PU Salman Dedah 3 Faktor Yang Sebabkan Rumah Jadi Sarang Syaitan [Video]

Menurut PU Salman antara faktor yang boleh menyebabkan syaitan bersarang di dalam rumah adalah kerana terdapat banyak barang yang sudah lama tidak digunakan.

Ringkasan
  • Menurut Hadis Sahih Muslim kerana tidak membaca Bismillah ketika memasuki rumah menjemput syaitan untuk bermalam di rumah.
  • Terlalu banyak barang yang tidak digunakan di rumah seperti perkakas dapur juga menjadi antara tempat syaitan duduk. 
  • Tidak membaca Surah al-Baqarah antara perkara membenarkan syaitan duduk bersarang dalam rumah. 

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Rumah merupakan sebuah kawasan yang sepatutnya menjadi zon selamat buat penghuninya. Bahkan di sinilah anda merehatkan diri selepas seharian bekerja, bermesra bersama ahli keluarga dan sebagainya.

Maka kerana itulah adanya perumpamaan ‘rumahku syurgaku.’ Namun terdapat juga penghuni yang tidak dapat duduk di rumah dengan aman disebabkan ada gangguan-gangguan yang tidak diingini seperti makhluk halus dan sebagainya.

Terbaharu pendakwah bebas, Salman Maskuri atau PU Salman telah berkongsi tiga faktor kenapa sesebuah rumah itu menjadi sarang syaitan.

Jelas PU Salman antara pengaruh buruk di dalam sesebuah rumah adalah syaitan. Ini kerana ia membawa banyak kepada unsur-unsur:

  • Keburukan
  • Kemurungan
  • Kejahatan dan banyak lagi

#1 Tidak membaca Bismillah

Katanya faktor yang pertama sesebuah rumah itu menjadi sarang syaitan adalah kerana apabila seseorang memasuki rumah mereka tidak membaca kalimah Bismillah.

“Dalam hadis sahih Muslim bila seseorang itu masuk ke dalam rumah tidak membaca bismillah, maka syaitan akan berkata kepada teman-temannya ‘malam ini kita bermalam di sini’ kerana kita tidak membaca bismillah,” jelasnya.

#2 Banyak barang yang dah lama tak digunakan dalam rumah

Ujarnya lagi, faktor yang kedua pula adalah terdapat banyak barang di dalam rumah yang sudah lama tidak digunakan.

Sebagai contoh barangan perkakas dapur seperti mangkuk tingkat, bekas makanan dan sebagainya.

Menurutnya di sebabkan ia sudah lama tidak digunakan maka ia akan menjadi tempat diduduki syaitan.

“Dalam hadis sahih Muslim juga, Nabi Muhammad SAW bersabda tilam yang tidak digunakan, syaitan yang akan duduk.

“Ini tafsiran daripada sebahagian ulama maksud hadis ini ialah bila lebihan tilam, tilam yang tidak digunakan untuk syaitan. Syaitan akan menjadikannya sebagai ‘makwah’ tempat duduk, ‘mabid’ tempat bermalam.”

#3 Orang di dalam rumah tidak membaca surah al-Baqarah

Faktor terakhir yang menyebabkan syaitan banyak bersarang dalam sesebuah rumah adalah kerana tidak membaca surah al-Baqarah.

Menurut PU Salman, Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis sahih Muslim ‘Bacalah surah al-Baqarah, sesungguhnya syaitan akan lari daripada rumah yang dibacakan surah al-Baqarah.’

Oleh itu, PU Salman menasihatkan umat Islam untuk mengelakkan daripada tiga faktor tersebut mudah-mudahan rumah terpelihara daripada Syaitan selain lebih aman, bahagia serta taat kepada Allah.

@pusalman

3 faktor rumah kita jadi sarang syaitaann JOM BELAJAR KITAB ESKLUSIF BERSAMA PU SALMAN (online zoom) Kelas malam 9.30pm kecuali sabtu 1. Selasa: fekah kitab fathul qarib 2. ⁠rabu: hadis kitab Riyadus solehin 3. ⁠khamis: tauhid kitab jauharah tauhid 4. ⁠sabtu pagi 9am: bidayatul hidayah Dari serendah rm59 sebulan. Wasap 0133533248 #sunnah #hadis #fyppppppppppppppppppppppp

♬ bunyi asal – Pu salman – Pu salman
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.