fbpx
Now Reading
Selera Seperti Orang Muda, Nenek Usia 100 Tahun Seronok Jadi Vlogger Makanan

Selera Seperti Orang Muda, Nenek Usia 100 Tahun Seronok Jadi Vlogger Makanan

Menurut anak perempuannya, Zhang meskipun ibunya suka makan namun warga emas itu mempunyai bacaan gula, tekanan darah dan pemeriksaan fizikal yang normal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kebiasaannya individu yang sudah memasuki usia emas akan berjaga-jaga dalam makanan yang diambil.

Bahkan ada juga yang mengawal diet mereka dan mengambil makanan yang bersesuaian dengan umur mereka.

Bukan hanya itu, ada juga segelintir yang mungkin tidak lagi berminat untuk mencuba sesuatu makanan baharu kerana tidak lagi mempunyai keinginan terhadap perkara itu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Perkenalkan Hamako Mori, Nenek 90 Tahun Pegang Rekod Gamer Youtube Tertua Di Dunia

Nenek usia 100 tahun suka makan dan jadi blogger

Namun berbeza dengan seorang nenek yang berusia 100 tahun dari Shanghai, China ini apabila menjadi blogger dan dilihat seronok mencuba pelbagai makanan meskipun sudah berusia.

Bahkan nenek yang dikenali sebagai Zhong Wenyu turut gemarkan makanan yang mempunyai perisa kuat walaupun kebiasaannya hidangan terbabit sering dielak oleh warga emas lain.

Walaupun tiada gigi, nenek suka nikmati pelbagai jenis makanan

Zhong Wenyu yang berusia 100 tahun pada September lalu mempunyai gaya hidup yang berbeza dengan warga emas lain. Ini kerana, warga emas lain kebiasaannya lebih suka memilih diet yang hambar untuk menjaga kesihatan, lapor SCMP yang memetik Xinmin Evening News.

Meskipun tidak mempunyai gigi namun Zhong Wenyu menikmati pelbagai jenis makanan seperti hidangan tradisional sehinggalah ke hidangan moden seperti teh susu, kola, kopi dan juga aiskrim.

Kata anak perempuannya, nenek berkenaan juga suka makan di restoran dan turut membuat pesanan makanan dari platform penghantar makanan.

Meskipun menikmati pelbagai makanan namun Zhong Wenyu mempunyai bacaan gula dalam darah, tekanan darah serta pemeriksaan fizikal yang normal.

Untuk memenuhi keperluan kesihatannya, keluarga wanita berkenaan akan menukar minumannya kepada air tanpa gula.

“Dia berada di usia yang sangat tua dan tidak perlu menghalangnya daripada makan. Kami hanya membiarkan dia makan apa yang disukainya,” kata anak perempuannya, Zhang.

Foto: SCMP

Warga emas jadi perhatian selepas cucu muat naik video makan ketam

Nenek tersebut mula menjadi perhatian pada May 2025, menerusi satu klip video yang menunjukkan dia sedang menikmati ketam.

Video itu telah dimuat naik oleh cucu perempuannya, Xiaodan yang membuka akaun media sosial bernama ‘100 year-old Sister Zhong’ pada awal tahun lalu yang merakamkan kehidupan harian nenek tersebut.

“Nenek saya penuh dengan personaliti dan status kehidupannya berbeza dengan warga emas lain. Jadi saya suka untuk merakam perkara menarik ini.

“Saya tidak menjangkakan ramai yang suka menonton videonya,” kata Xiadon.

Foto: SCMP

Ada yang sifatkan warga emas sebagai ‘orang tua bertenaga tinggi’

Malah ada segelintir pengguna internet mengelarkan Zhong Wenyu sebagai ‘orang tua bertenaga tinggi,’ namun ada segelintir mendakwa keluarga itu ‘menggunakan’ nenek berkenaan.

“Segelintir pengguna mengkritik kami menggunakan nenek untuk makan pelbagai makanan. Ini adalah tuduhan yang tidak berasas.

“Jika saya tak ambil video, nenek saya masih lagi suka makan. Ini adalah kehidupan sebenarnya.”

Menurut Zhang, selain mempunyai selera yang baik antara rahsia warga emas itu hidup lebih lama adalah mempunyai pemikaran yang bagus dan mengikuti perkembangan fesyen.

“Mereka suka bermain mahjong dan permainan lain di dalam komputer. Dia juga suka menonton televisyen drama dan berita. Dia juga suka membincangkan tentang isu semasa bersama kami,” jelas Zhang.

Kata Zhang, ibunya itu boleh bergaul baik dengan semua keluarga. Bukan hanya itu, dia juga tidak pernah mengkritik mengenai kekurangan orang lain sebaliknya hanya bercakap tentang kelebihan mereka.

Selain itu dia juga optimis dan sentiasa berpuas hati dengan kehidupan yang dijalaninya.

Zhong telah dilahir serta dibesarkan di Chongqing di barat daya China. Malah dia juga mengalami kesusahan yang besar disebabkan perang serta kemiskinan sewaktu muda.

“Ibu saya menyaksikan bagaimana China membangun sehingga ke hari ini. Dia juga sering memberitahu kami kehidupan sekarang 100 kali lebih gembira berbanding dahulu. Maka jangan banyak mengkritik.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.