Ustaz Azhar Idrus (UAI) explains that solat is valid if the najis (impurity) is minimal, as a very small amount is considered dimaafkan (excused).
Alcohol content in perfumes is typically very small, around 0.05%, which may be considered excused, but avoiding perfume during solat is recommended to sidestep scholarly debate.
Not all alcohol is categorized as najis; alcohol not derived from the arak (liquor) production process is considered not najis, according to Malaysian fatwa rulings.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Seperti yang kita tahu, kebanyakan minyak wangi yang berkualiti tinggi dan tahan lama mempunyai kandungan alkohol di dalamnya. Bagaimanapun, mungkin ada yang tertanya-tanya adakah ia boleh dibawa solat?
Baru-baru ini, pendakwah bebas terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) menerusi satu sesi soal jawab ada mengulas tentang perkara itu.
Soalan: Boleh ke kita bawa minyak wangi yang ada alkohol dalam solat? Sah atau tidak (solat)? Sebab alkohol itu najis.
Suci Daripada ‘Najis Yang Tidak Dimaaf’ Antara Syarat Sah Solat – UAI
Menurut UAI, syarat sah solat adalah suci tubuh badan, pakaian, dan tempat solat daripada najis yang ‘tidak dimaaf’. Jelas beliau, najis ‘yang dimaafkan’ tidak membatalkan solat seseorang.
“Contoh najis yang dimaaf adalah najis yang sangat sedikit,” katanya.
Najis Jatuh Kategori Dimaafkan Jika Ia Tidak Bawa Mudarat Kepada Solat
UAI menerusi satu hantarannya sebelum ini menjelaskan bahawa najis yang dimaafkan adalah najis yang tidak memberi mudarat kepada solat seseorang. Sebagai contoh, luka yang sedikit dan tidak meleleh darahnya. Dalam konteks ini, solat yang ditunaikan itu adalah sah.
Manakala jika najis keluar dengan banyak sehingga meleleh dari luka sebelum seseorang memulakan solat, maka solatnya tidak sah.
‘Kandungan Alkohol Dalam Minyak Wangi Kebiasaannya Sangat Sedikit’ – UAI
Berbalik kepada soalan asal, beliau berkata kebiasaannya peratusan alkohol yang terkandung dalam mana-mana minyak wangi adalah sangat sedikit iaitu sebanyak 0.05% atau 0.025%.
Menurut UAI, jika kandungan najis itu terlampau sedikit, maka hukumnya dimaafkan dan sah solatnya.
“Itu atas kaum fuqaha (ahli fiqah) yang mengatakan etil alkohol itu najis. Ada satu lagi pendapat (ulama) moden yang mengatakan etil alkohol bukan najis dan bahan yang suci.”
Namun ulas beliau, adalah lebih baik tidak memakai minyak wangi semasa solat untuk menghindari sebarang khilaf ulama mengenai hal itu.
“Kalau kita nak keluar daripada khilaf itu adalah lebih baik. Keluar daripada perselisihan itu adalah lebih baik, maka kita tak bawa (minyak wangi) dalam sembahyang agar ibadah kita itu tidak duduk (tersepit) dalam pertikaian para ulama,” jelas Ustaz Azhar.
Lebih Baik Tidak Pakai Minyak Wangi Jika Tak Pasti Alkohol Mengandungi Arak Atau Sebaliknya – Pejabat Mufti WP
Menerusi semakan kami, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada menyebut bahawa Ulama al-Syafieyyah memandang alkohol sebagai najis kerana ia termasuk dalam jenis bahan cecair yang boleh memabukkan.
Bagaimanapun kumpulan minoriti ulama berpendapat meminum arak adalah haram tetapi sifatnya bukan najis.
Oleh disebabkan itu, adalah wajar untuk mengelakkan syubhah, khususnya jika kita tidak pasti alkohol dalam bahan-bahan pewangi berasal daripada pembuatan arak atau bukan. Sabda Rasulullah SAW:
دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لَا يَرِيبُكَ
Maksudnya: “Tinggalkan apa yang kamu ragui kepada apa yang tidak kamu ragui”
[Riwayat al-Tirmidzi (2442)]
Bukan Semua Alkohol Mengandungi Arak & Dikategori Sebagai Najis
Jabatan Mufti Negeri Selangor sebelum ini pula berkata bahawa setiap minuman arak mengandungi alkohol namun bukan semua alkohol itu mengandungi arak.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 berpendapat bahawa alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, namun alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹