Senator AS & Wakil Rakyat Demokrat Gesa Donald Trump Disingkir Daripada Jawatan Presiden
Senator Edwars J. Markey menjelaskan Kongres perlu kembali bersidang untuk menghentikan perang tersebut dan menyingkirkan Presiden AS, Donald Trump.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada 28 Februari lalu Amerika Syarikat bersama Israel telah melancarkan serangan terhadap Republik Islam Iran sehingga mencetuskan peperangan di Asia Barat.
Serangan itu berlanjutan sehinggalah Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif hari ini (8 April) memaklumkan Amerika Syarikat, Iran dan negara sekutunya telah bersetuju melaksanakan gencatan senjata selama dua minggu.
Jelas Perdana Menteri itu lagi, dua negara tersebut akan mengadakan perbincangan pada 10 April ini untuk mencapai penjajian muktamad di Pakistan.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Gencatan Senjata 2 Minggu AS & Iran: Ini Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Konflik Asia Barat: Kapal Malaysia Dibenarkan Lalui Selat Hormuz Tanpa Tol – Duta Iran
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Duta Iran Puji Pendirian Tegas Anwar Berhubung Serangan AS-Israel Ke Atas Negaranya
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Kerajaan Tak Dapat Tanggung Subsidi Selamanya” – Prof Jomo Kwame Kongsi Impak Krisis Iran-AS
Senator dan ahli Demokrat gesa penyingkiran Donald Trump
Terbaharu, seorang penggubal undang-undang di AS, John Larson memaklumkan dia telah memfailkan artikel pemecatan (impeachment) ke atas Presiden AS, Donald Trump pada 7 April.
John Larson juga menjelaskan perkara itu dilakukannya dengan alasan kebimbangan yang semakin meningkat kepada tingkah laku dan pengendalian Trump dalam perang dengan Iran.
Gesa aktifkan Pindaan ke-25 Perlembagaan untuk singkir Trump dari jawatan Presiden
Menurut laporan Berita Harian yang memetik Anadolu Ajansi (AA), John Larson memaklumkan langkah berkenaan dibuat sewaktu Trump ‘semakin tidak stabil’ serta mempertaruhkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat AS.
Selain itu, John Larson turut menggesa anggota Kabinet untuk mengaktifkan Pindaan ke-25 Perlembagaan untuk memecat Trump daripada jawatannya (sebagai Presiden AS).
Bahkan John Larson turut menyifatkan Trump telah ‘memenuhi’ setiap syarat untuk disingkirkan dari jawatan itu.
“Donald Trump telah melampaui setiap keperluan untuk dipecat daripada jawatan (Presiden AS) dan ia semakin teruk,” jelasnya, lapor NST.
John Larson turut mengkritik apa yang disifatkannya sebagai ‘perang haram di Iran’ serta memberikan amaran kesan perkara itu ke atas nyawa rakyat di AS dan juga ekonomi.
Jelasnya, Presiden AS itu “tidak mampu atau tidak bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab jawatannya dengan setia dan beliau sedang meletakkan keselamatan negara dan ekonomi dalam berbahaya.”
Beberapa alasan turut dijelaskan untuk gesa Trump disingkirkan
Beberapa ahli Demokrat turut menggesa agar Trump disingkirkan dari jawatan itu, dan memberikan alasan seperti:
- Ancaman jenayah perang
- Keputusan yang melulu
- Ketidaklayakan untuk memegang jawatan.
Lapor Anadolu Ajansi (AA), Ketua Minoriti Senat, Chuck Schumer turut mengakui berasa lega dengan gencatan senjata berkenaan.
Walau bagaimanapun beliau mengkritik kenyataan Trump yang sebelum ini disifatkan sebagai ‘retorik tidak masuk akal’ serta menyeru pemantauan yang berterusan.
Gesa Kongres bersidang hentikan permusuhan dan ambil langkah penyingkiran
Manakala Senator Edward J. Markey pula dilihat lebih lantang apabila menempelak Trump di media sosial.
Menerusi satu hantaran di X, Ed Markey menegaskan gencatan senjata tersebut tidak membebaskan Trump daripada tanggungjawab selain menyifatkan itu ‘tidak sah’ serta menggesa Kongres untuk bersidang semula dengan segera bagi menghentikan permusuhan dan mengambil langkah penyingkiran ke atas presiden itu.
“Donald Trump tidak boleh sewenang-wenangnya mengancam jenayah perang tanpa dikenakan tindakan. Kongres perlu kembali bersidang untuk menghentikan perang ini dan menyingkirkan Donald Trump,” jelasnya, dipetik Berita Harian.
My Statement Calling for Trump Removal Over Threat to Eradicate "Civilization" in Iran. pic.twitter.com/NwRNuC9K1R
— Ed Markey (@SenMarkey) April 7, 2026
Beberapa ahli Demokrat desak Trump dipecat
Memetik Harian Metro, Ahli Dewan Perwakilan dari Michigan Rashida Tlaib turut mengelar Presiden AS itu sebagai ‘penjenayah perang’ selain turut mendesak pemecatan Trump.
Manakala Ahli Dewan Perwakilan dari Minnesota Iilhan Omar pula menyifatkan Trump ‘gila tak terkawal’ dan turut meminta agar Republikan bertindak.
Ahli Dewan Perwakilan dari Wisconsin, Mark Pocal pula menyifatkan Trump sebagai seorang yang amat berbahaya bagi memegang kod nuklear serta bekas ahli Republikan, Marjorie pula menyokong penggunaan Pindaan ke-25 Perlembagaan berkenaan kerana ancaman dilakukan Presiden AS itu kepada tamadun.
Pun begitu, media tempatan melaporkan Kabinet Trump mungkin tidak akan berpaling untuk menentangnya dan peluang untuk perkara itu adalah sifar.
Pindaan ke-25 Perlembagaan AS akan memberi kuasa terhadap naib presiden bersama majoriti Kabinet (atau badan lain yang ditetapkan oleh Kongres), untuk mengisytiharkan seorang presiden berkenaan ‘tidak dapat melaksanakan kuasa dan tugas jawatannya,’ di mana naib presiden akan mengambil alih kuasa secara serta-merta.



