Takut Tak Pulang Selepas Gaduh Dengan Si Ayah, Budak 9 Tahun Nekad Berjalan 30 Km Cari Ibu
Kanak-kanak itu difahamkan sanggup berjalan jauh kerana bimbang jika ibu tidak pulang selepas bertengkar dengan bapanya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap anak pasti akan sentiasa merindui ibu bapa dan mahukan kedua-duanya berada di depan mata mereka.
Malah apabila sesebuah perkahwinan bergolak, tak dinafikan anak-anak akan terkena tempias dan secara tidak langsung mengganggu emosi mereka.
Bahkan apabila anak kecil tidak melihat ibu atau bapa yang disayangi pasti mereka akan sentiasa mahu mencari dan merindui susuk tubuh itu.
Kanak-kanak sanggup berjalan jauh demi nak cari ibu
Baru-baru ini, perkara sama turut dirasai oleh seorang kanak-kanak lelaki di Thailand apabila dia sanggup berjalan 30 kilometer demi mencari ibunya pada 1 September lalu.
Seorang penunggang motosikal telah membantu seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun yang ingin berjalan sejauh 30 kilometer untuk berjumpa dengan ibunya di wilayah timur Rayong.
Kanak-kanak itu ditemui di Jalan Buraphaphat di kawasan Map Ta Phut, Rayong dan dia dilihat ditemani seekor anjing hitam.
Penunggang itu kemudian berpatah semula ke arah kanak-kanak berkenaan dan bertanya kemanakah dia ingin pergi.
Nak pergi rumah saudara untuk jumpa ibu
Jelas budak lelaki tersebut dia ingin ke rumah ahli keluarganya yang terletak di wilayah Rayong untuk berjumpa dengan si ibu.
Sewaktu dijumpai oleh penunggang berkenaan, kanak-kanak itu telah berjalan sejauh 5 kilometer daripada rumah bapanya.
Takut ibu tak balik rumah selepas bergaduh dengan bapa
Menurut kanak-kanak lelaki itu, ibu bapanya telah bertengkar dan si ibu kemudian meninggalkan rumah. Bimbang jika ibu tidak kembali dan rindu kepada wanita berkenaan, kanak-kanak itu mengambil keputusan untuk mencari ibunya.
Kebiasaannya ibu akan berkunjung ke rumah ahli keluarga selepas berlaku pertengakaran serta bertekad untuk berjumpa semula dengannya di sana.
Polis iring kanak-kanak cari ibu di rumah saudara
Penunggang itu kemudian membawa kanak-kanak terbabit ke Balai Polis Huay Pong untuk mendapatkan bantuan. Polis lalu membawa kanak-kanak itu menaiki motosikal untuk membawanya ke rumah saudara yang ingin ditujunya, lapor The Thaiger.
Namun sewaktu dalam perjalanan, kanak-kanak itu terjumpa si ibu yang juga mahu pulang ke rumah dengan menaiki motosikal.
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan si ibu terkejut kerana tidak menyangka anak lelakinya akan berjalan seorang diri demi mencarinya.
Si ibu kemudian menasihati anaknya perkara yang dilakukan adalah bahaya untuk keselamatan dan memintanya untuk tidak mengulangi lagi.
Jarak antara rumah bapa kanak-kanak dengan saudara lebih 30 kilometer
Menurut polis kepada program berita tempatan, Hone Krasae jarak rumah bapa kanak-kanak itu dengan saudaranya lebih daripada 30 kilometer.
Meskipun si kecil itu mengingati laluannya namun pihak berkuasa menegaskan ia adalah bahaya untuk kanak-kanak berjalan berseorangan secara sendirian.
Polis turut menggesa kedua ibu bapa agar memberikan perhatian kepada anak-anak mereka dan mengelakkan mereka daripada berjalan tanpa ditemani kerana risiko keselamatan seperti kemalangan jalan raya, penculikan dan banyak lagi.



