Usahawan Mikro & Kecil Kian Berkembang, Ini Tips Terbaik Untuk Yang Nak Berjinak Dalam e-Dagang
Bagi Vikkie iaitu seorang pakar teknologi yang berniaga secara sambilan, ciri fleksibiliti pembayaran amat membantu terutamanya dalam pengurusan perbelanjaan tahunan seperti insurans kereta.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak dinafikan, ketika ini ramai yang sudah mudah berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Walaupun tidak pernah berniaga sebelum ini, namun ramai dilihat berani mengambil langkah pertama untuk mencuba memasuki bidang yang penuh risiko ini.
Mana tidaknya, jika bisnes itu berjaya maka pulangannya juga sangat memuaskan hati. Namun jika sebaliknya yang berlaku, itulah yang paling dikhuatiri. Terutamanya jika ilmu masih belum penuh–akan tetapi ada sifat untuk mencuba sesuatu yang baharu.
“Humble Beginnings”

Kebangkitan usahawan mikro dan kecil dalam dekad yang lalu telah banyak mengubah landskap ekonomi digital Malaysia.
Bermula hanya dengan telefon pintar dan pekerjaan part-time, kini ramai antara mereka telah berjaya membina perniagaan sepenuh masa bagi menyara keluarga, membuka peluang pekerjaan dan membawa produk tempatan ke seluruh negara.
Tapi kita semua tahu, kejayaan itu bukanlah dapat dicipta dalam satu malam je. Ia terhasil daripada tabiat bijak, usaha berterusan, serta penggunaan sepenuhnya peralatan moden yang tersedia.
Ini Tips Menarik Daripada Usahawan Mikro Untuk Ubah Landskap Ekonomi Digital Malaysia
Baru-baru ini kami telah menemu bual beberapa usahawan tempatan bagi mengetahui sendiri rahsia kejayaan mereka. Dan tak sangka ya, banyak betul yang boleh dipelajari daripada peniaga lain.
#1 Dari Live Stream Ke Program Loyalty
Di mana pelanggan ada, di situlah peniaga perlu munculkan diri.
Seperti Pengasas KitaShop Sabah, dia memberitahu bahawa Shopee Live menjadi titik perubahan besar. Dia turut mendapati pembeli membelanjakan tiga kali ganda apabila mereka dapat melihat produk secara langsung.
Bila penonton melihat secara live, kepercayaan terbina serta-merta. Live streaming membolehkan Emilhan mewujudkan hubungan lebih erat dengan pelanggan di mana akhirnya membawa kepada peningkatan jualan sebenar.

Seorang penjual keropok lekor dari Kelantan iaitu Faizz Norazman pula menyatakan platform digital membolehkannya menjangkau pasaran luar negeri.
Kini, dia telah menerima tempahan dari Selangor, Johor dan beberapa negeri lain.

#2 Program Kesetiaan (Loyalty) Jadi Kunci Utama
Manakala bagi peniaga lain pula, kesetiaan pelanggan menjadi kunci. Program ganjaran Shopee Rewards diperkenalkan pada Mac 2025 mencetuskan gelombang baru pembeli yang lebih setia dan kerap membeli. Christina, seorang peniaga makanan ringan dari rumah berkata pelanggan datang semula bukan sahaja kerana produknya tetapi kerana ganjaran dan keistimewaan yang ditawarkan.
Sama ada melalui siaran langsung, ganjaran atau tawaran peranti pintar boleh pakai, peniaga kecil membuktikan bahawa pertumbuhan datang dari pemahaman tentang bila dan bagaimana untuk berinteraksi.
10 Tahun Belajar Dalam Dunia Digital

Seiring perubahan strategi peniaga, ekosistem juga berkembang pesat. Dalam satu dekad ini, pelbagai alat dan kemudahan telah diperkenalkan untuk membantu peniaga bermula, berkembang dan berjaya.
Dari penubuhan pusat pengumpulan barangan di seluruh negara yang menjimatkan kos penghantaran, hinggalah ke program seperti ‘Fulfilled-by-Shopee’ (FBS) yang menawarkan sokongan logistik dan inventori — kesemua ini dibina untuk mengurangkan halangan dan meningkatkan kepercayaan pengguna terhadap peniaga.
Bagi Vikkie iaitu seorang pakar teknologi yang berniaga secara sambilan, ciri fleksibiliti pembayaran amat membantu terutamanya dalam pengurusan perbelanjaan tahunan seperti insurans kereta.
Baginya, bayaran ansuran bulanan seperti bil utiliti lebih mudah dijangka dan senang dirancang.
Sokongan Yang Sentiasa Di Sisi
Antara kebimbangan yang sering timbul dalam kalangan peniaga kecil adalah mengenai caj komisen platform. Tapi sebenarnya, struktur semasa Shopee direka bagi melindungi peniaga baru dan memastikan barangan keperluan kekal mampu milik.
Antara perlindungan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Peniaga dengan kurang daripada 100 pesanan lengkap setiap bulan dikecualikan daripada Caj Sokongan Platform RM0.50.
- Peniaga yang baru menyertai (kurang 120 hari) dikecualikan sepenuhnya daripada komisen dan caj platform.
- Barangan keperluan asas seperti keperluan memasak termasuk minyak dan gula kekal dikecualikan daripada sebarang caj bagi memastikan harga berpatutan untuk pembeli.
Struktur ini bukan sekadar nombor, ia adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk membantu peniaga membina asas yang kukuh tanpa terbeban di peringkat awal.
Untuk peniaga yang ingin mengembangkan perniagaan, pelbagai alat promosi disediakan seperti pakej pembelian minimum dan tawaran bundle yang boleh meningkatkan nilai belian setiap pelanggan.
Malah, acara tahunan seperti Shopee Seller Summit yang terbaru diadakan pada 10 Julai 2025 boleh memberi peluang kepada peniaga mendapatkan info terkini tentang strategi, kemaskini produk dan trend e-dagang.
Perniagaan Digital Jadi Strategi Baharu
Apa yang membezakan peniaga kecil yang berjaya ialah cara mereka melihat perniagaan ini. Mereka melayan perniagaan digital seperti perniagaan sebenar dengan struktur, niat yang jelas dan rasa tanggungjawab.
Sama ada menetapkan had peribadi dalam penggunaan kredit, merancang promosi mengikut kitaran kempen, atau memilih perkhidmatan penghantaran menjimatkan masa setiap keputusan dibuat secara teliti dan berstrategi.
Seiring ekonomi digital Malaysia yang terus matang, sistem sokongan untuk peniaga juga makin kukuh. Dengan lebih banyak alat baharu, pendidikan peniaga yang semakin baik, dan struktur sokongan yang fleksibel, tidak mustahil 10 tahun akan datang boleh jadi lebih memberangsangkan, terutama bagi mereka yang tahu cara menjadikannya berbaloi.
Siti Murni is a Sponsored Content Writer for BuzzKini. Well, hello to you too! :)