Retail Asia Awards 2025: Jaya Grocer Dinobat Pasar Raya Terbaik Malaysia
Semenjak penubuhannya pada tahun 2007 dengan hanya satu cawangan di Petaling Jaya, Jaya Grocer telah berkembang menjadi salah satu nama paling popular dalam industri runcit di Malaysia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Rangkaian pasar raya tempatan Malaysia, Jaya Grocer, telah dinobatkan sebagai Pasar Raya Terbaik Tahun Ini (Malaysia) (Supermarket of the Year) di Anugerah Runcit Asia 2025 (Retail Asia Awards 2025), satu pengiktirafan kepada inovasi jenama, pertumbuhan dipacu teknologi serta komitmen kukuhnya terhadap pengalaman pelanggan.
Semenjak penubuhannya pada tahun 2007 dengan hanya satu cawangan di Petaling Jaya, Jaya Grocer telah berkembang menjadi salah satu nama paling popular dalam industri runcit di Malaysia, cukup dikenali dengan barang-barangnya yang dikurasi rapi dan pengalaman membeli-belah premium.
Menurut Jaya Grocer, anugerah ini menyerlahkan kejayaan Jaya Grocer dalam mengubah pengalaman belanja runcit melalui model saluran omni lancar yang menghubungkan dunia digital dan fizikal.

Melalui integrasi dengan GrabMart, jenama ini menawarkan kepada pelanggan pengalaman atas permintaan yang didayakan secara digital, yang menggabungkan kelajuan akses dalam talian dengan kebolehpercayaan membeli-belah secara fizikal.
“Kami bersyukur di atas pengiktirafan ini, kerana ianya tiba ketika permintaan pengguna menjadi semakin sofistikated, yang mana perkhidmatan lebih pantas dan diperibadikan semakin menjadi penanda aras – suatu taraf yang mencerminkan usaha gigih pasukan kami, keyakinan pelanggan serta kerjasama erat rakan kongsi.
“Di Jaya Grocer, strategi kami yang berorientasikan teknologi membolehkan kami menyesuaikan diri dan berkembang maju dalam landskap yang sentiasa berubah. Integrasi dengan GrabMart mendayakan keterlihatan inventori masa nyata dan penghantaran atas permintaan, manakala alatan seperti aplikasi
“Picker kami yang dibangunkan secara khusus dan sistem pesanan semula automatik meningkatkan ketepatan, kecekapan dan akses pelanggan. Usaha ini membolehkan kami memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang, serta mengatasi cabaran operasi dengan pantas dan tepat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Daniel Teng.
Trajektori pertumbuhan rangkaian pasar raya ini telah diperkukuh dengan memupuk kesetiaan pelanggan dan perkongsian yang utuh. Dengan lebih 1.5 juta ahli dalam program kesetiaan serta kerjasama erat dengan rakan kongsi seperti Grab, Jaya Grocer terus berkembang dengan mengutamakan inovasi, kemajuan teknologi dan kecemerlangan perkhidmatan.
Strategi pembangunan Jaya Grocer dibina dengan memanfaatkan teknologi untuk memperbaiki setiap titik sentuh dalam pengalaman pelanggan.

Ciri-ciri pintar automatik menawarkan pengesyoran diperibadikan dan pilihan pembelian semula berdasarkan pembelian lalu, manakala aplikasi Picker memastikan ketepatan pesanan dan penghantaran yang cekap.
Kemas kini masa nyata membantu dalam memastikan harga dan promosi kekal konsisten merentasi saluran.
Dalam masa yang sama, data dari corak beli-belah digunakan untuk mengoptimumkan inventori, mengurangkan pembaziran dan menjangkakan permintaan, lalu memaksimumkan kesegaran dan menetapkan penanda aras baharu untuk beli-belah runcit moden di Malaysia.
Mengulas tentang kemenangan ini, Teng menambah: “Anugerah ini amat bermakna bagi kami. Ia mencerminkan dedikasi pasukan kami yang hebat, sokongan para pelanggan yang dihargai, dan kolaborasi kukuh dengan rakan kongsi yang berkongsi visi kami.
“Memandang ke hadapan, Jaya Grocer merancang untuk terus mempertingkatkan ekosistem digital kami dan mengembangkan perniagaan ke lebih banyak komuniti di seluruh Malaysia, menjadikan beli-belah runcit yang bijak dan mudah sebagai piawaian taraf harian – untuk setiap pelanggan.”