sahaja dengan mi kari tapi versi mewah!

Manakan tidak, hidangan ini didatangkan dengan makanan laut seperti udang, kupang, tauhu, telur rebus dan sambal.

Kuah karinya pula tidaklah terlalu pekat! Memang sesuai dimakan buat korang yang tidak tahan pedas.

Tetapi, kalau korang jenis alergik makanan laut, jaga-jaga ye kalau menikmati hidangan ini.

Rate: 7.5/10

Foto: Fatin/BuzzKini

Lengkapkan Hidangan Mee Time Dengan Menu Tambahan

Kalau korang hendak buat hidangan siri Mee Time jadi lebih umphhh, korang boleh pesan menu sampingan seperti:

  • Fish Cake (RM9.90)
  • Deep Fried Wanton (RM11.50)
  • Sampler Trio (RM19.90)
  • Spiced Chicken Meat Roll (RM11.90)
  • Sambal Sotong (RM7.50)

Jangan lupa cuba juga minuman sparkling yang menyegarkan, barulah rasa puas!

  • Rose Citrus Sparkle (RM10.80)
  • Ume Strawberry Sparkle (RM10.80)
  • Lychee Citrus Sparkle (RM10.80)
Foto: Fatin/BuzzKini

Buat korang yang berminat, korang boleh dapatkan dan cuba kesemua hidangan siri Mee Time ini di cawangan Secret Recipe di Malaysia kecuali di AEON Mall Taiping dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Untuk sebarang info dan maklumat lanjut, layari laman web rasmi Secret Recipe di sini.

Baca Artikel Berkaitan: Secret Recipe x Bichi Mao, Tawar Menu Istimewa & Barangan Eksklusif Bertemakan Kucing Comel!

Baca Artikel Berkaitan: Sempena Bulan Ramadan, Mira Filzah Kongsi Nasi Kerabu Kegemarannya Bersama Secret Recipe

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.