Now Reading
Jual Beli Guna Terma ‘Bayar Seikhlas Hati’ Dalam Perniagaan Boleh Jadi Haram & Tidak Sah [Video]

Jual Beli Guna Terma ‘Bayar Seikhlas Hati’ Dalam Perniagaan Boleh Jadi Haram & Tidak Sah [Video]

Menurut PU Salman sekiranya peniaga tidak mengetahui berapakah jumlah wang diterima sebelum menerima bayaran maka jual beli tersebut adalah tidak sah.

Ringkasan
  • Bayaran 'seikhlas hati' dalam perniagaan boleh menjadi haram dan tidak sah kerana ia tergolong dalam gharar, iaitu ketidakpastian harga.
  • Jual beli hanya sah jika peniaga mengetahui jumlah bayaran sebelum menerima wang, dengan harga yang jelas dinyatakan terlebih dahulu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.tiktok.com/@pusalman/video/7663034554542066952?_r=1&_t=ZS-985u5u5itGf

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap pelanggan pasti pernah berdepan dengan situasi di mana peniaga meminta anda untuk membayar mengikut keikhlasan hati. Keadaan ini adakalanya membuatkan anda berasa serba salah kerana tidak tahu berapakah harga yang perlu dibayar.

PU Salman jelaskan mengenai bayaran ‘seikhlas hati’ dalam perniagaan

Namun baru-baru ini pendakwah bebas, Salman Maskuri atau lebih dikenali sebagai PU Salman telah menjelaskan bayaran ‘seikhlas hati’ di dalam perniagaan boleh menjadi haram atau tidak sah jual beli itu.

Menurut PU Salman, orang ramai pasti pernah berurusan dengan peniaga yang meminta atau menulis ‘bayaran seikhlas hati’ di mana pelanggan boleh membuat pembayaran mengikut kemampuan mereka.

“Tapi sebenarnya, tak boleh (bayar seikhlas hati). Salah, tidak sah dan haram,” ujarnya dalam satu video.

Ia tergolong dalam perkara gharar, iaitu tidak pasti

Kata PU Salman antara sebabnya adalah Nabi Muhammad SAW melarang perbuatan gharar, iaitu sesuatu perkara yang tidak pasti contohnya harga berapa (untuk jual beli itu).

Jelasnya lagi dalam kitab Minhajut Talibin juga ada menyebut, terdapat sembilan jenis jual beli yang dilarang di mana yang ke lapan adalah dua harga dalam satu jualan.

Sah jual beli jika peniaga tahu jumlah wang sebelum terima bayaran

“Ini disebut dalam hadis Imam at-Tirmizi, Nabi Muhammad SAW melarang dua harga dalam satu jualan. Ulama tafsirkan kalau ada dua harga contoh harga tunai RM10, manakala harga hutang RM20. Tak boleh kita akad dengan dua harga sekali gus.

“Tapi kalau kita pilih salah satu tidak mengapa (contohnya), ‘aku nak yang tunai,’ yang murah. Maka boleh. Tapi dia terima jual beli dalam keadaan tak pilih yang mana satu.

“Jadi sama juga, kita tak tahu mana harga dia seperti berapa harganya, satu (harga) sahaja yang boleh. Sah, di mana sebelum letak duit dalam balang peniaga tu. Kita kena tunjuk ‘bang saya bayar RM10.’

“Dia kata okay masuk (duit dalam balang), maka sah,” ujarnya.

Tak sah jika peniaga tak tahu berapa jumlah bayaran

Jelasnya jika peniaga tersebut tidak mengetahui berapa jumlah yang dimasukkan ke dalam balang berkenaan maka jual beli adalah tidak sah.

Larangan ini turut digunakan empat mazhab dan ia bukan hanya mazhab syafie sahaja.

“Jadi awas, hati-hati ya. Ha memang niat yang bagus, tapi ianya tidak sah kalau mengikut apa yang saya sebut tadi.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.