fbpx
Now Reading
Bapa Tinggalkan Anak Bongsu Di Tepi Jalan Kerana Bergaduh Dengan Si Abang

Bapa Tinggalkan Anak Bongsu Di Tepi Jalan Kerana Bergaduh Dengan Si Abang

Bapa kepada kanak-kanak itu turut memohon maaf berhubung isu itu dan menjelaskan mengapa dia mengambil keputusan meinggalkan anaknya di tepi lebuhraya tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui kanak-kanak yang berusia 0 sehingga 17 tahun kebiasaannya perlu berada di bawah pantauan atau jagaan ibu bapa.

Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa memastikan anak-anak berada dalam keadaan selamat di sepanjang masa.

Meskipun berdepan pelbagai kerenah yang menguji kesabaran, setiap pengajaran oleh ibu bapa perlulah dilakukan secara selamat dan tidak mengundang bahaya.

Bapa di China tinggalkan anak di tepi lebuhraya selepas bergaduh dengan si abang

Baru-baru ini, seorang bapa di China telah menjadi perhatian apabila meninggalkan anak kecilnya di tepi lebuh raya sebagai hukuman kerana memukul abangnya sewaktu bergaduh.

Perkara itu menjadi tular selepas seorang influencer yang sering berkongsi video menaiki motosikal terjumpa anak kecil yang berusia sekitar 7 hingga 8 tahun di tepi sebuah lebuh raya.

Menerusi rakaman yang dikongsikan di media sosial, kelihatan budak lelaki tersebut berdiri di tepi lebuhraya Kebangsaan Wilayah Autonomi Xinjiang No 219 di barat laut, China.

Kanak-kanak maklumkan ayah marah dan minta dia keluar dari kereta

Memetik laporan South China Morning Post (SCMP), influencer itu menyoal kanak-kanak terbabit bagaimana dia boleh terpisah daripada keluarganya.

“Ayah saya telah pergi dengan sendiri.

“Abang saya mengatakan sesuatu yang tidak baik mengenai saya dan saya kemudian memukulnya. Ayah begitu marah dengan saya. Dia (ayah) meminta saya untuk keluar daripada kereta,” jelas kanak-kanak itu.

Foto: Baidu/ SCMP

Bapa suruh ibu ambil semula anaknya selepas ditinggalkan seketika

Influencer berkenaan kemudiannya meminta dan menghubungi bapa kanak-kanak itu dan bertanya adakah dia sedar si kecil terbabit terkandas di lebuhraya berkenaan?

“Saya tahu. Ibunya sedang berjalan semula ke jalan terbabit untuk mengambilnya,” kata si ayah.

Dalam masa sama, sebuah kenderaan dari Mahkamah Turpan di Xinjiang turut membuat rondaan di kawasan tersebut dan budak lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada polis.

“Tindakan bapa kanak-kanak itu sungguh berbahaya,” kata influencer itu.

Kanak-kanak lelaki itu dan keluarganya berasal daripada Zhejiang di timur China.

Bapa mohon maaf kerana tinggalkan anak, cuba pertahan diri kenapa ambil keputusan tersebut

Si bapa yang dikenali sebagai Wang kemudiannya memohon maaf mengenai perkara itu di media sosial.

Wang turut cuba mempertahankan dirinya dengan mengatakan dia hanya memandu untuk 1.5 kilometer sebelum meminta isteri mengambil semula anak mereka.

Kanak-kanak itu cuma berjalan selama 2 minit sebelum dijumpai oleh influencer berkenaan.

Wang juga menjelaskan sebab dia mengambil keputusan untuk meninggalkan kanak-kanak itu di lebuhraya berkenaan.

“Anak bongsu saya sering bergaduh dengan abangnya. Pada hari insiden itu, saya sudah memberikan dua amaran kepadanya. Namun dia masih memukul abangnya. Saya begitu berang, jadi saya ingin menakutkannya.”

Foto: Baidu/ SCMP

Budak lelaki maklumkan ibu bapa layan dengan baik, akui silap kerana buat bapa marah

Namun pada 17 Ogos lalu, Wang menyiarkan video memaparkan anaknya memaklumkan dia dalam keadaan baik sahaja.

“Terima kasih semua untuk yang mengambil berat tentang saya. Ibu bapa saya layan saya dengan baik dan kami sedang menikmati barbeku sekarang.

“Ia adalah kesilapan saya kerana membuatkan ayah marah. Saya sering membuli abang,” jelasnya.

Kisah mengenai kanak-kanak itu kemudiannya menjadi tular di seluruh media sosial China.

Malah ada yang mengkritik tindakan si bapa kerana meninggalkan anaknya itu di tepi lebuhraya berkenaan.

“Tergamaknya dia. Adakah dia bapa sebenar kepada budak itu? Bagaimana jika berlaku kemalangan, dia mungkin akan menyesal seumur hidup,” kata pengguna media sosial.

“Terdapat banyak cara lain untuk menghukum anak, tetapi dia memilih cara ini dengan meletakkan budak itu dalam bahaya. Saya tergamam,” kata seorang lagi pengguna media sosial.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.