fbpx
Now Reading
Bawa Sentuhan Scandinavia & Nordic, Double Zero Pizza Buka Cawangan Pertama di Ampang

Bawa Sentuhan Scandinavia & Nordic, Double Zero Pizza Buka Cawangan Pertama di Ampang

Lebih daripada sekadar tempat makan, Double Zero Pizza juga boleh jadi ruang untuk orang berhenti sekejap, reset, dan nikmati masa terluang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Berita baik buat penggemar piza di Lembah Klang, kini ada sebuah kedai piza baharu, Double Zero Pizza di Ampang, Selangor.

Yang menariknya mereka muncul dengan konsep berbeza iaitu simple di luar, tapi penuh dengan rasa di dalam. 

Baru membuka cawangan pertamanya di Ampang, Selangor Double Zero Pizza menggabungkan konsep kedai piza minimalis ala-ala Scandinavia dan Nordic dengan seni doh sourdough tradisional.

Foto: Double Zero Pizza

Nama “Double Zero” diambil daripada tepung Itali “00” yang menjadi asas pizza tradisional. Ia terkenal dengan kelembutan dan kualitinya. Falsafah yang sama diterjemah ke interior restoran yang moden, clean, dan tenang dengan sentuhan warna neutral yang diserikan dengan warna biru serta merah jambu.

Setiap piza di sini dibuat daripada doh sourdough 11 inci yang diperam sekurang-kurangnya 72 jam sebelum dibakar dalam oven kayu. Hasilnya? Crust di luar yang rangup namun lembut di dalam sebagai contoh pizza Margherita, “Truffle Kingdom”, variasi bold seperti “No BS”, “B+S” dan “Duck, Yeah!” dengan itik yang diawet. 

Rasanya memang padu!  

Untuk yang suka seafood, ada pilihan Odin’s Lox dengan salmon perap bit merah atau Seas The Day bersama udang harimau dan sotong putih. Sama ada anda peminat daging, sayur atau seafood, pasti ada yang melekat dengan selera.

Selain pizza, Double Zero juga menawarkan sides dan dessert menarik. 

Verdict kami? Antara yang wajib anda cuba termasuklah menu ayam kepak yang diberi nama “Just Wing It”, Mac & Cheese berkrim, serta pencuci mulut klasik macam Tiramisu dan Banana Pudding.

Foto: BuzzKini/Sofea

Foto: Double Zero Pizza

Lebih daripada sekadar tempat makan, Double Zero Pizza juga boleh jadi ruang untuk orang berhenti sekejap, reset, dan nikmati masa terluang. Sama ada untuk lunch cepat, dinner santai atau lepak dengan kawan, tempat ni bawa suasana hangat dan stylish tanpa rasa berlebihan.

Dengan inspirasi Nordic dan fokus pada kualiti, Double Zero Pizza kini muncul sebagai antara pilihan menarik untuk penggemar piza moden di Kuala Lumpur.

Alamat & Waktu Operasi

Alamat: 64, Jalan Memanda 9, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: 11 pagi – 10 malam (Setiap Hari)

By: Imanina Sofea

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.