fbpx
Now Reading
Didakwa Cubaan Nak Makan Percuma, Lelaki Di UK Sanggup Letak Rambut Dalam Stik

Didakwa Cubaan Nak Makan Percuma, Lelaki Di UK Sanggup Letak Rambut Dalam Stik

Lelaki itu difahamkan memesan stik, kentang goreng, onion ring dan juga koktel yang kesemuanya berjumlah £165 (RM763.56).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui kebersihan merupakan antara perkara penting yang perlu sentiasa dititikberatkan oleh setiap peniaga.

Tidak kiralah dalam negara mahupun luar negara, mana-mana peniaga yang mengendalikan makanan sememangnya perlu mematuhi segala peraturan agar dapat menyediakan makanan yang berkualiti pada tahap yang bagus.

Namun dalam peniaga dan pekerja kedai makan cuba memberikan perkhidmatan dan kualiti yang terbaik dalam hidangan makanan mereka, ada pula pelanggan yang licik dengan memberikan pelbagai helah sebagai alasan untuk makan secara percuma.

Lelaki letak rambut dalam stik yang dipesan helah nak makan free

Baru-baru ini, sebuah restoran di Staffordshire, United Kingdom, England telah berkongsi tindakan pelanggan yang didakwa sanggup mencabut rambutnya sendiri dan meletakkan dalam makanan sewaktu berkunjung ke restoran tersebut.

Memetik laporan The Sun UK, restoran The Dial di Burton upon Trent mendakwa dua pelanggan enggan membayar makanan dipesan berharga £165 (RM763.56) dan sanggup meletakkan rambut dalam makanan sebelum membuat aduan mengenainya.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan salah seorang daripada lelaki mencabut rambut dari kepalanya dan meletakan pada makanan makan malam yang dipesan.

Dakwa ada rambut dalam stik hingga makan makan malam terganggu

Dua lelaki itu difahamkan berkongsi makan malam mewah yang dipesan seperti stik, kentang goreng, onion ring (kepingan bawang) dan koktel yang menyebabkan jumlah bil mencecah £165.

Namun Pengurus Besar The Dial yang dikenali sebagai Jez Hives memaklumkan pelanggan terbabit enggan membuat pembayaran dan mendakwa ada rambut dalam stik yang telah ‘mengganggu’ mereka untuk menikmati makan malam terbabit.

Bersikap agresif dan keluar dari restoran tanpa buat bayaran

Jez Hives turut memaklumkan pasangan tersebut mengeluarkan kata-kata kesat dan bersikap agresif kepada pekerja restoran sebelum keluar dari premis tanpa membuat sebarang pembayaran untuk bil terbabit.

Apabila mereka membuat semakan pada CCTV di keesokan harinya, Jez Hives terkejut apabila melihat pelanggan terbabit meletakkan rambutnya sendiri di atas pinggan.

Tarik rambut 3 kali dan letak pada pinggan

Dalam video yang dikongsikan menunjukkan salah seorang pelanggan yang memakai baju t-shirt putih dan jaket hitam, menarik rambut sebanyak tiga kali dan meletakkannya pada pinggan.

“Dua pelanggan itu telah masuk dan duduk. Mereka dapat makanan, sempurna seperti kebiasaan dan sewaktu mereka makan makanan tersebut, salah seorang mula menabur rambut pada makanan.

“Anda mungkin fikir dia akan mengadu tetapi dia terus memakan rambutnya sendiri.

“Apabila lelaki itu pergi meminta salah seorang daripada kakitangan untuk memaklumkan mengenai perkara itu, seorang lagi pelanggan segera bangun dan memakai kotnya sebelum berjalan keluar,” ujarnya Jez Hives.

Beritahu tak nak bayar

Jelasnya seorang lagi lelaki yang memakai t-shirt berwarna hitam dan jaket biru, kemudiannya pergi kepada seorang lagi pekerja dan mengatakan “ia tidak menyenangkan langsung.”

Malah memberitahu tidak mahu membayar untuk makanan itu dan hanya berlalu pergi.

“Pengurus cuba mengejar mereka dengan mengatakan akan memaklumkan kepada polis,” kata Jez Hives.

Rakaman sama, turut menunjukkan pengurus cuba mendapatkan lelaki yang memakai baju biru untuk kembali ke restoran dan membuat pembayaran, namun dia enggan.

Pertama kali berdepan kes seperti ini selama 25 tahun bekerja

Jez Hives yang mempunyai pengalaman bekerja di restoran selama 25 tahun turut mengatakan dia tidak pernah melihat perkara seperti ini berlaku.

Katanya video tersebut turut dikongsikan di media sosial untuk memberi amaran kepada peniaga lokal lain mengenai dua pelanggan itu.

“Ia sesuatu yang luar biasa. Saya sudah 25 tahun bekerja termasuk di The Dial dan saya tak pernah melihat perkara seperti ini dan binggung mengapa mereka melakukan hal itu.

“Ia hanyalah satu perkara yang perlu kami lalui dalam bidang perhotelan dan cuba untuk bertahan. Ia sangat sukar.

“Kami tahu kami melakukan perkara yang betul (dalam menjaga standard kebersihan) di dapur kami, semua cef memakai topi,” jelasnya lagi.

Walau bagaimanapun, insiden yang berlaku pada 11 Februari itu masih lagi belum dilaporkan kepada polis.

Untuk tonton video klik di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.