fbpx
Now Reading
Thermomix Flagship Store Pertama Di Malaysia Kini Dibuka! Istimewa Buat Peminat Dunia Masakan

Thermomix Flagship Store Pertama Di Malaysia Kini Dibuka! Istimewa Buat Peminat Dunia Masakan

Selain pembukaan kedai flagship store yang pertama, Vorwerk Malaysia turut melancarkan Thermomix® TM7.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat peminat dunia masakan khususnya kaum Hawa, nama Thermomix bukanlah asing lagi.

Peralatan dapur yang serba canggih dan mewah itu sememangnya menjadi idaman setiap wanita.

Manakan tidak, proses memasak boleh menjadi lebih mudah hanya dengan mencampurkan kesemua bahan dan serahkan sahaja pada Thermomix.

Yang tidak tahu memasak pun boleh jadi mahir seperti cef terkenal hanya menggunakan alat ini.

Vorwerk Buka Thermomix Flagship Store Pertama Di Malaysia, Turut Lancar Thermomix® TM7

Buat peminat peralatan dapur Thermomix, ini berita baik buat anda! Syarikat jualan langsung dan penjual peralatan rumah premium nombor satu di Eropah, Vorwerk kini telah membuka Thermomix Flagship Store pertama di Malaysia.

Menariknya, pembukaan flagship store pertama ini turut disekalikan dengan pelancaran Thermomix® TM7 yang terbaharu.

Semalam (28 Ogos), kami berpeluang menyaksikan majlis pelancaran premis tersebut yang dirasmikan oleh Naib Presiden Kanan Jualan Vorwerk International, Isabel Padinha dan Pengurus Besar Vorwerk Singapura dan Malaysia, Christine Wong.

Pengunjung Berpeluang Rasai Pengalaman Guna Thermomix Sebelum Membeli

Terletak di kawasan strategik di Bangsar, Kuala Lumpur, flagship store ini memberi peluang buat pengunjung untuk merasai sendiri pengalaman seperti demonstrasi secara hands on menggunakan alat tersebut sebelum membuat pembelian.

Kalau ada yang nak cuba atau mahu rasa sendiri betapa mudahnya menggunakan Thermomix, flagship store ini ada segalanya.

Bukan itu sahaja, kedai flagship ini juga bakal menjadi lokasi seperti bengkel atau demonstrasi memasak.

Konsep dan rekaan premis juga direka dengan suasana yang mesra seperti dapur moden bagi memudahkan anda untuk merasai sendiri pengalaman memasak menggunakan Thermomix.

Ia akan mula dibuka secara rasmi kepada pengunjung bermula 30 Ogos ini.

Thermomix® TM7 Turut Dilancarkan Sempena Pembukaan Flagship Store

Sempena pembukaan flagship store yang pertama itu juga, pelancaran Thermomix® TM7 turut diadakan.

Berbeza dengan keluaran sebelum ini, TM7 tampil dengan rekaan moden serba hitam dilengkapi papan skrin sentuh bersaiz 10 inci serta motor yang senyap dan panduan memasak lebih upgrade!

Foto: Fatin/BuzzKini

Semua ini direka khusus untuk memudahkan lagi proses memasak di rumah. Bukan itu sahaja, TM7 berfungsi sebagai satu alat yang menggantikan 20 peralatan memasak.

Nak mengisar, mengukus, memasak secara mod perlahan, mencuci? Serahkan sahaja pada TM7.

Pengguna Boleh Akses Lebih 100,000 Resipi Melalui Cookidoo

Nak tahu apa yang lagi menarik dengan TM7 ini? Ia menawarkan lebih 100,000 resipi dari seluruh dunia menerusi sistem Cookidoo.

Dengan hanya satu klik sahaja, pengguna boleh mendapatkan resepi hidangan istimewa siap dengan panduan untuk membuatnya.

Kami berpeluang mecuba sendiri Nasi Lemak Lobster dari Thermomix hasil air tangan top 3 finalis Masterchef Singapura, Mandy Kee.

Foto: Fatin/BuzzKini

Malah, kami turut dijamu dengan hidangan dari Malaysia seperti bingka ubi dan sirap bandung selain makanan dari negara lain seperti Jepun, Italy dan Sepanyol.

Bukan hanya sekadar makan sahaja, kami turut berpeluang mencuba sendiri memasak menggunakan Thermomix® TM7, memang semudah ABC!

Buat korang yang berminat, Thermomix® TM7 dijual dengan harga RM7,980 dan boleh didapati menerusi laman web rasmi Vorwerk Malaysia atau penasihat Thermomix di seluruh negara.

Info Tentang Thermomix Flagship Store

  • Alamat: 166, Jalan Maarof, Bangsar (berhampiran Bangsar Shopping Centre)
  • Hari Operasi: Isnin hingga Jumaat (tutup pada hujung minggu dan cuti umum)
  • Waktu Operasi: 10 pagi hingga 6 petang
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.