Nak Rumah Nampak Luas? Ikuti Tujuh Tips Deko Ini, Sesuai Untuk Kediaman Bertingkat
Kadangkala rumah kecil seperti kediaman bertingkat akan terasa sempit disebabkan barangan milik penghuni yang terlampau banyak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Seperti yang anda tahu, kawasan bandar terkenal dengan kediaman bertingkat seperti pangsapuri atau kondominium. Namun jika dibandingkan dengan rumah bertanah yang mempunyai lot, ia adalah lebih kecil.
Antara cabaran yang dilalui oleh sesetengah penghuni pangsapuri misalnya adalah kediaman terasa sempit. Lebih-lebih lagi dengan jumlah barangan yang banyak. Nak sumbat dekat mana pun tak tahu.
Kadangkala, ruangan kecil itu juga membuatkan anda rimas selain tidak selesa untuk berehat. Bak kata orang, semak mata memandang.
Tujuh Tips Anda Boleh Cuba Agar Ruang Kediaman Kelihatan Lebih Luas & Teratur
Pun begitu, usah risau. Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan bagi memastikan ruangan rumah kelihatan lebih besar daripada sedia ada. Apa yang diperlukan hanyalah sedikit kreativiti dan tips hiasan praktikal.
#1. Guna Perabot Multifungsi
Tips yang pertama adalah menggunakan perabot rumah yang mempunyai pelbagai fungsi dalam satu masa yang sama. Sebagai contoh:
- Katil stor: Mempunyai laci di bahagian bawah untuk menyimpan barangan.
- Meja kopi lipat: Boleh dijadikan meja makan apabila diperlukan dan disimpan selepas habis menggunakannya.
- Kerusi stor: Bahagian duduk yang boleh dibuka untuk simpan barang.

Bukan itu sahaja, banyak juga reka bentuk sofa kini yang tersedia dengan laci tersorok di bahagian bawah. Malah anda juga boleh memasang meja makan yang boleh dilipat ke dinding.
Tips ini penting bagi mengurangkan jumlah perabot yang anda ada di dalam ruangan kecil sekaligus membuatkan kediaman kelihatan lebih luas.

#2. Pilih Warna & Pencahayaan Yang Sesuai
Warna dan pencahayaan memainkan peranan penting dalam persepsi ruang. Berikut kami kongsikan warna yang sesuai digunakan untuk rumah kecil:
- Putih dan neutral (tidak terlalu terang atau dominan): Memberi kesan lapang.
- Pastel (biru langit, hijau mint): Memberi kesan menenangkan.
Untuk info, warna gelap seperti coklat atau hitam akan membuatkan bilik nampak lebih kecil.

Teknik pencahayaan yang perlu dipraktikkan pula adalah seperti:
- Gunakan lampu LED untuk ilustrasi terang semula jadi.
- Lampu sorot (spotlight) sesuai diletakkan pada siling agar rumah kelihatan lebih tinggi.
- Lampu lantai atau lampu dinding untuk meningkatkan pencahayaan di rumah.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan tirai lut sinar bagi membenarkan cahaya matahari masuk terus ke dalam rumah tanpa halangan.

#3. Manfaatkan Setiap Ruangan Dinding
Antara cabaran utama bagi rumah kecil adalah kekurangan ruangan untuk meletakkan sesuatu benda. Perkara yang anda boleh lakukan bagi menyelesaikan masalah tersebut adalah menggunakan setiap dinding sebagai stor tambahan.
Cara mudah adalah menggantung rak pada dinding untuk penyimpanan buku. Kabinet tinggi pula boleh diguna untuk meletakkan barangan yang jarang digunakan.

Sementara itu, hook dan pegboard bagi menggantung alatan atau perkakas memasak seperti periuk, kuali, sudip dan sebagainya.
#4. Konsep Ruang Terbuka (Open-concept)
Open-concept dilihat semakin popular di kalangan masyarakat kini yang mana reka bentuk rumah luas tanpa dinding atau sebarang pemisah dari satu ruang ke ruang yang lain.

Selain kediaman yang nampak lebih besar, ahli keluarga atau tetamu di rumah juga senang berinteraksi. Dalam masa sama pencahayaan semula jadi dari tingkap boleh sampai ke seluruh ruang.
Contoh mudah adalah dengan menggabungkan bahagian dapur dan ruang tamu. Hanya menggunakan ‘island counter’ sahaja sebagai pembahagi kecil.
Jika anda sukakan privasi, gunakan pembahagi kaca atau rak buku.

#5. Guna Banyak Cermin & Elemen Reflektif
Selain untuk berdandan dan ber-OOTD, cermin sebernarnya memainkan peranan penting bagi membuatkan ruangan kecil kelihatan lebih besar.
Cermin berfungsi untuk memantulkan cahaya sekaligus menyebabkan bilik lapang dan terang. Berikut adalah cadangan bagi meletakkan cermin anda:
- Dinding penuh: Cermin besar di ruangan tamu atau bilik tidur.
- Cermin di belakang perabot: Letak di belakang sofa atau katil.
- Cermin berdekatan dengan tingkap: Memantulkan lebih banyak cahaya matahari semula jadi.

Mungkin ada juga di antara anda yang tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan elemen reflektif. Ia sebenarnya adalah deko yang boleh memantulkan pencahayaan, lebih kurang sama seperti cermin.
Antara barangan yang boleh digunakan adalah perabot berkilat (meja kaca atau kabinet lacquer) dan aksen logam seperti bingkai cermin emas.

#6. Kurangkan Barangan Di Rumah
Tips seterusnya adalah memastikan rumah anda berada dalam keadaan minimalis. Ingat, bukan semua barangan di rumah diperlukan untuk masa hadapan. Barang yang jarang digunakan itu hanya akan memenuhkan ruangan sempit.
Perbuatan declutter (buang atau basmi barang berlebihan) mampu membuatkan ruang kelihatan lebih lapang dan mudah untuk dibersihkan.

Contoh barangan yang boleh dikurangkan adalah pakaian lama, perkakas dapur jarang digunakan atau dekorasi tambahan.
Baca Artikel Berkaitan: Tak Tahu Nak Buat Apa Dengan Perabot Lama? Kolaborasi CUURA Space & Barnything Boleh Bantu Anda!
Baca Artikel Berkaitan: Rasa Rimas Lihat Barang Menimbun? Ini Kepentingan ‘Declutter’ Untuk Emosi Anda
#7. Reka Bentuk Custom
Mungkin ruangan atau rumah kecil anda itu kurang sesuai dan boleh diluaskan lagi. Oleh disebabkan itu, melakukan reka bentuk khusus (custom-built) adalah penyelesaian yang terbaik.
Antara kebaikan perabot ruangan atau perabot custom adalah:
- Tepat mengikut ukuran.
- Mempunyai fungsi khusus dan tidak terbazir.
- Unik dan personal yang mana orang lain tidak mempunyai rekaan sama.

Namun perlu diingatkan ia memerlukan anda mengeluarkan sedikit kos. Contoh anggaran kos adalah seperti di bawah:
- Katil dengan laci: RM800-RM1,500
- Meja lipat dengan dinding: RM300-RM600
Jika anda mempunyai bajet terhad, solusi lain adalah dengan DIY sahaja dengan panduan pakar atau YouTube.
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Kondo!” – Renovasi & Deko Rumah PPR Ini Bikin Ramai Kagum
Baca Artikel Berkaitan: CUURA Space, U.JU, Nitori & 4 Lagi Tempat Untuk Beli Barang Rumah Yang Estetik Di KL & Selangor
Baca Artikel Berkaitan: “Siap Ada Chandelier” – Hiasan Kreatif Di Lobi Lif