fbpx
Now Reading
Doktor Jelaskan Pantyliner Boleh Sebabkan Masalah Keputihan Bertambah Teruk

Doktor Jelaskan Pantyliner Boleh Sebabkan Masalah Keputihan Bertambah Teruk

Jika terpaksa memakai pantyliner, pastikan ia ditukar dengan kerap dan jangan tunggu sehingga basah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Wanita secara umumnya akan mengeluarkan cecair dari faraj seperti keputihan yang merupakan satu proses semula jadi.

Namun kadangkala ada juga yang mengalami masalah keputihan yang keluar dengan terlalu banyak.

Ini menyebabkan mereka terpaksa memakai pantyliner untuk mengelakkan seluar dalam daripada kotor dan dapat memudahkan urusan sekiranya ingin solat.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Perlukah Wanita Check Keputihan Setiap Kali Sebelum Solat Walaupun Ada Wuduk?

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Pengalaman Positif GBS Ketika Hamil, Ini Yang Ibu Perlu Tahu

Dr Tegaskan Jangan Pakai Pantyliner Jika Ada Keputihan

Menurut doktor perubatan yang dikenali sebagai Dr Aen Ramli, seorang wanita sebenarnya tidak patut memakai pantyliner jika kerap mengalami masalah keputihan. 

Menerusi hantaran di TikTok (@draenbebel), dia menerangkan bahawa penggunaan pantyliner akan memerangkap kelembapan pada bahagian alat sulit memandangkan ia tidak akan terus diserap.

Kelembapan ini menjadi lokasi yang sesuai bagi penghasilan bakteria, seterusnya menyebabkan dia bergerak ke arah vagina.

Disebabkan oleh kewujudan bakteria tadi, vagina akan mula menghasilkan keputihan yang mempunyai jangkitan. 

Keringkan Vagina Selepas Ke Tandas & Kerap Tukar Seluar Dalam

Jadi apa perlu buat jika ada keputihan yang banyak? Menurut Dr Aen, seorang wanita yang mengalami masalah ini perlu cuba mengenal pasti punca keputihan tersebut.

Penting juga untuk tahu sama ada keputihan yang dihasilkan itu normal ataupun tidak normal. 

Katanya, penggunaan pantyliner sebenarnya tidak diperlukan bagi pengeluaran keputihan normal. Sebaliknya hanya tukar seluar dalam dengan lebih kerap atau apabila telah kotor.

Dia juga mengingatkan kaum wanita agar mengeringkan bahagian vagina menggunakan tisu setelah ke tandas dan sebelum memakai seluar semula.

Sumber gambar: Pexels

Jangan Cuba Rawat Keputihan Sendiri, Boleh Jadi Makin Teruk

Tambah Dr Aen, dalam situasi keputihan yang dihasilkan adalah tidak normal, penting untuk mendapatkan konsultasi doktor dan tidak cuba untuk merawatnya dengan sendiri

Ini kerana masalah tersebut tidak akan dapat dirawat dengan sebetulnya serta boleh mengakibatkan keputihan yang dihasilkan semakin banyak dan teruk.

Mengulas lanjut, Dr Aen berkata keputihan yang telah berlakunya jangkitan akan menyebabkan bahagian vagina terasa gatal. 

Apabila seseorang menggaru kerana rasa gatal ini, kegelapan kulit akan berlaku pada bahagian vagina.

Situasi ini seterusnya boleh membuatkan seorang wanita menggunakan pelbagai produk demi merawat kegelapan itu dan mendedahkan dia kepada risiko jangkitan lain pula. Senang kata, macam jadi satu kitaran.

Vagina Yang Tidak Dibersihkan Boleh Sebabkan Kencing Kotor

Selain daripada keputihan yang makin teruk, jika kebersihan pada bahagian vagina tidak dijaga dengan betul, ia juga boleh menyebabkan masalah kencing kotor.

Kencing kotor boleh berlaku apabila terdapat jangkitan kuman di dalam salur kencing.

Penggunaan pantyliner bukanlah dilarang sama sekali tetapi lebih elok jika dielakkan.

Dalam pada itu, Dr Aen mengingatkan para wanita agar yang memakai pantyliner agar menukarnya setiap empat jam dan tidak dibiarkan sehingga basah.

@draenbebel Jangan jadikan pantyliner sebagai BFF kalau ada keputihan! #draenbebel #letsbebel #keputihan #kesihatanwanita #pantyliner ♬ original sound – Dr Aen | Let’s Bebel

Tonton video penuh [DI SINI].

Warna Cecair Faraj Indikasi Ia Normal Ataupun Tidak

Seperti yang dinasihati oleh Dr Aen, wanita yang mengalami masalah keputihan perlu cuba mengenal pasti sama ada ia normal ataupun tidak.

Selalunya jika cecair yang keluar dari faraj jernih atau berwarna putih dan tidak berbau, ini bermakna ia merupakan keputihan normal.

Sebaliknya cecair yang berwarna kuning, kelabu atau hijau mungkin disebabkan oleh jangkitan bakteria atau jangkitan kelamin (STI).

Cecair berwarna perang atau merah selalunya dikeluarkan jika haid yang tidak teratur atau kehamilan (pendarahan implantasi). Namun jika ia dikeluarkan sewaktu bukan tempoh haid, mungkin terdapat masalah lain yang anda alami.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Haid Warna Coklat Normal Atau Tak? Ini Penjelasannya

Selain itu, cecair warna putih yang kelihatan pekat dan menyebabkan kegatalan mungkin terjadi kerana jangkitan seperti jangkitan yis.

Cecair faraj yang kelihatan seperti putih telur pula boleh menandakan seseorang itu berada dalam keadaan yang subur kerana proses ovulasi telah berlaku.

Faraj Berbau Busuk Adalah Tidak Normal

Apapun jika cecair faraj mempunyai warna yang pelik, berbau busuk seperti bau hanyir serta menyebabkan rasa gatal atau panas, segera dapatkan pemeriksaan doktor.

Sebagai info, bau busuk pada faraj boleh disebabkan oleh masalah tertentu antaranya:

  • Vaginosis bakteria (BV).
  • Penyakit kelamin Trichomoniasis.
  • Sindrom kejutan toksik.
  • Lupa mengeluarkan tampon.
  • Jangkitan kandida (thrush).

Sebaliknya bau masam merupakan bau vagina normal yang menandakan alat sulit itu dalam keadaan sihat.

Baca Artikel Berkaitan: Pap Smear, Mamogram & 3 Lagi Pemeriksaan Kesihatan Yang Kaum Hawa Wajib Tahu

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Darah Haid Terlalu Banyak, Mungkin Ada Fibroid Yang Boleh Sukarkan Kehamilan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Haid Anda Tak Menentu Lepas Puasa? Ini Penerangan Doktor

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.