Pesawat Air India Terhempas: Ini Apa Yang Diketahui Setakat Ini [Video]
Individu yang terselamat itu dikenali sebagai Ramesh Vishwaskumar yang merupakan warga Britain dan berada di tempat duduk 11A ketika pesawat Air India tersebut terhempas.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (12 Jun) media melaporkan nahas sebuah kapal terbang komersial terhempas di bandar Ahmedabad, India.
Insiden tersebut yang membabitkan pesawat Air India nyata mengejutkan industri penerbangan dan masyarakat di seluruh dunia.
Nahas Air India: Ratusan penumpang dan anak kapal dalam pesawat disahkan maut
Terbaharu, seramai 241 penumpang termasuk anak kapal dalam pesawat berkenaan disahkan maut dalam nahas berkenaan.
Pesawat jenis Boeing 787-8 Dreamliner itu dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Gatwick London, United Kingdom dengan membawa 230 penumpang dan 12 anak kapal.
Dari jumlah berkenaan seramai:
- 169 warga India
- 53 individu warga Britain
- 7 warga Portugal
- Satu warga Kanada.
Pesawat terhempas sejurus berlepas dari lapangan terbang
Menerusi video rakaman litar tertututp (CCTV) yang baru sahaja tular, awalnya kelihatan pesawat Air India itu sedang berlepas daripada Lapangan Kapal Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel, India pada jam 1.39 tengah hari waktu tempatan.
Namun tidak sampai beberapa saat kelihatan pesawat itu terhempas selepas terbang di satu ketinggian. Kelihatan asap hitam dan api menyelubungi kawasan berkenaan selepas pesawat berkenaan terhempas.
Pesawat terhempas di kawasan perumahan & kompleks hospital
Menurut laporan BBC, pesawat tersebut terhempas di kawasan perumahan dan merempuh kompleks hospital serta asrama pelajar perubatan.
Lokasi pesawat terhempas menyebabkan angka kematian meningkat.
Bagaimanapun Komisioner polis, GS Malik berkata pihaknya tidak dapat mengesahkan jumlah mangsa yang maut kerana angkan korban mungkin bertambah.
“Pihak polis menjumpai seorang yang terselamat di tempat duduk 11A. Dia telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Tidak dapat berkata apa-apa mengenai jumlah kematian buat ketika ini. Jumlah mungkin bertambah kerana pesawat terhempas di kawasan perumahan,” jelas Malik kepada media ANI dipetik India Of Times.
Memetik laporan CNA pula, setakat jam 11.14 malam waktu tempatan seramai 290 mangsa yang telah disahkan terkorban.
An Air India plane crashed minutes after taking off from the western city of Ahmedabad, killing more than 290 people https://t.co/1RryvBizFL pic.twitter.com/obtRHUp8Xn
— Reuters (@Reuters) June 12, 2025
Seorang penumpang terselamat daripada nahas pesawat Air India terhempas
Namun dalam situasi mencemaskan itu, seorang lelaki dilaporkan terselamat apabila muncul dari kepungan api dan mengalami kecederaan serta trauma.
Penumpang yang dikenali sebagai Ramesh Vishwaskumar merupakan seorang individu warga Britain yang berada di tempat duduk 11A.
Malah dia sempat berkongsi situasi selepas kejadian sebelum bertindak menyelamatkan diri.
“Dalam masa 30 saat selepas berlepas, saya dengar bunyi letupan yang kuat.
“Ada mayat di sekeliling saya. Saya panik, terus bangun dan lari. Serpihan kapal terbang ada di merata tempat,” ujarnya, lapor Sinar Harian yang memetik media luar.
Alami kecederaan di dada, mata dan kaki
Dalam insiden itu Ramesh mengalami kecederaan disebabkan hentakan pada bahagian dada, mata serta kaki.
Memetik laporan CNN, Ramesh memaklumkan dia ke negara berkenaan untuk pulang melawat keluarga dan pulang ke United Kingdom bersama abangnya, Ajay Kumar Ramesh, 45, yang duduk di tempat lain.
Ramesh vishwakumar survives the Air India plane crash…pic.twitter.com/aH7jt0v0Aw
— Volcaholic 🌋 (@volcaholic1) June 12, 2025
Katanya dia tidak mengetahui abangnya terselamat atau sebaliknya. Air India kemudian mengesahkan daripada 242 orang yang berada dalam kapal tersebut 241 disahkan meninggal dunia dan ini menjadikan Ramesh sebagai satu-satunya penumpang yang terselamat.
Keadaan tidak terlalu kritikal dan mungkin akan dibenarkan pulang lagi beberapa hari
Seorang doktor memaklumkan kepada CNN bahawa keadaan Ramesh ‘tidak terlalu kritikal’ dan mungkin boleh dibenarkan pulang selepas beberapa hari.
“Dia mempunyai beberapa pendarahan dalam gambar, tetapi ia bukan kecederaan teruk. Dia berada dalam keadaan baik di bawah pantauan ketat (strict), tiada isu,” jelas Profesor dan ketua pembedahan di Hospital Sivil Ahmedabad, Dr. Rajnish Patel.
Times of India turut berkongsi tiket penerbangan Ramesh yang menujukkan maklumat mengenai pesawat dinaiki serta tempat duduknya.

Kotak hitam pesawat berjaya ditemui
Dalam satu laporan baharu Hindustan Times, pihak berkuasa India difahamkan telah menemukan satu daripada dua kotak hitam pesawat malang terbabit.
Kotak hitam berkenaan, yang terletak dibahagian belakang kini disimpan oleh pihak berkuasa. Namun kotak hitam kedua — (yang terletak di bahagian hadapan pesawat) masih lagi dalam pencarian.



