Cuaca Panas Bukan Masalah! Bzu Bzu Lancar Lampin VelvetBreeze Untuk Si Manja Kekal Selesa & Ceria
Dengan pengaliran udara 360° dan teknologi keselesaan pintar, lampin VelvetBreeze memastikan kulit bayi kekal kering dan bebas ruam walaupun pada hari panas dan lembap.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Buat ibu bapa khususnya yang ada bayi atau anak kecil, lampin merupakan antara barang wajib yang perlu ada. Manakan tidak, ia digunakan setiap hari tanpa mengira masa.
Kebiasaannya, ibu bapa akan memilih lampin yang sesuai untuk anak tersayang. Antara kriteria yang dilihat mestilah lampin yang mempunyai penyerapan baik, tahan lama dan selesa serta tidak buat si manja rasa meragam.
Lampin VelvetBreeze Gabung Ciri ‘360° Cosmic Circulation’ & Teknologi AIRJUST™
Terbaharu, jenama penjagaan bayi terkenal Singapura, Bzu Bzu hari ini (30 Mei) melancarkan lampin bayi yang bukan hanya sekadar menyerap malah boleh ‘bernafas’.
Ia direka bagi memastikan bayi kekal kering dan selesa dari siang hingga ke malam.
Lebih menarik, ia merupakan lampin pertama di Malaysia yang menggabungkan ciri ‘360° Cosmic Circulation’ dan Teknologi AIRJUST™ membolehkan udara bergerak bebas sambil menyesuaikan pengudaraan mengikut persekitaran bayi.
Hasilnya? Kulit bayi kekal segar, tidak berpeluh dan paling penting, bebas ruam.

VelvetBreeze Terhasil Daripada Inspirasi Masalah Ibu Bapa
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif BZU BZU, Raphael Jiang, lampin VelvetBreeze direka hasil inspirasi dari cara ibu bapa menangani cuaca panas, kelembapan serta kulit bayi yang sensitif.
“Ketika berbual dengan ibu bapa, keluhan yang sering kami dengar ialah ‘Lampin bayi saya terasa panas dan tidak selesa.’
“Di Malaysia, ini memang satu kebimbangan, kerana cuaca yang panas dan lembap menjadikan si manja mudah meragam dan tidak selesa. Jadi, kami sedar kami perlu bertindak.
“Dengan VelvetBreeze, kami bukan sekadar mencipta lampin biasa. Kami mahu memberikan ketenangan fikiran kepada ibu bapa, dan keselesaan yang diperlukan bayi untuk kekal ceria dan sihat.
“Ia diperbuat daripada bahan lembut yang disukai bayi serta pengudaraan yang diperlukan mereka,” jelas Jiang.

Sama ada baru bergelar ibu bapa atau sibuk mengejar si kecil yang aktif, lampin ini direka bagi memudahkan urusan.
Segala keperluan ibu bapa kini digabungkan dalam satu lampin yang mudah lagi praktikal.
Apa Yang Menjadikan VelvetBreeze Lain Daripada Yang Lain?
Direka dengan gabungan sains dan keselesaan, Lampin Bayi VelvetBreeze menawarkan pengalaman terbaik buat ibu bapa moden yang sibuk serta bayi yang berkulit sensitif.
- 360° Cosmic Circulation – Kesegaran Sepanjang Hari
VelvetBreeze membolehkan udara bergerak bebas dari pinggang hingga ke belakang dan punggung bayi – memastikan pengaliran udara dari setiap arah. Jadi, ucapkan selamat tinggal kepada lampin yang panas dan basah. Walau dalam panas terik, kulit bayi kekal kering dan selesa.

- Teknologi AirJust™ – Berdasarkan Keperluan Bayi
Ciri pintar ini menggunakan pelarasan aliran udara automatik untuk mengawal pengudaraan di sekitar kawasan lampin. Apabila cuaca panas, ia membebaskan lebih haba, apabila cuaca sejuk, ia menyeimbangkan suhunya. ‘Mikroiklim’ yang selesa ini bermakna kurang ruam, lebih senyuman!

- Lembut dan Bebas Kebimbangan
Diuji secara klinikal terhadap 150 bayi,lebih 96% tidak mengalami atau hanya mengalami ruam yang minimal.VelvetBreeze bebas daripada pewarna, klorin, paraben, ftalat dan bahan kimia berbahaya. Selamat digunakan walau untuk kulit paling sensitif.
- Perlindungan Anti Bocor Sehingga 14 Jam
Untuk hari sibuk dan malam yang panjang, teras VelvetBreeze dengan kuasa penyerapan yang tinggi akan mengunci kelembapan dan mencegah kebocoran. Si manja kekal kering, anda pula bebas tekanan.

Dapatkan VelvetBreeze Di Pasaran Dengan Harga RM42.90
Ibu bapa kini boleh mendapatkan VelvetBreeze menerusi laman web rasmi Bzu Bzu, platform dalam talian seperti Lazada dan Shopee atau di kedai fizikal terpilih dengan harga runcit RM42.90.
Tapi kalau nak lebih jimat lagi, Ibu bapa boleh menikmati harga istimewa RM30.03 secara Mummy’s Market Baby Fair @ MITEC dari 30 Mei hingga 2 Jun.
Lampin VelvetBreeze terdapat dalam dua jenis pilihan:
- Lampin Pelekat (tape): Saiz NB, S, M dan L
- Lampin Seluar (pants): Saiz M, L, XL dan XXL

