Saintis Jumpa Mikroplastik Dalam Ovari Wanita, Bimbang Beri Kesan Kepada Kesuburan
Pakar turut menyarankan orang ramai agar mengelak daripada memanaskan plastik atau meletakkan makan panas dan cecair di dalam bekas plastik.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap wanita pastinya mempunyai impian untuk berkahwin, memiliki cahaya mata dan keluarga yang bahagia.
Namun keadaan persekitaran manusia pada hari ini memainkan peranan yang sangat penting kepada kualiti hidup setiap individu.
Sebagai contoh kita pastinya ingin hidup bebas daripada bahan kimia yang boleh menjejaskan kualiti hidup serta kesihatan seseorang. Oleh itu, adalah penting untuk setiap individu mengetahui keadaan persekitaran, pemakanan yang boleh memberi kesan kepada kesihatan mereka.
Saintis jumpa mikroplastik dalam cecair folikel ovari wanita
Baru-baru ini, saintis pertama kali berjaya mengesan terdapatnya kewujudan mikroplastik di dalam cecair folikel ovari wanita.
Perkara ini secara tidak langsung telah menimbulkan kerisauan kepada kesan pencemaran bahan toksik terhadap kesuburan serta kesihatan reproduktif wanita.
Penemuan berhubung kewujudan mikroplastik di dalam cecair folikel ovari wanita itu telah didedahkan dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Ecotoxicology and Environmental Safety.
Kajian yang dilakukan itu telah membabitkan seramai 18 wanita di mana mereka menjalani rawatan kesuburan di sebuah klinik di Salerno, Itali.
Terdapat mikroplastik dikesan dalam cecair folikel 14 wanita
Hasil daripada rawatan tersebut, saintis mendapati wujudnya mikroplastik di dalam cecair folikel ovari14 wanita berkenaan.
Cecair ini mempunyai peranan yang penting di mana ia bertindak sebagai pembekal nutrien serta isyarat biokimia kepada telur yang sedang berkembang.
Boleh beri kesan kepada kesuburan wanita
Menurut pengkaji, kehadiran zarah plastik dalam cecair folikel berkemungkinan boleh memberi kesan buruk kepada kesuburan, keseimbangan hormon termasuk kesihatan sistem pembiakan secara keseluruhan.
“Kami melihat ini sebagai isyarat amaran yang sangat penting mengenai betapa serius dan meluasnya pencerobohan bahan cemar moden ini dalam sistem reproduktif wanita,” jelas pengkaji utama, Profesor Lugi Montano dari Universiti Rome, lapor The Gurdian.
Jelas laporan itu lagi, daripada puncak Gunung Everest sehingga ke dasar Jurang Mariana (Mariana Trench) terdapat mikroplastik dan nanoplastik kecil telah dikesan di seluruh alam sekitar.
Malah makanan dianggap sebagai laluan pendedahan utama di mana terdapat kajian mendapati ia terdapat dalam semua jenis daging dan produk pembuatan.
Mikroplastik sangat bahaya boleh mengundang kepada masalah kesihatan, turut beri kesan kesihatan pada lelaki
Mikroplastik adalah sangat berbahaya kerana ia boleh mengandungi sejumlah 16,000 bahan kimia. Ia termasuk sebatian toksik seperti Pfas, Bisphenol dan phthalates yang dikaitkan dengan kanser, neurotoxicity, gangguan hormon serta ketoksikan perkembangan.
Dalam kajian baharu dalam satu projek yang besar diterajui oleh Montano, dia turut mengesan mikroplastik di dalam air kencing serta air mani manusia serta membuat kajian kesannya terhadap kesuburan.
Montano turut mengesyaki mikroplastik adalah antara bahan kimia yang boleh menyebabkan jumlah sperma dan kualitinya menurun.
“Kami telah membuktikan penurunan (kualiti sperma lelaki) ini, terutamanya di kawasan yang mempunyai pencemaran teruk,” ujarnya.
Orang ramai disarankan mengurangkan penggunaan plastik
Oleh itu, adalah penting untuk menggurangkan penggunaan plastik di dapur serta makan diet organik di mana ia boleh mengurangkan tahap mikroplastik dalam badan.
Pakar turut menasihatkan orang ramai elakkan daripada memanaskan plastik, atau meletakkan makanan panas dan cecair di dalam bekas plastik.
Sebagai contoh satu cawan kopi kertas yang diguna untuk sekali boleh menyumbang kepada trilion keping plastik apabila cecair panas ditambah.
Perkara sama turut terjadi kepada uncang teh di mana ia mengeluarkan berbilion-bilion zarah dan gelombang mikro plastik juga boleh menjadi masalah.
Perkakas plastik yang bersentuhan dengan kuali panas juga boleh mencairkan bahan kimia. Maka sebagai alternatif gunakan kayu dan keluli tahan karat kerana kurang bahaya.



