Ini 5 Cara Elak Suami Isteri Berebut Remote TV, Yang Terakhir Paling Berkesan!
Kalau setiap kali ingin menonton TV perlu berebut remote boleh letih juga dibuatnya, anak-anak pun naik hairan tengok perangai ibu-bapanya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pasangan suami isteri pasti ada pelbagai momen kecil yang menjadi warna-warni di dalam kehidupan berumahtangga.
Salah satunya, bila tiba masa nak meluangkan waktu bersama di ruang tamu, remote TV boleh jadi rebutan bila masing-masing ada pilihan rancangan yang nak ditonton.
Suami dengan minat bola sepaknya, si isteri pula suka layan drama bersiri, memang pening dibuatnya bukan? Nampak macam perkara kecil, tapi di situlah bermulanya ‘perang manja’ antara dua jiwa yang berkongsi satu rumah.
Tips untuk suami isteri elak berebut remote TV
Namun, kalau setiap kali ingin menonton TV perlu berebut remote boleh letih juga dibuatnya, anak-anak pun naik hairan tengok perangai ibu bapanya.
Susulan itu, mari kami kongsikan kepada korang yang bergelar suami isteri cara-cara untuk mengelak dari berebut remote TV ketika meluangkan masa bersama di ruang tamu.
Tak susah sebenarnya, yang penting setiap pasangan perlulah ada sikap mengalah dan tak pentingkan diri.

Berikut cara-caranya:
#1 Aturkan jadual tontonan
Kenal pasti waktu rancangan televisyen yang ingin ditonton contohnya, drama bersiri kegemaran isteri biasanya pada pukul 9 malam sementara siarang langsung perlawanan bola sepak jam 11 malam ke atas.
Jadi korang boleh aturkan masa, supaya tak ‘clash’ nak tonton TV pada waktu yang sama. Kalau masing-masing dah tahu waktu bila nak tengok tiada lah kejadian berebut remote TV ni. Lagi mudah kalau rancangan yang anda nak tonton tu jenis ‘on demand’, tahanlah sikit dan tunggu program pasangan anda selesai.
#2 Kenal pasti minat masing-masing
Jangan hanya minta pasangan memahami minat kita je, sesekali diri sendiri pun perlulah ambil tahu minat ‘partner’ kita supaya lebih mudah untuk bertolak ansur.
Mana tahu dari situ suami boleh jadi peminat drama dan isteri pula boleh hafal nama kelab bola sepak atau nama-nama pemain, hehe.
Kalau tak minat tiada masalah, cuma beri mereka ruang untuk menonton rancangan kegemaran lagi-lagi untuk program yang sudah tetap jadualnya dan korang pilih la waktu yang lain pula.

#3 Gilir-gilir pegang remote
Kalau remote ada 10 pun tak guna sebab TV ada satu sahaja, jadi apa kata korang bergilir-gilir pegang remote tu.
Sebagai contoh, hari ini remote dalam tangan suami, esok pula giliran isteri pegang remote, tak perlu tarik-tarik bukan?

#4 Beralah dan gunakan telefon atau tablet
Kalau secara kebetulan rancangan yang ingin ditonton korang tu pada waktu yang sama, salah seorang boleh layan melalui telefon atau tablet, zaman sekarang ni dah bermacam-macam aplikasi yang menawarkan rancangan atau siaran langsung tau.
Kadang-kadang mengalah sikit itu bukan bermakna kalah, tapi tanda kita sayang pasangan kita.

#5 Beralih ke LG AI TV
Cara terakhir yang kami nak kongsikan ini paling berkesan tau, sekaligus boleh buat hubungan korang dengan pasangan jadi semakin erat hehe.
Perkenalkan LG AI TV Series — Televisyen canggih yang berfikir, mendengar dan melindungi anda.
Lepas ni tak perlu nak gaduh berebut remote bila sama-sama boleh berpuas hati tonton rancangan kegemaran di kaca TV.

Jap! Kenapa LG AI TV?
Kalau korang nak tahu barisan LG AI TV ini hadir dengan AI-Powered Processor, webOS dan AI Magic Remote yang sangat-sangat memudahkan korang untuk tonton rancangan kegemaran.

Dekat AI Magic Remote baharu ini ada butang AI untuk akses cepat kepada saranan, carian pintar (voice search), dan dengan sensor gerakan, korang hanya perlu halakan remote seperti ‘air mouse’ dan tekan klik. Selain itu, korang hanya perlu tekan button di remote atau sebut sahaja “Hi LG” dan beri arahan apa yang diinginkan sebagai contoh, “Bagi saya cadangan untuk filem adventure yang menarik.”
Malah dengan remote ini, korang tak perlu tekan banyak butang atau cari fungsi tersembunyi lagi.

Pendek kata, dengan satu arahan suara je, TV AI LG yang dilengkapi ciri LG ThinkQ boleh bagi pelbagai cadangan ikut citarasa korang, baik filem, rancangan atau lagu.

Ini antara ciri-ciri eksklusif lain yang direka dan dibangunkan khas buat LG AI TV:
- AI-Powered Processor (Alpha)
- Tingkatkan kualiti gambar (warna, kontras dan ketajaman).
- Upscale video resolusi rendah jadi nampak lebih jelas.
- Optimumkan HDR supaya detail gelap dan terang lebih seimbang.
- Naik taraf audio (suara lebih jelas, bunyi lebih seimbang ikut jenis siaran).
- Model premium biasanya guna Alpha9 atau Alpha11 Gen2 yang lebih berkuasa.
- webOS
- webOS merupakan sistem operasi pintar dalam TV LG tau yang mesra pengguna, senang nak cari aplikasi serta kandungan.
- Ada profil pengguna, jadi cadangan rancangan ikut citarasa korang.
- Sokong voice assistant dan perkongsian skrin (AirPlay, Chromecast).
- Dengan webOS Re:New Program, pengguna boleh naik taraf TV selama lima tahun tanpa perlu membeli TV baharu sekali gus menikmati akses ke aplikasi terkini, interface dipertingkat dan prestasi yang lebih baik — lebih kurang macam kemaskini pada telefon pintar.
- Hadir dengan LG Shield, ciri keselamatan dan privasi yang dibina dalam LG AI TV. Ia berfungsi melindungi data pengguna, penggunaan aplikasi dan tetapan peranti. So korang boleh layar internet dengan rasa selamat.
- AI Magic Remote
- Ada fungsi ‘pointer’ macam mouse, boleh gerakkan kursor dengan tangan.
- Ada roda scroll supaya lagi senang navigasi menu.
- Lengkap dengan fungsi lain seperti AI Voice ID, AI Search, AI Chatbot, AI Sound Wizard dan banyak lagi.

LG Home Theater Soundbar S95TR

Nak jadikan pengalaman menonton tu lagi seronok? Korang boleh lengkapkan setup dengan LG Home Theater Soundbar S95TR.
LG Home Theater Soundbar S95TR ini pun dikuasakan dengan AI tau! Ada AI Room Calibration di mana sistem ini secara automatik akan ‘scan’ bilik anda sekaligus menyesuaikan audio berdasarkan susun atur ruangan dan kedudukan speaker.
Selain itu, S95TR ini juga mempunyai satu ciri unik yang hanya boleh diaktifkan apabila soundbar digunakan bersama LG TV iaitu WOW Synergy:
- WOWCAST: Sambungan wireless antara TV LG dan soundbar tanpa kabel audio.
- WOW Interface: Kawalan soundbar boleh melalui TV LG, jadi tak perlu banyak remote.
- WOW Orchestra: Gabungkan speaker TV dan soundbar sebagai satu sistem untuk pengalaman bunyi lebih menyeluruh.

Untuk maklumat lanjut tentang LG AI TV 2025 baca di [SINI] dan LG Home Theater Soundbar S95TR di [SINI]. Jika korang blur tak tahu nak pilih TV atau soundbar LG apa yang sesuai dengan keperluan, jenis rumah dan minat korang, jom tengok panduan interaktif di [SINI].



