Now Reading
Apakah Hukum Cabutan Bertuah? Ini Penjelasan UAI [Video]

Apakah Hukum Cabutan Bertuah? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, jika semua peserta akan mendapat hadiah yang bernilai melebihi yuran maka hukumnya juga haram.

Ringkasan
  • Hukum cabutan bertuah adalah harus dan halal jika peserta membeli barangan dan tidak mengalami kerugian walaupun tidak memenanginya.
  • Cabutan bertuah menjadi haram jika perlu membeli kupon dan rugi apabila tidak menang atau melibatkan unsur gharar. 

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan ramai peniaga yang suka melakukan cabutan bertuah untuk menghargai para pelanggannya. Malah pelbagai jenis hadiah untuk cabutan bertuah turut disediakan dan ada segelintir yang begitu lumayan.

Perkara ini secara tidak langsung bukan sekadar menghargai tetapi strategi pemasaran untuk menarik pelanggan membeli.

Adakah cabutan bertuah haram?

Baru-baru ini terdapat seorang pengguna di Threads yang bertanya apakah hukum menyertai cabutan bertuah memandangkan ramai mengetahui berjudi di dalam Islam.

Persoalan itu kemudiannya mendapat respon daripada orang ramai yang menjelaskan cabutan bertuah adalah tidak haram dan ia berbeza dengan judi.

Hukum cabutan bertuah harus jika jual barangan dan tak menyebabkan kerugian jika tak menang

Menurut pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus terdapat dua hukum bagi cabutan bertuah iaitu harus dan haram.

Katanya cabutan bertuah itu menjadi harus apabila tiada kupon yang dijual tetapi menjual barangan.

“Kita beli barangan, layak mendapat kupon. Halal. Kerana kita tidak beli kosong atau bergantung pada nasib atas bayaran yang dibuat.

“Kita beli di kedai, RM100 dapat resit boleh buat cabutan bertuah. Kita dapat tak barang RM100? Dapat barang. Tiba-tiba kita kalah dalam cabutan bertuah.

“Dekat mana kita rugi? Tak ada, sebab barang yang dibeli semua dah ada. Kalau orang lain menang, ada tak kita rugi? Tak ada. Itu halal,” katanya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Dah Lama Nak Beli Kereta, Impian Pasangan Suami Isteri Tercapai Selepas Menang Cabutan Bertuah [Video]

Cabutan bertuah haram jika menyebabkan kerugian dan ada kupon yang dijual untuk sertai kempen tersebut

Namun jelas beliau, cabutan bertuah itu menjadi haram apabila seorang itu kalah dan menyebabkan kerugian kepada dirinya.

“Contoh dijual kupon cabutan bertuah, kupon cabutan bertuah RM100 atau RM10. Awak beli barang RM100 layak mendapat kupon cabutan bertuah harga RM10. Kita pun oleh kerana layak, kita beli RM10 kupon. Nanti tak dapat atau nombor tak naik, rugi atau untung?

“Rugi, berapa kita rugi? RM10.”

Katanya perkara itu seperti berjudi maka hukumnya haram.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tuah Badan! Kanak-Kanak Lelaki 6 Tahun Menang Cabutan Bertuah Kereta Perodua Axia

Haram jika dapat hadi lebih bayaran dan ada kemungkinan rugi jika tak dapat hadiah yang nilainya kurang dari bayaran

Memetik laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sekiranya peserta cabutan bertuah mempunyai kemungkinan untung iaitu dengan memperoleh hadiah yang melebihi bayaran serta kemungkinan rugi sekiranya tidak mendapat apa-apa atau mendapat hadiah yang nilainya kurang daripada bayaran yang dikeluarkan, maka ia merupakan judi yang jelas. Maka perbuatan tersebut adalah haram.

“Manakala jika semua perserta akan mendapat hadiah yang bernilai melebihi yuran, maka hukumnya juga haram.

“Hal ini kerana walaupun dinamapaun sebagai cabutan bertuah untuk mendapat hadiah, ia pada hakikatnya merupakan jual beli yang mengandungi unsur kesamaran (gharar( dan ketiktahuan pada barang yang dibeli iaitu hadiah yang akan diterima,” jelasnya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.