fbpx
Now Reading
CCTV Kantoikan Perbuatan Amah Selepas Botol Susu Bayi Berbau Cecair Pembasmi Kuman [Video]

CCTV Kantoikan Perbuatan Amah Selepas Botol Susu Bayi Berbau Cecair Pembasmi Kuman [Video]

Menurut ibu kepada bayi berkenaan, Yoker R menerusi rakaman CCTV pembantu rumah sementara itu tidak membersihkan rumah sebaliknya hanya berjalan dalam kediaman itu dan mengambil gambar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui barangan bayi seperti botol susu, pakaian termasuklah barangan mainan perlulah sentiasa dipantau dan berada dalam keadaan bersih serta tidak tercemar dengan sebarang bahan kimia.

Ini kerana bayi mempunyai kulit yang sensitif selain mempunyai kecenderungan untuk memasukkan barangan ke dalam mulut dan boleh membahayakan.

Oleh itu, setiap individu dewasa perlu mengelakkan daripada mencampur atau membasuh barangan bayi menggunakan bahan kimia yang terlalu tinggi khususnya untuk perkakas makanan si comel.

Bayi terminum susu mengandungi bahan pembasmi kuman dalam botol susu

Baru-baru ini seorang ibu di Thailand berdepan detik yang mencemaskan apabila bayi lelakinya terminum bahan pembasmi kuman yang berada dalam botol susunya.

Perkara itu berlaku selepas seorang amah sementara yang diupah untuk membersihkan rumah dipercayai menuang cecair itu ke dalam botol susu kanak-kanak itu.

Memetik laporan The Thaiger, perkara itu telah dikongsikan oleh ibu bayi berkenaan, Yoker R di Facebook. Dia turut menjelaskan dia kebiasaannya mengupah dua orang pembantu rumah di mana seorang untuk melakukan kerja pembersihan rumah dan seorang lagi untuk menjaga bayi lelakinya, Kirin.

Upah amah sementara kerana pembantu rumah cuti

Namun pada hari berkenaan, pembantu rumah yang diupah telah mengambil cuti dan mereka sekeluarga mengambil keputusan untuk mengupah pembantu rumah sementara hanya untuk sehari.

Kata Yoker R, dia mengupah pembantu rumah tersebut menerusi grup Facebook dan berjumpa dengan wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Usanee Palang-usa. Kata wanita itu, pembantu rumah tersebut hanya diarah untuk membersihkan rumah memandangan terdapat seorang lagi pembantu rumah yang menjaga bayinya.

Nenek terbau cecair pembasmi kuman sangat kuat

Keadaan menjadi cemas apabila bayi tersebut telah terminum susu dari botol susunya. Ini kerana neneknya menyedari terdapat bau cecair kimia yang sangat kuat datang dari susu tersebut.

Dia lantas mengambil botol susu tersebut dan merasainya sendiri memandangkan bau cecair pembasmi kuman yang sangat kuat. Bahkan menyifatkan rasa susu itu juga sangat pahit.

Selepas memaklumkan mengenai perkara itu, ibu kepada bayi itu segera membawa anaknya ke hospital. Dalam masa sama ayah kepada kanak-kanak berkenaan turut menyoal pembantu rumah yang baru diupahnya itu mengenai hal berkenaan.

Amah dakwa tak ingat apa yang dilakukan, beri alasan hanya lap botol sebelum lari rumah

Pembantu rumah tersebut mendakwa dia tidak dapat mengingati apakah yang dilakukan terhadap botol susu bayi terbabit.

Dia kemudian mengatakan hanya mengelap botol menggunakan kain yang telah digunakan untuk membersihkan rumah sebelum bertindak melarikan diri dari rumah tersebut.

Dalam pada itu, si ibu turut memaklumkan mengenai keadaan bayinya yang berada dalam keadaan stabil. Namun doktor juga menasihatkan agar mereka bermalam di hospital untuk dipantau sekiranya terdapat sebarang kesan selepas bayi itu terminum bahan kimia terbabit.

Susu tersebut juga telah dihantar ke makmal untuk siasatan lanjut untuk mendapatkan bukti agar tindakan undang-undang terhadap Usanee boleh diambil.

Rakaman litar tertutup bongkar tindakan pembantu rumah letak cecair pembasmi kuman dalam botol susu

Keluarga berkenaan turut menonton semula rakaman litar tertutup yang berada di rumah mereka dan terkejut dengan apa yang dilihatnnya. Menerusi video kelihatan Usanee membawa botol susu bayinya dari tingkat tiga ke tingkat bawah.

Dia kemudian dilihat meletakkan sejenis cecair yang didakwa pembasmi kuman ke dalam botol terbabit sebelum meletakkannya semula ke tempat asal.

Rakaman itu turut membongkar pembantu rumah sementara itu langsung tidak membersihkan rumah sebaliknya hanya berjalan di dalam rumah dan mengambil gambar barangan pemilik dan lokasi di dalam rumahnya.

Selepas kisah mengenai pembantu rumah itu menjadi tular di media sosial, seorang mangsa turut mendakwa rumah hampir dirompak oleh pembantu rumah yang sama sewaktu mereka sekeluarga keluar ketika ingin pergi ke hospital.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.