fbpx
Now Reading
Raikan Cuti Sekolah Bersama Stitch Di Pavilion KL

Raikan Cuti Sekolah Bersama Stitch Di Pavilion KL

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Peminat filem animasi Disney pasti cukup mengenali nama Lilo & Stitch. Mengisahkan tentang seorang gadis kecil dari Hawaii bernama Lilo dan makhluk biru comel bernama Stitch yang asalnya adalah eksperimen makhluk asing, animasi ini menekankan nilai kekeluargaan, persahabatan, yang diselitkan bersama elemen humor dan pengembaraan.

Sejak tayangan pertamanya pada tahun 2002, Lilo & Stitch telah memenangi hati ramai – bukan sahaja kanak-kanak.

Kini, sempena cuti sekolah dan tayangan filem versi live-action di pawagam, Pavilion Kuala Lumpur menawarkan pengalaman istimewa buat peminat Lilo & Stitch seisi keluarga menerusi kempen ‘Aloha Summer’ yang berlangsung dari 30 Mei hingga 15 Jun 2025.

Cuti Sekolah Jadi Lebih Seronok dengan Stitch!

Bayangkan melangkah masuk ke dalam pusat beli-belah dan tiba-tiba anda terasa seolah-olah berada di Hawaii – itulah yang menanti anda di Centre Court Pavilion KL.

Dengan dekorasi bertema tropika yang diinspirasikan dari rumah pulau Stitch, suasana ceria ini sangat sesuai untuk aktiviti keluarga, sesi bergambar, dan juga bersantai sambil membeli-belah.

Bukan setakat dekorasi, sebaliknya pelbagai aktiviti dan booth yang menanti anda antaranya:

  • Pop-up Parkson dengan barangan Stitch yang boleh disesuaikan
  • Mesin layan diri Stitch eksklusif oleh Miniso
  • Koleksi Stitch edisi terhad dari Metapark
  • Patung Stitch kreatif oleh LEGO yang dipamerkan di tangga Spanish Steps.
  • Pop-up booth Watsons dengan pelbagai produk bertemakan Lilo &Stitch.

Meet & Greet dengan Stitch!

Apa yang lebih mengujakan, si kecil (dan juga peminat dewasa!) kini berpeluang bertemu dengan rakan istimewa dari dunia Lilo & Stitch dalam sesi meet-and-greet dari 30 Mei hingga 1 Jun 2025 – yang pasti jadi kenangan terindah musim cuti ini.

Waktu sesi meet & greet

Jumaat 30 Mei: 12.30pm , 2.00pm, 4:30pm, 6:00
Sabtu 31 Mei: 11:00am, 12:30pm, 2.oopm, 4.30pm, 6.00pm
Ahad 1 Jun: 11:00am, 12:30pm, 2.oopm, 4.30pm, 6.00pm

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (Retail) Pavilion KL, Datuk Joyce Yap, kolaborasi bersama Disney ini membawa sentuhan nostalgia dan kehangatan yang sesuai untuk seisi keluarga.

“Kami ingin hidupkan semangat ceria Stitch – penuh pengembaraan, kenakalan dan kasih sayang – agar pengunjung dari semua peringkat umur dapat merasai sendiri keistimewaan kisah ini dalam suasana musim panas yang menyeronokkan.”

Ketua Pegawai Eksekutif (Retail) Pavilion KL, Datuk Joyce Yap,

Jadi jom bawa ahli keluarga anda ke Pavilion KL dan rasai sendiri dunia tropika Stitch yang penuh warna, gelak tawa dan kenangan baharu. Aloha! 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.