Muzium Di China Perkenalkan Kopi Dengan Campuran Lipas Berharga RM26
Menurut pekerja kedai kopi tersebut, mereka yang memesan kopi lipas itu menyifatkan rasanya seperti ‘hangus dan sedikit masam.’
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kopi merupakan salah satu minuman yang sering menjadi pilihan segelintir individu. Bahkan rasanya yang pahit turut membuatkan peminatnya ketagihan.
Malah ada yang perlu meminum kopi pada setiap pagi untuk memulakan hari mereka seperti biasa.
Tidak kurang juga ada yang sanggup berhabis puluhan atau ratusan ringgit untuk mendapatkan kopi yang disukainya.
Kedai kopi di muzium perkenalkan kopi lipas
Baru-baru ini, sebuah muzium di Beijing, China telah memperkenalkan kopi baharu yang ditabur dengan sebuk lipas kisar pada permukaannya.
Selain menggunakan serbuk serangga, kopi berkenaan turut dicampur dengan ulat kuning yang sudah dikeringkan. Ulat berkenaan merupakan jenis makanan yang menjadi pilihan serangga.
Peminum sifatkan rasa kopi lipas ‘hangus dan sedikit masam’
Memetik laporan South China Morning Post, mereka yang pernah meminum air itu menyifatkan rasanya seperti hangus dan sedikit masam.
Kopi yang mempunyai lipas dipermukaannya itu dijual di sebuah kedai kopi yang berada di dalam muzium yang terletak di ibu negara China. Secawan kopi lipas tersebut dijual pada harga 45 yuan (RM26.23).
Walau bagaimanapun nama muzium yang mempunyai kedai menjual air kopi lipas tersebut tidak dilaporkan.
“Kamu melancarkan kopi jenis ini pada hujung bulan Jun dan ia menjadi tular di media sosial pada baru-baru ini.
“Sebagai muzium bertema serangga, ia seperti idea yang baik untuk menikmati minuman yang sepadan,” ujar salah seorang pekerja muzium itu.
Turut ada air kopi siri baru guna jus pencernaan periuk kera dan kopi semut ‘limited edition’
Siri air terbaharu mereka juga turut mempunyai minuman yang dibuat khas menggunakan jus pencernaan periuk kera dan satu edisi terhad yang diperbuat daripada semut.
Jelas pekerja itu air minuman yang menggunakan semut itu hanya dijual pada musim Halloween.
Katanya lagi, kesemua bahan itu dibeli daripada sebuah kedai herba perubatan tradisional Cina (TCM). Oleh itu pelanggan tidak perlu bimbang dari segi keselamatan untuk menikmati air tersebut.
Serbuk lipas didakwa bantu peredaran darah
Teori TCM turut mendakwa serbuk lipas terbabit boleh digunakan sebagai ubat bagi membantu peredaran darah.
Malah doktor juga percaya ulat kuning kaya dengan protein selain dapat membantu dalam meningkatkan sistem imun manusia.
Pekerja muzium itu turut menyifatkan rasa air minuman diperbuat dari semut itu adalah masam manakala jus pencernaan periuk kera pula rasa sama seperti kopi biasa.
“Kopi lipas kebiasaannya diminum oleh orang yang mempunyai rasa ingin tahu. Ibu bapa yang datang bersama anak-anak tidak mengemarinya sama seperti mana mereka tidak suka terhadap lipas.”
Jual lebih dari 10 cawan kopi lipas setiap hari
Tambahnya lagi, kedai tersebut menjual lebih daripada 10 cawan kopi lipas pada setiap hari.
Seorang blogger dari Beijing, Chen Xi turut mencuba kopi yang ditabur dengan serangga di kedai berkenaan selepas mendapat permintaan daripada peminatnya.
Blogger berkenaan dilihat mencuba air berkenaan dengan menutupkan mata dan menelan kopi tersebut dengan cepat.
“Ia tidak begitu menggelikan seperti yang saya bayangkan,” kata Chen.
Di media sosial ramai pengguna menyatakan mengenai keraguan mereka terhadap air minuman kreatif berkenaan.
Kopi yang tidak konvensional bukanlah sesuatu yang luar biasa di China bahkan ia sering menjadi tajuk utama.
Pada awal tahun yang lalu, sebuah kafe di Yunan, barat daya China turut menjadi perhatian apabila mencampurkan cacing goreng dengan kopi.
Selain itu sebuah lagi kedai kopi di timur wilayah Jiangxi pula meletakkan cili goreng dan serbuk lada pedas ke dalam latte yang dijualnya.
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.





