fbpx
Now Reading
Lelaki Jepun Didakwa Tikam Bos Hingga Maut Kerana Tak Puas Hati Bonus Dipotong

Lelaki Jepun Didakwa Tikam Bos Hingga Maut Kerana Tak Puas Hati Bonus Dipotong

Sebelum ini suspek mendapat bonus bersamaan dengan 1.5 bulan gaji namun telah dipotong kepada 1 bulan gaji dan menjelaskan ia dipotong tanpa penjelasan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pekerjaan merupakan salah satu perkara yang penting untuk kehidupan untuk setiap individu.

Ini kerana, melalui pekerjaanlah manusia dapat menerima gaji untuk meneruskan kehidupan serta membayar komitmen.

Oleh itu, bukan sahaja pekerjaan menjadi keutamaan bahkan gaji serta bonus juga sentiasa menjadi matlamat mengapa seseorang meneruskan pekerjaan yang dilakukan.

Masalah gaji atau kewangan adakalanya boleh membawa kepada masalah dalam pekerjaan dan ia perlulah dibincangkan bersama pekerja sekiranya terdapat sebarang isu.

Lelaki didakwa bunuh bos lepas tak puas hati bonus dipotong tanpa penjelasan

Baru-baru ini seorang pekerja lelaki berusia 45 tahun telah ditahan selepas dia didakwa membunuh majikannya di Daerah Ota, Jepun kerana berasa tidak berpuas hati dengan bonus yang dipotong tanpa penjelasan.

Majikan yang dikenali sebagai Akhiro Kawashima, 44, merupakan seorang pengarah syarikat peralatan audio.

Menurut Sinar Harian yang memetik Tokyo Reporter lelaki itu telah menyerang bosnya di apartmen di Omorikita pada 7 Januari yang lalu serta mangsa disahkan meninggal pada keesokan harinya.

Pada 12 Januari lalu, suspek yang dikenali sebagai Masahiro Yamanaka juga pengurus jualan syarikat berkenaan memaklumkan kepada polis tentang ‘bonusnya dikurangkan tanpa sebarang penjelasan’, lapor Tokyo Reporter memetik Jiji Press.

Cuma dapat bonus 1 bulan gaji, mangsa ditikam lebih 10 kali

Sebelum ini, suspek mendapat bonus bersamaan dengan 1.5 bulan gaji namun ia telah dipotong kepada 1 bulan gaji. Satu penyata bonus pada Disember 2025 juga dijumpai di rumah Masahiro Yamanaka.

Polis telah mendakwa suspek telah menikam mangsa sebanyak lebih dari 10 kali di beberapa bahagian seperti leher, perut dan kawasan lain.

Sewaktu disoal siasat, Masahiro Yamanaka mengaku telah menikam bosnya itu namun mendakwa tidak mempunyai niat untuk membunuh.

Jelas polis, suspek dan mangsa sebelum ini adalah rakan sekelas sewaktu di sekolah menengah. Suspek juga telah menyertai syarikat terbabit sekitar empat tahun yang lalu selepas dijemput oleh Akihiro Kawashima bagi membantunya meningkat prestasi syarikat.

“Jika mereka tidak memahami apa yang saya maksudkan, saya rasa saya perlu mengubah cara fikir mereka, walaupun bermakna menyakitkan mereka,” kata suspek.

Mangsa alami luka kerana ditikam, suspek kunjungi bar hingga awal pagi selepas insiden

Jelas laporan itu lagi, pihak polis percaya suspek telah menunggu Akihiro Kawashima di apartmen sebelum bertindak menyerangnya.

Selepas insiden berlaku, suspek turut dilaporkan telah mengunjungi beberapa bar bersama seorang rakan hingga awal pagi keesokannya.

Akihiro Kawashima telah mengalami luka akibat tikaman tersebut dan polis juga percaya ada niat jelas untuk membunuh mengikut jenis kecederaan.

Segala barangan bukti termasuklah pisau yang digunakan serta pakaian dengan kesan darah (blood stain) juga sedang diperiksa secara forensik.

Memetik laporan Global Nation, suspek sebelum ini telah menjelaskan mengenai pelbagai kekecewaannya di masa lalu kepada Akhiro Kawashima.

Suspek juga memaklumkan kepada penyiasat dia percaya sekiranya amaran secara lisan tidak difahami oleh pengarah berkenaan, mungkin bos itu perlu membuat pertimbangan semula pemikirannya, meskipun menggunakan keganasan.

Suspek sebelum ini telah bekerja di dalam pelbagai industri termasuk pengiklanan dan sektor pakaian.

Ibu suspek mohon maaf secara terbuka

Sementara itu, ibu kepada Masahiro Yamanaka berusia 72 tahun telah tampil memohon maaf secara terbuka, mengatakan anaknya telah melakukan ‘sesuatu perkara yang tidak dapat diperbaiki’.

Dia juga mengambarkan anak lelakinya itu sebagai seorang kanak-kanak yang ceria, lemah lembut dan tidak sukakan keganasan.

“Jika dia mempunyai masalah di tempat kerja, dia sepatutnya pergi,” ujarnya, dipetik Mothership.

Warga emas itu turut berasa kesal kerana tidak dapat menghentikan perkara itu dari berlaku dan menambah anaknya mesti menebus jenayah yang dilakukan.

“Nyawa Akihiro Kawashima tidak akan kembali.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.