fbpx
Now Reading
Penerbangan Tertangguh 90 Minit Selepas Kekasih Bergaduh, Dakwa Pasangan Curang [Video]

Penerbangan Tertangguh 90 Minit Selepas Kekasih Bergaduh, Dakwa Pasangan Curang [Video]

Keadaan menjadi kecoh apabila dua penumpang berkenaan tidak hanya bergaduh di ruang menunggu tetapi turut bertengkar di dalam pesawat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui apabila menaiki pesawat setiap penumpang perlu menepati masa yang telah ditetapkan dan berada di kawasan menunggu pesawat.

Selain itu sebelum memasuki pesawat, penumpang turut disarankan untuk menyediakan sebarang dokumen perjalanan seperti tiket, kad pengenalan atau pasport sebelum dibenarkan masuk ke dalam kapal terbang.

Perkara ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang hal yang tak diingini dan untuk melancarkan proses.

2 penumpang terpaksa diturunkan selepas bergaduh dalam pesawat

Baru-baru ini dua penumpang terpaksa dikeluarkan daripada pesawat selepas berlaku pergaduhan di antara mereka sewaktu berada di dalam kapal terbang.

Penerbangan pesawat HK Express terpaksa mengeluarkan dua penumpang yang menuju ke Hong Kong, China dari lapangan terbang di Da Nang, Vietnam.

Penumpang lelaki dan perempuan itu bergaduh selepas wanita terbabit mendakwa kekasihnya melanggan pelacur dan melakukan penderaan fizikal sehingga keadaan menjadi kecoh sebelum diusir keluar oleh kru sebelum berlepas.

Sebabkan pesawat tertangguh hampir 1 jam 30 minit

Menurut Sinar Harian yang memetik South China Post, insiden yang berlaku pada 2 November (Ahad) lalu turut menyebabkan pesawat HK Express, penerbangan UO559 tertanggung hampir satu jam 30 minit.

Dalam video yang tular kelihatan pasangan itu bertengkar di ruang menunggu Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang.

Wanita dakwa kekasih ada langgan pelacur dan pukulnya

Kedengaran wanita itu mendakwa kekasihnya telah melanggan pelacur serta memukulnya.

Namun lelaki terbabit membalas dengan mendakwa wanita berkenaan curang selain mempunyai masalah mental.

Keadaan menjadi lebih kecoh apabila dua penumpang terbabit masih terus bertengkar apabila berada di dalam pesawat.

Bahkan wanita terbabit turut bertegas ingin duduk di sebelah lelaki terbabit serta bertindak menolak pramugari yang sedang cuba menenangkannya sehingga terjatuh.

Oleh itu, kru penerbangan kemudiannya mengambil keputusan untuk mengarahkan kedua-dua penumpang itu turun dari kapal terbang berkenaan. Perkara itu dilakukan bagi memastikan keselamatan penumpang lain yang berada dalam pesawat.

Syarikat pesawat mohon maaf atas insiden yang berlaku

Dalam satu kenyataan dikeluarkan HK Express pihaknya memohon maaf atas insiden yang berlaku serta menegaskan keselamatan penumpang dan juga kru menjadi keutamaan syarikat tersebut.

Menurut laporan NDTV yang memetik SCMP, wanita terbabit turut menyebut mengenai insiden yang berlaku pada 1 Oktober dan rekod hospital selain menjerit mengatakan ‘seluruh Hong Kong mengetahui perkara buruk yang dilakukan lelaki itu.’

Sewaktu diarah turun dari pesawat, penumpang wanita itu menangis dan mendakwa kru penerbangan terbabit membuli dengan tidak menyokongnya, walhal yang bersalah adalah kekasihnya.

“Kedua-dua penumpang turun daripada pesawat. Penerbangan UO559 akhirnya berlepas selepas lewat selama 1 jam 25 minit dan tiba di Hong Kong jam `10.50 malam,” kata jurucakap syarikat kapal terbang itu.

View on Threads
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.