Sakit Belakang Apabila Datang Bulan? Doktor Jelaskan Ini Sebabnya [Video]
Menurut Dr Nor Faizal, setiap kali period atau haid hormon yang dirembeskan adalah bertujuan untuk menyediakan badan untuk tulang-tulang belakang menjadi lembut apabila mengandung.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap yang bergelar wanita yang sudah baligh atau datang bulan atau haid pasti pernah mengalami beberapa simptom yang tidak menyelesakan.
Ada segelintir yang mengalami sakit sengugut, pinggang, belakang, kepala dan bermacam-macam lagi.
Namun setiap rasa sakit yang dialami sebenarnya memberi signal kepada badan mengenai apa yang sedang berlaku.
Doktor jelaskan kenapa wanita alami sakit belakang ketika haid
Baru-baru ini seorang pengamal perubatan yang dikenali sebagai Dr Nor Faizal Bahuri di TikTok telah menjelaskan mengapa terdapat para wanita yang mengalami sakit belakang sewaktu sedang haid.
Menurut Dr Nor Faizal, di sebalik sakit pinggang yang dialami segelintir wanita itu, sewaktu wanita mengalami haid terdapat satu hormon yang dipanggil sebagai relaxin.
Hormon relaxin dirembeskan untuk persediaan apabila wanita mengandung
Jelasnya hormon berkenaan akan dirembeskan oleh badan bertujuan untuk menyediakan badan agar tulang-tulang terbabit lembut dan boleh mengandung.
“Ha jadi dia (tulang belakang) ni bila dia (wanita) mengandung, dia nak tampung bayi tu. Jadi tulang belakang terbabit perlu bengkok sedikitlah dan ‘adjust’ supaya bila nak bersalin nanti senang kepala bayi tu keluar,” ujarnya.
Menurutnya lagi relaxin itu akan dikeluarkan pada setiap bulan untuk para wanita bersiap sedia apabila mengandung.
@drnorfaizalbahuri “Kenapa asyik sakit belakang masa period? 😣 Jom dengar penjelasan dari Dr. Nor Faizal! 🩺✨” #DrNorFaizal #PakarBedahOtak #PakarBedahSaraf #WanitaPeriod #SakitBelakang #KPJTawakkalKL #KualaLumpur #Malaysia #Indonesia
♬ MEL401_05_2_The_New_Avenue_(Underscore)_Michael_Kisur – Michael Kisur
Pengeluran hormon Prostaglandin yang banyak, tanda-tanda wanita alami masalah serius
Menurut seorang lagi pengamal perubatan, Dr Zubaidi Ahmad di Facebook, jelasnya sakit di bahagian bawah abdomen dan sakit di bahagian belakang selalunya dianggap normal akibat pengeluaran hormon Prostaglandin yang banyak.
Ini kerana hormon itu akan menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan dan ini menyebabkan sakit bukan sahaja di bawah perut yang kuat tetapi melibatkan bahagian belakang hingga pinggang.
“Dalam kebanyakan kes, sakit yang terlalu kuat boleh jadi disebabkan oleh masalah-masalah penyakit puan yang lain yang lebih serius seperti jangkitan kuman (Pelvic Inflammatory Disease), endometriosis dan fibroid.
“Tanda-tanda seseorang wanita itu mengalami masalah yang lebih serius adalah apabila seseorang wanita itu mengalami senggugut yang melampau pada setiap bulan, sehingga terpaksa mengambil beberapa hari cuti kerana tidak mampu melakukan kerja.
“Saya menasihatkan wanita-wanita seperti ini agar menjalani pemeriksaan doktor bagi mengesan masalah yang lebih serius,” jelasnya.
Menurut Dr Zubaidi lagi pemeriksaan fizikal juga dijalankan di bahagian alat sulit untuk memeriksa rahim.
Selain itu pemeriksaan ultrasound juga dilakukan untuk mendapatkan gambaran imej struktur rahim di dalam abdomen.



