Plan Sebenar Nak Hantar Parcel Je, Sekali ‘Tersangkut’ Di Pejabat Pos & Jumpa Tempat Lunch Best!
Kami yang sedang kelaparan akhirnya menemukan sesuatu yang diharapkan pada saat-saat perut sudah tidak mampu bekerjasama.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap hari pasti ada sahaja urusan yang ingin diselesaikan. Kadangkala, seharian itu hanya untuk menguruskan segala perkara yang tergendala ataupun sudah berkumpul lamanya.
Jadilah ‘errands day’, bak kata orang putih.
Ke hulu ke hilir untuk menguruskan pekerjaan. Nak pos barang pelanggan, nak pergi perbaharui lesen memandu, nak pergi alter seluar yang dah lama berlubang, dan sebagainya. Kadang tu, nak makan pun sampai tak sempat! 😩
“Sediakan Payung Sebelum Hujan”
Ungkapan yang sering diperkatakan untuk memberi amaran kepada orang ramai untuk senantiasa bersedia dalam apa jua keadaan. Pendek kata; kena berada dalam “standby-mode”.
Sama juga seperti apa yang terjadi kepada kami baru-baru ini selepas tersangkut di Pejabat Pos gara-gara tidak membawa payung selepas menyelesaikan urusan di sana. Pening fikir macam mana nak pergi ke kereta, basah kuyup juga baju nanti.
Jadi, kami membuat keputusan untuk berehat seketika di kawasan Pejabat Pos dan explore sahaja apa yang ada di sana. Perut pula sudah mula mengeluarkan bunyi tidak menyenangkan— bergendang dengan kuatnya.
Mujurlah bunyi hujan dan guruh dapat cover, kalau tak memang malu orang dengar. 🫥
Pusing Satu Pejabat Pos, Jumpa Hidden Gem Best Untuk Lunch!
Okay ini best, ada perkara yang tidak disangka-sangka telah terjadi. Kami yang sedang kelaparan akhirnya menemukan sesuatu yang diharapkan pada saat-saat perut sudah tidak mampu bekerjasama.
Tahu kami jumpa apa? POS SHOP! ❤️
Ha? Pos Shop itu apa? Ia adalah gabungan servis perkhidmatan pos dan kedai runcit inovatif oleh Pos Malaysia dengan pelbagai tawaran makanan Ready-To-Eat (RTE) yang BEST untuk korang discover sendiri. Bukan kedai biasa-biasa sebab memang banyak sangat makanan yang ditawarkan.
Diringkaskan, Pos Shop adalah kedai serbaneka yang menawarkan perkhidmatan pejabat pos.

Baca Artikel Berkaitan :Pos Malaysia Lancar Pos Shop Pertama Di Kota Kinabalu, Bawa Konsep Runcit Ke Malaysia Timur
Baca Artikel Berkaitan: Pos Malaysia Buka Cawangan Pos Shop Ke-36, Tawar Pengalaman Runcit Baharu & Kontemporari
Dalam keadaan kami yang sentiasa rushing untuk menghabiskan kerja seharian sampai lupa nak makan— ini tempat paling perfect sebab lepas habis urusan, boleh terus lunch sekejap sebelum balik!
Bukan itu sahaja, buat anda yang sedang menunggu urusan di pejabat pos selesai pun boleh capai apa makanan dan minuman di sini. Bak kata pepatah, “Sambil menyelam minum air”.
Baca Artikel Berkaitan: Pos Malaysia Lancar Cawangan Baru Pos Shop, Beri Transformasi Pada Dunia Peruncitan
Baca Artikel Berkaitan: “Ingat Silap Masuk” – Lelaki Teruja Pejabat Pos Di Temerloh Macam ‘Convenience Store’ [Video]
Ada Apa Di Pos Shop Ini?
Pernah tak terfikir, kedai serbaneka ada jual Pulut Kuning? 😮 Ya, di Pos Shop memang confirm ada! Siap dengan Rendang Ayam pula tu. Tak payahlah nak tunggu kenduri atau apa-apa majlis keramaian dah lepas ni.

Dan bukan itu sahaja, kami juga berpeluang mencuba menu-menu lain yang baru sahaja diperkenalkan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-2 Pos Shop iaitu:
- Pistachio Susu Ais
- Pistachio Espresso Latte Ais
- Kroisan Pistachio
- Pau Kastard Telur Masin
- Pulut Kuning Rendang Ayam
Boleh dikatakan tiga daripada makanan baharu yang berasaskan pistachio sememangnya sedap. Sebagai contoh kombinasi susu dan pistachio dalam Pistachio Susu Ais memang umph!

Oh bukan itu sahaja, croissant yang berintikan krim pistachio sememangnya menyelerakan dan sesuai untuk setiap peringkat umur. Kalau anak-anak atau ibu ayah nak try pun boleh!

PRO TIP: Jangan share, nanti tak cukup. Kena beli seorang satu.
VERDICT?
Semuanya memuaskan hati. Portion dan harga ditawarkan memang sangat berbaloi. Oh! Peminat aiskrim atau yang bawa anak-anak kecil bolehlah reward diorang dengan aiskrim Soft Serve Vanilla atau Coklat dengan sos Pistachio. *terliur pula 🤤
Pelbagai Makanan Yang Wajib Anda Cuba Dengan Diskaun Menarik. Jangan Terlepas!
Kalau korang singgah di Pos Shop, boleh sambar promosi-promosi hebat ini sebab memang berbaloi sangat untuk beli!
- Beli 1 Percuma 1: Aiskrim Soft Serve (Bermula jam 3 petang ke atas pada setiap hari)
- Beli 1 Percuma 1: Air Americano (8 pagi sehingga 12 tengahari pada setiap hari)
- Beli 1 Percuma 1: Susu Strawberi & Susu Beri Biru pada setiap hari.

Ada banyak lagi makanan dan minuman yang WAJIB anda cuba dengan diskaun menarik tau. Ha, inilah masanya untuk anda mencubanya dan bawa kawan-kawan, family, ataupun partner untuk cuba sekali. The more, the merrier!

Memang best sangat. Duit jimat, craving pun hilang. Singgah di Pos Shop tak sampai 30 minit pun dah boleh kenyang dengan makanan dan minuman yang menyegarkan! ❤️
Sejujurnya, Pos Shop ini adalah lokasi paling tepat untuk korang yang selalu rushing dan tak sempat makan. Habis pos barang pelanggan atau tengah tunggu urusan korang selesai, bolehlah terus serbu Pos Shop, boleh cuba makanan dan minuman yang sedap! Bestnya!
Pos Shop oleh Pos Malaysia
Untuk info, Pos Shop yang pertama telah dibuka di Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur, pada bulan Mei 2023. Sejak itu, Pos Shop telah berkembang dengan pesat di seluruh Malaysia. Setakat ini, Pos Shop yang mempunyai lebih 50 cawangan telah menerima lebih 630,000 pelanggan— menjual 80,000 botol air, 140,000 roti, 52,000 sajian aiskrim soft serve, 153,000 biji pau, 43,000 pek nasi lemak, dan pelbagai lagi barangan yang dipilih dengan teliti.
Beberapa produk seperti pau dan nasi lemak dihasilkan oleh PKS tempatan— mencerminkan komitmen Pos Malaysia dalam menyokong perniagaan tempatan sambil menyediakan pengalaman runcit yang pelbagai dan mudah untuk rakyat Malaysia.
Pada 7 Februari lalu, penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional ini juga telah berjaya melancarkan Pos Shop terbaharunya di Kota Kinabalu, Sabah. Terletak di lokasi strategik di Pejabat Pos Besar Kota Kinabalu, Jalan Segama— cawangan pertama Pos Shop di Malaysia Timur ini menegaskan komitmen Pos Malaysia dalam memodenkan perkhidmatan mereka serta berkembang selaras dengan keperluan dan kehendak pengguna.
Siti Murni is a Sponsored Content Writer for BuzzKini. Well, hello to you too! :)



