fbpx
Now Reading
Apa Hukum Wanita Bersolek Untuk Kecantikan? Ini Penjelasannya

Apa Hukum Wanita Bersolek Untuk Kecantikan? Ini Penjelasannya

Seorang wanita muslimah juga diingatkan bahawa berhias secara berlebihan dalam berhias adalah diharusnya hanya untuk suaminya sahaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sudah menjadi lumrah bagi setiap manusia khususnya wanita di mana mereka suka untuk kelihatan cantik dan berhias.

Malah ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk membeli barangan seperti kosmetik, penjagaan wajah dan sebagainya untuk menjaga kecantikan diri.

Namun adakalanya terdapat individu yang begitu obses dengan kecantikan yang dimiliki sehingga dibimbangi boleh menjadi dosa sekiranya berlebihan.

Mufti Wilayah Persekutuan jelaskan hukum bersolek bagi wanita

Laman Mufti Wilayah Persekutuan turut ada mengulas mengenai perkara ini selepas mendapat pertanyaan dari seorang individu yang bertanya hukum wanita memakai lipstik dan enggan dilihat selekeh.

Menurut laman itu, hiasan kecantikan merupakan fitrah wanita yang asalnya adalah baik dan mempunyai asas daripada syarak.

Namun ianya perlulah tidak melanggar apa yang telah dilarang oleh syarak secara jelas berkaitan dengan hukum berhias bagi wanita

Harus hukum untuk berhias namun tak berlebihan

Antara hak seorang wanita adalah berhias untuk suaminya dan harus mengambil kenikmatan dengan kecantikan serta perhiasannya.

“Umumnya hukum asal bagi pakai dan perhiasan adalah harus sama ada di badan, pakaian atau tempat. Akan tetapi, hukum berlanjutan sedemikian (halal dan harus) selagimana tiada nas-nas yang khusus yang mengecualikan hukum asal tersebut,” jelasnya.

Berbalik kepada soalan diberikan oleh individu berkenaan, hukum bagi memakai lipstik dan alat solek adalah harus seperti mana firman Allah SWT:

هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُم مَّا فِي جَمِيعًا

Maksud: “Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada dibumi.”

Namun wanita hanya harus menghias diri untuk suami serta mereka yang dibenarkan oleh syarak sahaja.

Wanita tidak harus menunjukkan kecantikan selain dari suami dan sebahagian yang telah disebut di dalam ayat 31 suruh al-Nur.

Antara yang dibenarkan adalah:

  • Suami
  • Bapa
  • Bapa mentua
  • Anak-anak
  • Anak tiri
  • Anak bagi saudara mereka yang lelaki
  • Anak bagi saudara mereka yang perempuan.
  • Perempuan-perempuan Islam
  • Kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan
  • Hamba-hamba dan banyak lagi.

“Kami berpandangan sekiranya wanita tersebut sekadar memakai lipstik dengan warna yang tidak ketara, atau memakai alat-alat solek yang lain seperti bedak dan lain-lain dengan nipis dan sekiranya (tidak berlebihan). Serta tidak tabarruj (berlebihan dalam berhias) semasa berada di luar, adalah tidak mengapa selagi mana perkara tersebut tidak menimbulkan fitnah serta menarik perhatian lelaki kepadanya (dengan syahwat),” jelasnya lagi.

Islam tekankan kekemasan dan kecantikan

Ini kerana, agama Islam menekankan dari segi kekemasan dan kecantikan seperti yang diriwayatkan daripada Ibn Mas’ud bahawa Nabi SAW bersabda:

إنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَا

Maksud: “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kepada kecantikan.”

Walau bagaimanapun seorang wanita muslimah turut diingatkan bahawa berhias secara berlebihan dalam berhias adalah diharuskan hanya untuk suaminya sahaja.

Perkara sama turut diterangkan oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum berhias kepada wanita.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.