fbpx
Now Reading
LEGOLAND Perkenal LEGO Flower Garden Pertama Di Dunia, Jom Datang! [Video]

LEGOLAND Perkenal LEGO Flower Garden Pertama Di Dunia, Jom Datang! [Video]

Taman Bunga LEGO ini berkeluasan 4,100 kaki persegi dengan dihiasi lebih 729,000 bongkah LEGO yang membentuk 58 jenis bunga.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tengok bunga dah biasa, pergi taman pun dah biasa bukan? Tapi kalau pergi taman bunga LEGO itu baru luar biasa!

LEGOLAND Malaysia secara rasminya akan membuka LEGO Flower Garden Miniland pertama di dunia bermula 28 April ini untuk orang ramai merasai pengalaman yang luar biasa.

Trust me bro! Korang pasti tak akan menyesal punya datang ke sini bersama keluarga, dapat cuci mata dengan bunga-bunga LEGO yang ada.

Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

Ada 58 jenis bunga, siap ada LEGO Refflesia gergasi!

Team BuzzKini pada semalam (24 April) telah dijemput untuk merasai sendiri pengalaman berada di taman bunga Lego ini dan kongsikannya kepada korang semua.

Dengan keluasan lebih 4,100 kaki persegi, tarikan baru ini dihiasi dengan lebih 729,000 bongkah LEGO yang membentuk 58 jenis bunga termasuk Bunga Matahari, Orkid, Cherry Blossom, Wildflower Bouquets dan pokok Bonsai!

Paling gempak, ada model gergasi bunga ikonik Asia Tenggara iaitu LEGO Rafflesia yang menjadi salah satu tumpuan utama.

Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen
Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

Bukan sekadar taman, ini dunia ajaib LEGO!

Masuk sahaja taman ini, korang akan dibawa ke dunia magik di mana LEGO dan alam semula jadi bersatu.

Nak cerita panjang-panjang nanti korang bosan pula, mari kami senaraikan antara yang menarik ada di sana:

• Gabungan alam dan LEGO

Taman bunga ini bukan semuanya LEGO tau, sebaliknya ada gabungan di antara bongkah Lego bersama pokok-pokok dan tumbuhan sebenar sekali gus menghasilkan suasana yang wow!

 • Haiwan LEGO yang comel-comel

Taman bunga LEGO ini juga digabungkan dengan pelbagai jenis haiwan-haiwan LEGO seperti burung, rama-rama, musang dan kucing yang comel sangat.

Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

 • Kolam air pancut dihiasi LEGO

LEGO Flower Garden Miniland ini juga ada kolam air pancut yang dihiasi LEGO, siap ada ikan dan katak LEGO.

Foto: BuzzKini/Hairi Ezreen

Bina sendiri LEGO bunga

Taman ini bukan setakat tengok-tengok sahaja, korang sekeluarga juga boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik tau.

Antara aktiviti menarik adalah:

• Ambil gambar yang Insta-worthy

Korang yang suka bergambar dan muat naik di media sosial tu, tempat ini memang sesuai sebab setiap sudut semuanya kelihatan cantik dengan bunga LEGO berwarna-warni.

Foto: BuzzKini/HairyEzreen

 • Cari fakta menarik tentang bunga

Bukan setakat pameran bunga LEGO sahaja, korang dan anak-anak boleh jelajah taman ini sambil cari fakta menarik pasal bunga dan detail LEGO yang disorok, memang fun habis!

 • Bina bunga sendiri

Tak akan tengok sahaja, korang pun berpeluang sertai bengkel bersama Master Model Builder, Zariq Mohd Ali dan belajar cara ubah LEGO lama jadi bunga yang unik.

Baca Artikel Berkaitan: Legoland Malaysia Perkenal Master Model Builder Pertama Di Malaysia

Tukar tayar LEGO lama jadi kelopak mawar atau cipta bonsai comel guna bongkah lama. Lagi pun 11 May ini Hari Ibu, jadi ini lah peluang korang untuk bagi hadiah paling sweet dan bermakna.

Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

Berita baik untuk ahli pas tahunan, boleh masuk awal!

Tak sabar nak tengok LEGO Flower Garden Miniland? Pemegang pas tahunan akan dapat akses eksklusif lebih awal, siap dengan lawatan khas, sesi bina bunga LEGO dan peluang bergambar sebelum taman dibuka kepada umum.

Apa tunggu lagi, jom mekar bersama LEGO! Lawati laman web rasmi LEGOLAND Malaysia atau ikuti mereka di Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut dan tiket.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.