Wanita Kongsi Ini 5 ‘Sampah Senyap’ Yang Mungkin Ada Di Rumah, Boleh Jadi Punca Stress
Tanpa korang sedar, ‘sampah senyap’ yang ada di dalam rumah ini boleh menyebabkan fikiran menjadi serabut dan hati pun rasa tak tenang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Mungkin ada di antara kita yang menghadapi masalah suka menyimpan barang-barang lama yang tidak lagi digunakan.
Rasa sayang ingin membuang barang tersebut kerana berfikir ia mungkin boleh digunakan lagi atau mempunyai nilai sentimental tersendiri.
Tanpa korang sedar, ‘sampah senyap’ sebegini boleh menganggu fikiran korang apabila berada di rumah.
‘Sampah senyap’ di rumah punca stress harian
Influencer wanita yang dikenali sebagai Puan Sri Hartini tampil berkongsi mengenai ‘sampah senyap’ di dalam rumah yang boleh menjadi punca stress harian.
Mungkin masih ramai yang tidak tahu bahawa ‘sampah senyap’ ini merupakan barang-barang lama yang tidak lagi dipakai atau telah rosak namun masih disimpan di rumah.
Pada awalnya, sampah senyap ini tidaklah terlalu banyak, namun jika dibiarkan lama kelamaan ia boleh bertambah sehingga menyebabkan rumah menjadi semak.
Berikut 5 barang yang boleh menjadi ‘sampah senyap’:
1.Kotak
Mungkin ada di antara kita yang suka menyimpan kotak seperti kotak kasut, kotak peralatan elektrik dan macam-macam lagi lah.
Kononnya kotak-kotak ini perlu disimpan kerana nanti boleh digunakan semula untuk menyimpan barang lain atau sebagainya.
Tapi hakikat sebenar, kebanyakan kotak yang dibiarkan hanya menjadi perhiasan dan sampah senyap sahaja.

2. Kasut
Kasut atau selipar pun ada jangka hayatnya, namun masih ada orang yang mempunyai perasaan sayang untuk membuangnya.
Bagi mereka, kasut yang tidak lagi selesa atau sudah rosak ini mungkin boleh diperbaiki lagi dan ada yang sudah lama tidak dipakai, namun dibiarkan sahaja di dalam rak kasut.
Jika kasut itu masih lagi berada dalam keadaan baik namun tidak lagi digunakan, sebaiknya sedekahkan sahaja kepada sesiapa yang memerlukan.

3. Periuk nasi
Periuk nasi yang dah lama rosak atau tak digunakan sebenarnya boleh sahaja terus dibuang sebab di zaman ini terlalu banyak pilihan periuk nasi pada harga yang sangat murah dijual secara dalam talian, lebih berbaloi beli baru daripada perbaiki yang lama.
Bila dapur sempit dan susah nak kemas, benda-benda inilah yang jadi punca seseorang itu boleh rasa tertekan.

4. Pinggan lama dan rosak
Pinggan lama yang dah berubah warna, tercalar atau ada sumbing masih kita simpan kononnya ‘kalau ada tetamu ramai’.
Tapi hakikatnya, ia dah tak selamat digunakan. Selain boleh sebabkan luka, pinggan ini juga menyimpan bakteria dalam celah retak.
Bila nak mengemas dapur, masa itu baru lah rasa stress sebab pinggan terlalu banyak dan dah tak tahu nak disimpan di mana.

5. Pakaian
Mungkin ini yang paling ramai buat iaitu simpan baju yang dah lama dan tidak lagi boleh dipakai. Rasa sayang nak buang kononnya masih boleh digunakan buat ‘kain buruk’ di rumah.
Tapi tahun demi tahun, baju itu tak langsung disentuh dan dibiarkan saja tergantung atau berlipat dalam almari.

Lebih baik sebenarnya kalau kita sedekahkan saja baju-baju yang masih elok untuk digunakan ini kepada orang lain.
Di dalam Islam, umat Islam yang bersedekah pakaian semasa di dunia tidak akan bertelanjang di hari akhirat kelak.
Baca Artikel Berkaitan: “Kita Ada Peluang” – UAI Kongsi 3 Perkara Yang Bolehkan Manusia Bangkit Berpakaian Di Hari Akhirat [Video]
Minimalis sebenarnya boleh tenangkan jiwa tapi ia bukan bermakna korang kena buang semua barang, cuma buang yang tidak perlu supaya ada ruang.
Mungkin korang nak boleh mula tengok di sekeliling rumah sekarang, ada tak ‘sampah senyap’ yang korang boleh lepaskan.



