TikTok Shop Catat Lebih 100 Juta Carian Produk Setiap Hari di Malaysia
Sejak pengenalan TikTok PayLater di Malaysia, para penjual kini dapat menawarkan produk dengan lebih mudah dan bertanggungjawab kepada pelanggan yang berkelayakan, menerusi had perbelanjaan yang diperibadikan serta penilaian kemampuan yang menyeluruh.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
TikTok Shop, platform e-dagang yang dipercayai di Malaysia, mengumumkan bahawa ia mencatatkan lebih 100 juta carian produk setiap hari oleh pembeli dalam talian tempatan. Pencapaian ini dikongsikan sewaktu TikTok Shop Summit, iaitu acara libat urus industri yang terbesar tahun ini.
Pengarah Kerjasama Strategik TikTok Shop Malaysia Nur Azre Abdul Aziz berkata: “Dengan peningkatan keyakinan pengguna, kami telah menyaksikan perkembangan trend di mana pembeli menggunakan TikTok Shop untuk penerokaan produk serta pembelian bertujuan.
“Ekosistem e-dagang komprehensif kami berada di kedudukan unik untuk membantu pencipta kandungan dan perniagaan pelbagai saiz—terutamanya Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS) dan jenama tempatan—berhubung dengan komuniti di seluruh negara menerusi pendekatan ‘Shoppertainment’.
“Kami tetap komited untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi digital Malaysia, dengan membina ekosistem inklusif yang memperkasakan usahawan melalui penyelesaian yang mudah diakses.”
Membina Ekosistem Inklusif Melalui Penyelesaian Mudah Diakses
TikTok Shop Summit menyatukan ribuan perniagaan tempatan, pencipta kandungan dan rakan ekosistem untuk sama-sama menimba ilmu, berkolaborasi, serta merintis masa hadapan e-dagang di Malaysia.
Selain itu, para peserta juga memperoleh pandangan eksklusif tentang cara mengoptimumkan perkembangan melalui pelbagai penyelesaian terkini yang diperkenalkan oleh TikTok Shop, termasuk alat automasi GMV Max, ciri Iklan Beli-belah Affiliate untuk Penjual (ACA), fungsi Kedudukan Kata Kunci, promosi Diskaun Produk Baru, alat Penyegerakan Data Produk, ciri Pautan Affiliate, serta lencana Star Creator .

Memacu Perkembangan Ekonomi Digital Melalui Pengalaman yang Dipertingkatkan
Platform ini turut mempertingkatkan pengalaman membeli-belah dalam talian bagi komunitinya menerusi inisiatif Pemulangan Percuma 30 Hari di TikTok Shop Mall, pilihan pembayaran yang lebih fleksibel melalui TikTok PayLater, serta pelaksanaan Penghantaran Keesokan Hari (NDD) di lokasi terpilih di Lembah Klang, Johor, dan Pulau Pinang.
Sejak pengenalan TikTok PayLater di Malaysia, para penjual kini dapat menawarkan produk dengan lebih mudah dan bertanggungjawab kepada pelanggan yang berkelayakan, menerusi had perbelanjaan yang diperibadikan serta penilaian kemampuan yang menyeluruh.
Usaha holistik TikTok Shop dalam memperkukuh ekosistemnya bagi menyokong pembeli, penjual dan pencipta kandungan telah menyumbang kepada momentum perkembangan yang konsisten dalam industri e-dagang tempatan. Peningkatan ini dapat dilihat dengan jelas menerusi lonjakan jualan tahun ke tahun melebihi 140% semasa Jualan 6.6 pada Jun, lebih 100% sepanjang musim Ramadan dan Raya pada Mac, serta lebih 90% semasa Jualan CNY Huat pada Januari lalu.

Bersiap Sedia untuk Fasa Seterusnya
Perniagaan tempatan digalakkan untuk memanfaatkan pelbagai alat dan sumber yang ditawarkan oleh TikTok Shop, serta pengajaran daripada TikTok Shop Summit, untuk mencipta dan memanfaatkan peluang beli-belah, khususnya menjelang musim jualan mega hujung tahun ini.
Pembeli dalam talian di Malaysia boleh menantikan 2 kali ganda baucar diskaun platform daripada TikTok Shop menjelang hujung tahun, manakala jenama-jenama di TikTok Shop Mall juga akan menikmati 2 kali ganda sokongan platform pada separuh kedua tahun 2025.
Usahawan baharu, PMKS dan jenama tempatan yang berhasrat merancakkan pertumbuhan perniagaan dialu-alukan untuk mendaftar di Pusat Penjual TikTok Shop dan meneroka tutorial yang sistematik di Akademi TikTok Shop.