fbpx
Now Reading
Premium Outlets Malaysia Perkenal Kempen ‘Sustainable Rewards’ Untuk Hidup Lebih Lestari

Premium Outlets Malaysia Perkenal Kempen ‘Sustainable Rewards’ Untuk Hidup Lebih Lestari

Pada 1 Oktober sehingga 30 November 2025 pula, dengan kerjasama Kloth Cares, pengunjung yang berbelanja RM1,000 dalam maksimum dua resit boleh menebus beg tote denim eksklusif dihasilkan daripada tekstil terpakai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Genting Highlands Premium Outlets dan Johor Premium Outlets pada 15 Ogos lalu telah melancarkan kempen kesedaran hijau pertama mereka iaitu ‘Sustainable Rewards’.

Kempen selama tiga bulan ini menghimpunkan ganjaran mesra alam, bengkel interaktif, program kitar semula serta inisiatif fesyen kitaran semula. Antara tarikan termasuk ganjaran pengecasan EV, beg tote denim kitar semula, bengkel menanam tumbuhan, dan banyak lagi.

Ia sekali gus menjadikan gaya hidup hijau lebih menyeronokkan serta bermakna untuk semua pengunjung.

Jean Marie Pin Harry selaku Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Genting Simon Sdn. Bhd berkata, “Ruang runcit hari ini perlu mencerminkan keutamaan baharu masyarakat.

“Sustainable Rewards menyatukan pilihan hijau ke dalam perjalanan membeli-belah dari mobiliti mesra alam, fesyen lestari hingga aktiviti bersama alam. Inilah langkah ke arah menjadikan kelestarian sebagai identiti destinasi kami,” jelasnya.

Sokongan Kemudahan Hijau

Johor Premium Outlets kini menempatkan salah satu hab pengecasan EV pelbagai generasi terbesar, lengkap dengan Hab Bas EV serta pengecas pantas 1MW pertama di Asia Tenggara, menggalakkan mobiliti mesra alam dan mengurangkan pelepasan karbon.

Foto: Premium Outlets

Di Genting Highlands Premium Outlets pula, selain pengalaman membeli-belah di ketinggian 3,000 kaki, pengunjung juga boleh menyertai Genting Nature Adventures di mana anda boleh meneroka hutan hujan tropika berusia jutaan tahun, bertemu spesies unik seperti siamang liar dan periuk kera terancam yang hanya terdapat di Genting Highlands.

Foto: Premium Outlets

Kempen Sustainable Rewards

1. Genting Highlands Premium Outlets – Shop with Intention, Grow with Purpose (15 Ogos sehingga 14 September 2025)

Dengan kerjasama Genting Nature Adventures, pengunjung yang berbelanja RM500 ke atas dalam satu resit boleh menyertai bengkel menanam tumbuhan di Center Court (Jumaat hingga Ahad pada jam 10 pagi hingga 6 petang).

Pokok boleh dibawa pulang atau disumbangkan ke Green Wall yang akan dipindahkan semula ke hutan bagi menyokong pemulihan habitat.

2. Johor Premium Outlets – Charge, Shop & Get Rewarded (15 Ogos sehingga 14 September 2025)

Cas EV anda, berbelanja minimum RM800 dalam maksimum dua resit, dan terima baucar Premium Outlets bernilai RM50 untuk penjimatan tambahan di lebih 150 butik jenama pereka dan antarabangsa.

Recycle & Be Rewarded Di Genting Premium Outlets & Johor Premium Outlets

Bukan itu sahaja, pada 15 September sehingga 30 November 2025, anda boleh menukar barangan pre-loved anda untuk menerima penjimatan eksklusif.

Foto: Premium Outlets

Ha, macam mana itu?

Sneakers Collection (15 September sehingga 31 Oktober 2025): Tambahan diskaun di Converse, New Balance, Nike, Puma dan lain-lain.

Garments Collection (1 sehingga 30 November 2025): Tambahan diskaun di Asics, Mango, New Balance, Nike, Outlet by Club 21, Poney Outlet, Sacoor Outlet dan banyak lagi.

Tebus Tote Beg Denim Kitar Semula Di GPO & JPO

Pada 1 Oktober sehingga 30 November 2025 pula, dengan kerjasama Kloth Cares, pengunjung yang berbelanja RM1,000 dalam maksimum dua resit boleh menebus beg tote denim eksklusif dihasilkan daripada tekstil terpakai. Ia merupakan transformasi fesyen lestari yang memberi nilai baharu pada sisa fabrik.

Dengan aktiviti mesra alam, ganjaran yang bermakna dan peluang untuk berhubung dengan komuniti, Sustainable Rewards menjadikan pilihan hijau sesuatu yang mudah, menyeronokkan dan penuh inspirasi.

Genting Highlands Premium Outlets dan Johor Premium Outlets dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam.

[PREMIUM OUTLETS].

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.