Grab Bakal Beli foodpanda Di 7 Negara Asia Tenggara Termasuk Malaysia?
Syarikat induk foodpanda, Delivery Hero dalam kenyataan mengesahkan wujudnya rundingan untuk menjual sebahagian perniagaan mereka di Asia Tenggara.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Syarikat induk foodpanda, Delivery Hero mengesahkan wujudnya rundingan untuk menjual sebahagian perniagaan mereka di Asia Tenggara.
Syarikat yang berpangkalan di Dublin itu menerusi satu kenyataan pada 20 September berkata ini merangkumi sebahagian perniagaan di 7 negara Asia Tenggara iaitu:
- Singapura
- Malaysia
- Filipina
- Thailand
- Cambodia
- Myanmar
- Laos.
“Delivery Hero mengesahkan rundingan dengan beberapa pihak mengenai potensi penjualan perniagaan foodpanda di pasaran Asia Tenggara terpilih. Sebarang perbincangan atau rancangan sedang dalam peringkat awal.”
Delivery Hero, syarikat induk foodpanda
Tambah kenyataan itu lagi, apa sahaja keputusan yang dicapai masih tertakluk pada kelulusan Supervisory Board sebelum dimuktamadkan.
Namun tiada sebarang maklumat nilai perjanjian tersebut kerana ianya masih dalam proses rundingan.
Grab sebagai pembeli berpotensi operasi foodpanda
Kenyataan ini dikeluarkan selepas sebuah media dari Jerman, Wirtschaftswoche melaporkan bahawa Grab adalah pembeli berpotensi dan berkemungkinan akan membayar lebih 1 bilion euro (S$1.5 bilion) bagi urusan penjualan unit tersebut.
Menurut The Star pula, pelabur foodpanda talian mengalu-alukan laporan tersebut yang telah meningkatkan sahamnya sebanyak 13.%.
Grab bagaimanapun setakat ini belum memberikan sebarang respon mengenai laporan berkenaan.
The name is Ahmed Faez Amir. I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters . Outside of work, I make music, read, and go camping whenever I get the chance.






