Wanita Di China Tertipu, Sangka Kahwini Polis Rupanya Suami Adalah Pembunuh
Pada tahun 2020, wanita dikenali sebagai Pang menerima panggilan dari penjara memaklumkan suaminya, Tu Jinli disabit kesalahan membunuh dan menipu serta dijatuhkan hukuman mati tertangguh.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap individu yang berkahwin pastinya mahu mencari pasangan yang bukan sahaja berkelakuan baik tetapi turut mempunyai pekerjaan yang bagus.
Ini kerana, individu yang mempunyai pekerjaan yang bagus mempunyai kerjaya yang tersendiri dan boleh berkembang lebih maju dalam industri yang diceburi.
Selain itu, wanita juga mahukan suami yang mempunyai pekerjaan yang bagus kerana mempercayai individu terbabit pastinya mempunyai sikap kepimpinan yang baik.
Wanita sangka kahwini pegawai polis rupanya pembunuh
Namun siapa sangka seorang wanita di China telah tertipu apabila menyangkakan dia mengahwini seorang lelaki yang bekerja sebagai Pegawai Polis atau People’s Armed Police (PAP).
Sangkaan itu meleset selepaas mengetahui suaminya itu sebenarnya adalah pembunuh. Perkara itu diketahui selepas tujuh tahun perkahwinan dan selepas mempunyai seorang anak.
Memetik laporan South China Morning Post (SCMP), pada tahun 2014 wanita dari wilayah Hebei di utara China, yang menggunakan nama samaran sebagai Pang telah berkahwin dengan lelaki, Jia Bin yang diperkenalkan oleh bapa saudaranya.

Hilangkan diri kononnya sedang buat ‘misi khas’
Pasangan itu kemudiannya mendapat seorang cahaya mata namun suaminya sering tidak berada di rumah dan memaklumkan sedang melakukan ‘misi khas’.
Awalnya Jia Bin menghilangkan diri selama beberapa hari, kemudian beberapa bulan sebelum hilang sepenuhnya pada tahun 2017.
PAP merupakan pasukan polis separa tentera di mana mereka dipertanggungjawab untuk menjaga keselamatan dalaman, kawalan rusuhan, anti-keganasan serta penguatkuasaan undang-undang maritim. Selain itu pasukan ini juga menyokong Tentera Pembebasan Rakyat sewaktu perang.
Kata wanita terbabit sepanjang berkahwin, dia tidak pernah membuat semakan terhadap dokumen peribadi Jia kerana takut perkara itu akan mendatangkan kemarahannya.
Bahkan dia juga tidak berani untuk menghubungi ‘unit’ yang dikatakan disertai oleh Jia.
Oleh itu, wanita tersebut menjadi ibu tunggal yang membesarkan anak lelaki mereka dan mahu anaknya itu membesar bersama ayahnya.

Failkan cerai, lelaki kemukan dokumen palsu sewaktu daftar perkahwinan
Namun pada tahun 2020, Pang tampil memfailkan perceraian di mahkamah tempatan dan dia lalu dimaklumkan Jia Bin tidak pernah wujud.
Sewaktu mereka mendaftarkan perkahwinan, lelaki itu hanya mengemukakan pengenalan tentera dan sijil dari unitnya namun dokumen-dokumen yang dikemukakan adalah palsu.
Seorang kakitangan di pejabat pendaftaran perkahwinan memaklumkan mereka tidak mempunyai sebarang kemahiran untuk mengesahkan dokumen pada tahun 2014.
Ketika hari perkahwinan hanya ‘kakak’ kepada lelaki itu yang hadir ke majlis perkahwinan dan Jin Bin berbohong dengan mengatakan bapanya sudah meninggal dunia.
Terima panggilan dari penjara maklumkan tentang suami disabit kesalahan membunuh dan menipu
Pada tahun 2022, Pang kemudian menerima panggilan telefon daripada penjara yang memaklumkan suaminya dikenali sebagai Tu Jinli, telah disabit kasalahan membunuh serta menipu dan dijatuhkan hukuman mati tertangguh.
Suaminya itu telah membunuh seorang lelaki dalam satu pergaduhan pada 2011 di bandar Hebei dan berjaya meloloskan diri di bandar yang diduduki oleh isterinya.
Dia kemudian telah menyamar menjadi seorang pegawai polis untuk mengelak daripada orang ramai menyoal mengenai identiti dan telah menipu wang banyak mangsa.
Seorang wanita yang ditipu oleh lelaki berkenaan turut membuat laporan kepada polis. Polis kemudian menemui sabitan kesalahan pembunuhannya sebelum bertindak menjejaki lelaki itu menerusi rakaman pengawasan dan menahan Tu Jinli pada 2017.
Jijik lepas tahu suami adalah pembunuh
Mahkamah lalu mensabitkan kesalahan pada 2020. Dia kemudian memaklumkan mengenai identitinya kepada Pang sewaktu berada di dalam penjara.
Ekoran itu, Pang menjelaskan dia berasa jijik dengan hakikat dia berkahwin dengan seorang pembunuh dan mempunyai anak bersama lelaki itu.
Pang kemudiannya berjaya membatalkan perkahwinan mereka pada tahun lalu selepas melalui prosedur pentadbiran.
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.



