fbpx

Wanita Menyamar Jadi Pramugari Batik Air Dapat Tawaran Sertai Akademi Kru Kabin

Akademi Aeronef di Insonesia itu menawarkan Nisa untuk menyertai program pengajian secara percuma tanpa meminta sebarang bayaran demi membantunya mencapai cita-cita untuk menjadi pramugari.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, kisah mengenai seorang wanita dikenali sebagai Khairun Nisa menjadi tular apabila dia didapati menyamar menjadi pramugari dan berjaya menaiki pesawat Batik Air dari Palembang ke Jakarta.

Apa yang mencuri perhatian, penyamaran wanita dari Palembang, Sumatera Selatan ini mula terbongkar selepas kru kabin berasa curiga dengan jawapan yang diberikan olehnya kerana tidak selari dengan prosedur operasi standard (SOP) pramugari yang sebenar.

Bahkan Khairun Nisa yang mesra dipanggil Nisa juga mengenakan pakaian seragam pramugari Batik Air yang lengkap berserta kad pengenalan palsu selain turut membawa beg pakaian kru penerbangan.

Meskipun motif sebenar tidak diketahui, namun beberapa media melaporkan Nisa berbuat demikian demi menjaga maruah keluarganya dan memenuhi impian diri untuk menjadi pramugari.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tular Wanita Di Indonesia Menyamar Jadi Pramugari Batik Air, Sempat Naik Pesawat Ke Jakarta [Video]

Akademi Aeronef tawar Nisa ikuti program pengajian secara percuma

Namun siapa sangka kisah Nisa akhirnya mendapat perhatian apabila sebuah sekolah kru kabin di Indonesia, Akademi Aeronef menawarkan kursus menjadi kru kabin.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh akademi itu di Instagram, pihaknya secara rasmi melamar Nisa untuk mengikuti pendidikan pramugari secara percuma di Aeronef Indonesia.

“Kami ingin membantu Kak Nisa mewujudkan mimpi mengenakan seragam pramugari yang sesungguhnya dengan bekal ilmu dan sertifikasi rasmi,” katanya.

Bahkan pihak akademi itu juga meminta Nisa untuk tampil dan menghubungi Aeronef untuk maklumat lanjut.

Beri kata semangat untuk Nisa tak putus asa mengejar impian

Dalam hantaran sama, akademi itu turut memberikan kata-kata semangat buat Nisa untuk meneruskan cita-citanya menjadi pramugari.

“Mungkin Kak Nisa saat ini sedang bersedih, namun Kak Nisa perlu tahu bahawa kegagalan bukan mengakhiri segalanya. Melainkan awal dari cerita baharu yang lebih hebat.

“Beberapa waktu sebelumnya, kita semua mendengar kisah Kak Nisa dari Palembang. Perjuangan dan semangatnya untuk membahagiakan orang tua sangat menyentuh hati. Kami di Aeronef Indonesia percaya bahawa niat baik layak mendapatkan jalan yang tepat,” katanya lagi.

Sebelum ini, akademi itu turut membuat satu hantaran mengirim ‘surat cinta untuk Kak Nisa’ yang meminta agar wanita itu terus tabah dalam mengahadapi cabaran hidupnya.

Surat itu dipercayai bertujuan untuk menyuntik semangat Nisa untuk terus bangkit dan mengejar impiannya meskipun berdepan pelbagai cabaran.

Akademi Aeronef, merupakan sebuah institut yang melatih pelajarnya dalam bidang pramugari pramugara, perhotelan dan kapal persiaran yang terletak di Kediri, Indonesia.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.