fbpx
Now Reading
Mr Muscle Kini Tampil Dengan Wajah Baharu Lebih Segar

Mr Muscle Kini Tampil Dengan Wajah Baharu Lebih Segar

Direka untuk menceriakan rak pembersihan anda, pembungkusan baharu Mr. Muscle® kekal dengan formula yang dipercayai menjadikannya lebih mudah dikenali, digemari dan digunakan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bilik air dan tandas merupakan antara lokasi wajib pergi setiap hari bagi isi rumah. Bagi kebanyakan individu, ada yang suka melihat tandas atau bilik air berada dalam keadaan bersih berbau harum.

Namun, hendak menghilangkan kotoran bukanlah mudah, kadangkala sampai terpaksa mengerah tenaga untuk menyental bagi memastikan ia kelihatan bersih.

Kini, anda tidak perlu risau lagi kerana pembersihan bilik air menjadi lebih mudah dan menyegarkan dengan produk dari Mr. Muscle® Malaysia.

Mr Muscle® Tampil Dengan Wajah Baharu, Jadikan Ia Mudah Dikenali

Menariknya, mereka tampil dengan wajah baharu merangkumi dua rangkaian utama iaitu Mr. Muscle® Aroma Clean dan Mr. Muscle® Pro yang telahpun berada dalam pasaran.

Direka untuk menceriakan rak pembersihan anda, pembungkusan baharu Mr. Muscle® kekal dengan formula yang dipercayai menjadikannya lebih mudah dikenali, digemari dan digunakan.

Mr. Muscle® Aroma Clean: Haruman Memikat, Kuasa Gel Mendalam

Rangkaian Aroma Clean bertujuan untuk menjadikan pembersihan harian sebagai satu pengalaman deria.

Setiap varian dilengkapi dengan kuasa pembersihan mendalam serta haruman yang menyegarkan.

Antara kelebihan rangkaian ini adalah:

  • Membersih dengan berkuasa, menghapus bau dan melarutkan kesan keladak
  • Membunuh 99% kuman
  • Membantu mencegah pembentukan keladak

Ia boleh didapati dalam empat jenis haruman iaitu:

1.Lavender Myst

Wangian seperti di spa untuk menenangkan hari anda. Lavender Myst membawa haruman floral yang lembut sewaktu membersih, menjadikan bilik air anda ruang yang lebih nyaman dan eksklusif.

2. Sparkly Lemon

Kesegaran sitrus yang bertenaga. Sparkly Lemon menanggalkan kotoran dan meninggalkan tandas bersih berkilau dengan haruman yang menyegarkan.

3. Botanical Freshness

Gabungan hijau segar yang diinspirasikan dari alam semula jadi. Botanical Freshness membawa haruman seperti taman ke bilik air anda, menyegarkan ruang dan memberi rasa nyaman seperti di luar rumah.

4. Ocean Escape

Bayu lembut, inspirasi lautan menenangkan hatimu dengan setiap cucian. Menimbulkan suasana pantai dalam bilik air anda. Rasai kesegaran serta-merta yang menjadikan ruang terasa lebih terbuka dan bersih.

Mr. Muscle® Pro Tanggal Kotoran & Bersih Seperti i-Pro

Buat anda yang mahu menanggalkan kotoran degil dengan pembersihan yang lebih mendalam dan berkesan selain melindungi tanda, rangkaian Mr. Muscle® Pro pilihan yang tepat.

Formula aktifnya setiap kali disiram dan tepat pada sasaran membantu mencegah kotoran yang terkumpul dari masa ke semasa.

Antara kelebihannya adalah:

  • Melawan kotoran dan memberi kesegaran berpanjangan setiap kali dibilas
  • Mencegah kotoran yang menjadi tempat pembiakan kuman
  • Meninggalkan lapisan pelindung yang aktif setiap kali dibilas untuk menolak pembentukan keladak

Mr. Muscle® Pro  datang dengan dua rangkaian iaitu:

  1. Power Max

Diformulasi dengan Color-Changed Technology™ untuk menunjukkan tindakan pembersihan secara visual. Power Max menyingkirkan karat, keladak dan kotoran dengan kekuatan maksimum.

Leher botol berbentuk sudut memastikan sapuan tepat di bawah rim, manakala haruman segar meninggalkan bilik air bersih tanpa bau peluntur.

2. Toilet Shield

Dihasilkan untuk kegunaan harian, Toilet Shield memberikan lapisan pelindung selepas setiap bilasan bagi membantu mencegah pembentukan kotoran dan keladak.

Sesuai untuk mengekalkan kebersihan mangkuk tandas di antara cucian mendalam.

Pelanggan Berpeluang Menangi Kredit eWallet TNG RM150

Sepanjang bulan Ogos ini, pelanggan berpeluang memenangi kredit eWallet Touch n’ Go bernilai RM 150.

Caranya mudah sahaja, hanya dengan membuat pembelian RM25 ke atas bagi produk Mr Muscle® (termasuk produk pencuci tandas) bermula sekarang hingga 31 Ogos ini.

Untuk info tentang tips kebersihan atau info lain, anda boleh mengunjungi Facebook, Instagram Mr Muscle dan TikTok Sc Johnson Malaysia.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.