fbpx

Gara-gara Kentut Di Muka Rakan Sekerja, Anggota Polis Di UK Berisiko Kena Pecat

Dua anggota pegawai polis yang berpangkat Konstabel itu turut didakwa mengeluarkan komen yang tidak sopan kepada dua rakan sekerjanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Mengeluarkan angin atau kentut merupakan salah satu reaksi normal badan untuk menyahkan gas yang ada dalam saluran pencernaan.

Adakalanya kentut turut mengeluarkan bau busuk serta bunyi yang kuat – satu perkara yang paling memalukan buat sesetengah orang.

Walau bagaimanapun segelintir individu menyifatkan perbuatan kentut ini adalah tidak sopan sekiranya ia dilakukan di hadapan khalayak ramai apatah lagi jika ia dijadikan sebagai gurauan.

Anggota polis berdepan tindakan tatatertib kerana kentut di muka rakan sekerja

Baru-baru ini, dua anggota polis berpangkat konstabel yang bertugas di Metropolitan London berdepan dengan tindakan tatatertib apabila didakwa membuang angin di muka seorang anggota polis wanita.

Anggota polis yang dikenali sebagai Wayne Sansom dan Ben Jefferies telah didakwa melanggar piawaian tingkah laku profesional antara 2020 dan 2023.

Buat Sansom ini bukan kesalahan pertamanya, sekitar 2020 sehingga 2021, dia juga didakwa mengeluarkan komen yang tidak sesuai serta tidak sopan terhadap dua rakan sekerjanya.

Turut beri komen lucah pada rakan sekerja

Pekara ini termasuklah memberi komen lucah berkaitan seksualiti wanita yang dilihat tidak sesuai.

Selain itu, dia juga didakwa kentut di hadapan wajah rakan sekerjanya pada November 2021.

Memetik laporan Metro UK, The Met turut memaklumkan identiti mangsa dan saksi mungkin dilindungi ketika perbicaraan dilakukan.

Sekiranya dakwaan itu dibuktikan sebagai salah laku berat, anggota berkenaan mungkin berdepan dengan risiko dipecat daripada pasukan keselamtan.

Perbicaraan salah laku itu dijadualkan pada 23 Jun dan 4 Julai 2025.

Ambil gambar tak senonoh hantar pada rakan sekerja

Memetik laporan Standard UK, Jefferies turut didakwa mengambil gambar tidak senonoh dirinya di dalam telefon bimbit rakan wanita sekerjanya. Dia kemudian menghantar gambar dirinya yang lain kepada pegawai sama menggunakan aplikasi WhatsApp.

“Jefferies dan Sansom akan menjawab pertuduhan dakwaan bahawa kelakuan mereka adalah melanggar Piawaian Tingkah Laku Profesional berkenaan dengan tingkah laku, kuasa, hormat dan kesopanan dan kesaksamaan dan kepelbagaian yang boleh dikurangkan,” tulis notis itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.